"Hachooo...." Hingus yang terkeluar dikesat dengan tisu. Berair matanya menahan perit pada tekak ditambah pula kepalanya yang semakin pening.
"Cuti je lah kau, panas ni." Belakang tapak tangannya dilekap pada dahinya. Panas membahang.
"Malaslah... Aku okey uhuk uhuk..." Dia terbatuk kecil.
Qayyum menggeleng kecil. Degil betul!
"Takde makna okey kalau dah macam ni. Ni aku bagi mc tiga hari dekat kau. Ubat-ubat pun aku dah sediakan. Makan ikut waktu dan kuantiti yang ditulis."
Fariz berdecit kecil. Dia mencebik apabila Qayyum membebel padanya.
"Ala demam je uhuk uhuk bukannya nazak hachooo..." Cepat-cepat dia mengambil tisu mengelap hingusnya yang meleleh.
Aaaaa tak sukanya kena demam!
Nak umiiiii sob sob sob~~~
Qayyum membuat muka. Ada yang kena debik ni kang.
"Ha'ah demam je bukan nazak pun tapi gaya macam nak mati je. Aku debik kau kang" Perli Qayyum dengan pedas. Sebaik saja Fariz menelefon dirinya yang mengatakan dia demam tidak larat mahu ke hospital, dia dengan rela hati datang ke rumah Fariz sendiri untuk melihat keadaan adik angkatnya ini. Surat mc dan ubat-ubat keperluan turut dibawa bersamanya.
Fariz mencebik. Orang tengah sakit nak debik pula. Eh ehh ehhh...
"Tolong hantar aku pergi sekolah boleh Abang Qayyum? Aku tak larat nak drive lah." Pinta Fariz sesudah menghembus hingusnya dengan tisu.
Qayyum memicit kepalanya. Stres dengan kedegilan Fariz yang tetap mahu pergi kerja. Keluhan berat dilepaskan.
Fariz menayang sengih. Dia tahu pasti Qayyum akan turuti kemahuannya.
"Fine, tapi kalau kau tak larat jangan paksa diri. Call aku atau pun Airin." Qayyum mengalah jua.
"Baik bos!"
"Hmmm dah pergi lah siap-siap. Aku tunggu dekat bawah." Ujar Qayyum sebelum beredar keluar daripada bilik Fariz.
Fariz bangun daripada katilnya sambil memegang kepala. Matanya dipejam seketika menghilangkan rasa peningnya. Yakin dia boleh bangun, dia pun bangun dengan perlahan-lahan. Bilik air di tuju.
Qayyum menggeleng kepala. Jalan pun macam orang mabuk ada hati nak pergi mengajar. Haih lah Fariz Razemi ni.
Bibirnya mengukir senyuman kecil. Teringat pula dirinya juga kuat bekerja seperti Fariz. Sakit pun tetap nak pergi kerja. Biasalah orang bujang macam mereka ni fikir hal kerja je.
Sementara menunggu Fariz, Qayyum menghidupkan enjin keretanya terlebih dahulu. Cuaca yang tidak menentu membuatkan dia lebih memilih naik kereta berbanding motor walaupun dia lebih gemar naik motor berbanding kereta.
Tidak mengambil waktu yang lama, Fariz turun dengan wajah yang sangat pucat. Risau pula Qayyum melihat keadaan Fariz itu.
"Kau ni betul ke okey?"
"I- uhuk uhuk iya aku okey la achooo achooo..."
Qayyum mengeluh lagi.
"Tak payah lah pergi kerja, kau tak sihat ni Fariz. Dengar cakap aku ya. Panas ni. Kau bila-bila je boleh tumbang. Risau sungguh lah aku." Luah Qayyum dengan wajah yang sangat risau.
Fariz yang terbatuk-batuk itu tersenyum kecil. Auwhhh sweetnya Abang Qayyum kita ni...
Korang ada? Apa? Takde? Huh lemah!
YOU ARE READING
INDAHNYA SABAR √√
Novela Juvenil[ Book 5 ] Matanya langsung tidak memancarkan sebarang sinar. Kelam dan suram saja. Tiada apa-apa yang dia nampak dalam mata gadis itu. Kosong. Mahu saja dia bertanya tetapi dia sedar dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup gadis itu. Jadi dia memutusk...