DPH 1

3.8K 88 18
                                    

NURIN berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan tudung. Setelah siap, dia mengambil beg tangan dan telefon miliknya.

Hubungan dia dan Datin Laila tidak baik angkara satu kejadian. Hanya satu kesalahan, dia berubah menjadi seorang yang pendiam dan dingin. Adik lelaki Nurin, Adwa sudah membawa diri ke sebuah tempat.

Dia memandu kereta dengan berhemah dan dia sempat membeli roti untuk sarapan pagi. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam butik, dia terlanggar seorang lelaki yang telah menyebabkan makanan dia terjatuh.

"Ergh my food! You messed with the wrong woman, sir!" Suara kasar Nurin menyebabkan Ikhwan terkejut.

"Relax, miss Nurin. Saya boleh gantikan roti awak. Anak Dato Aidi kan?" soal Ikhwan dengan tenang.

"Kalau betul pun apa masalahnya? Dan macam mana awak tahu nama saya?" soal Nurin pula.

"Well... I can't tell you now," jawab Ikhwan dan Nurin menyilang tangannya tanda dia tidak berpuas hati dengan kata-kata Ikhwan.

"Datang sini untuk apa? Nak cod makanan ke? Muka macam orang hantar makanan,"kata Nurin selamba. Kening Ikhwan terangkat apabila Nurin melontarkan ayatnya.

"Dari saya cod makanan, baik saya cod hati saya pada awak,"ujar Ikhwan yang mengusik Nurin. Nurin menjulingkan mata ke atas.

"Cliche. You're just wasting my time,"balas Nurin lalu masuk ke dalam butik. Tanpa sedar, terukir senyuman di bibir Ikhwan.

"I've been waiting for you for seven years Nurin. Macam mana awak boleh tak kenal saya?"kata Ikhwan perlahan. Dia terus pergi ke sebuah bakeri untuk membeli roti untuk Nurin.

"Eh kak masuk butik je muka dah masam macam buah mangga dah kenapa?"soal Hanis yang berada di kaunter pembayaran.

"Entah ada seorang lelaki ni langgar akak habis hilang mood akak nak makan roti. Roti akak dah terjatuh sebab lelaki tu,"jawab Nurin.

"Halah kan biasalah tu lelaki kalau nak ngorat memang macam tu. Saya dengan Arsyad sama je macam akak,"balas Hanis yang kini sudah bergelar tunang kepada Arsyad.

"Itu Hanis bukan akak. Mana Rifqah?"soal Nurin yang mencari kelibat Rifqah.

"Pekerja kesayangan akak tu biasalah dah kahwin dengan CEO, asyik berkepit sepanjang masa,"balas Hanis lalu menayangkan muka bosan. Nurin hanya ketawa.

Itulah Nurin Husnina. Nampak seperti dia seorang wanita bahagia namun ada kisah yang telah mengubah dirinya menjadi dingin. Tegas di hadapan semua orang hatinya mudah rapuh.

"Pergi buat kerja kalau tidak kena potong gaji,"Suara Nurin lembut namun tegas. Hanis akur sambil menelan air liurnya.

USAI sahaja habis menyiapkan kerjanya, Nurin bangun untuk melangkah keluar dari bilik kerjanya.
Tudung yang dipakainya terus dibetulkan.

"Hai miss Nurin. This is your bread," Kaki Nurin terhenti saat Ikhwan berdiri di hadapannya.

"Tak suruh pun belikan roti untuk saya,"Dingin sahaja suara Nurin. Ikhwan masih lagi tenang. Manalah tahu ada yang jadi singa jadian kat sini kejap lagi.

"Tapi saya sudi nak belikan untuk miss Nurin,"jawab Ikhwan selamba.

"So?"Hanya itu yang dibalas oleh Nurin. Ikhwan hanya tersenyum nipis.

"So can I have your number phone miss Nurin?"tanya Ikhwan.

"Nonsense! Awak tak kenal pun siapa saya,"balas Nurin dengan suara yang sedikit kuat namun Ikhwan masih bertenang. Tiada langsung perasaan gelabah.

𝐃𝐞𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 | 𝐒𝐔Where stories live. Discover now