Bab 12 | Di mana Cikgu Azhar?

29 3 0
                                    

KEADILAN berpihak pada Daniel. Daniel sudah boleh bersekolah seperti biasa. Namun, keluarganya tetap melayannya dengan buruk. Set minda mereka tetap menganggap Daniel budak bermasalah. Pada pagi ini, Daniel hanya meneguk air kosong saja sebagai sarapan. Puan Dahlia protes tidak mahu memasak sarapan kecuali Daniel yang memasaknya sendiri.

"Pandai makan, pandai lah masak!". Puan Dahlia mengelap tangannya pada apron setelah selesai mencuci pinggan. Wajah Daniel sedih mengharapkan ibunya itu membuatkannya nasi goreng telur mata. Namun, itu harapan palsu buat dia. Jangankan nasi, telur juga tiada di kabinet dapur.

Sarapan terpaksa dilupakan. Daniel memakai  kasutnya di pintu lalu terus bergerak ke sekolah. Apabila mahu bertolak ke sekolah dengan berjalan kaki, Honda Camry putih Azhar memakir tepat di hadapan Daniel.

"Kereta siapa ni?" Daniel bingkas bangun.

Azhar keluar dari tempat pemandu sambil berkaca mata hitam.

"Assalamualaikum Daniel. Jom pergi sekolah dengan cikgu?". Azhar menghulur tangannya.

Segaris senyuman terukir di bibir Daniel. Hubungan mereka sudah pulih. Dia dapat kembali bersekolah juga atas bantuan Azhar.

***

SITUASI FAUZI pula, Fauzi telah selamat sampai di Kampung Parit Puasa, kampung Mak Senah. Sejurus Mak Senah mengambil Fauzi kembali ke sisinya, Mak Senah berhenti kerja dari banglo Puan Maira. Dia akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama Fauzi sebagai ibu dan anak yang sebenar.

Mak Senah membawa Fauzi ke biliknya, iaitu bilik Fauzi yang telah lama disediakan. Mak Senah yakin suatu hari nanti Fauzi akan kembali ke rumah ini. Pada hari ini, Fauzi benar-benar sudah balik. Cuma, arwah bapanya tidak sempat bertemu kembali dengan anaknya ini.

Bilik Fauzi sangat kemas. Berlampu tidur meja, ada katil bujang, ada karpet, rak buku dan komputer riba yang baru dibelikan Mak Senah, untuk kemudahan dan kesenangan Fauzi.

Mak Senah menceritakan kepada Fauzi, bilik ini telah dikunci selama belasan tahun semenjak arwah suaminya, iaitu ayah kandung Fauzi meninggal dunia. Mak Senah berbuat demikian kerana jika dia membiarkan saja bilik ini tanpa dikunci, ingatan terhadap arwah suaminya kembali terkenang lalu akan menyebabkan Mak Senah berasa rindu akan Hasrul, suami Mak Senah, ayah kepada Fauzi. Malah dia akan merindui aura keluarga kecilnya ketika Fauzi baru dilahirkan, namun tidak sempat ditatap oleh Hasrul kerana pada ketika kelahiran Fauzi, suaminya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beg bagasi Fauzi, Mak Senah meletakkannya di tepi meja belajar. " Fauzi suka dengan bilik ni?. Mak dah belikan Fauzi komputer riba dengan duit simpanan Mak. Maafkan Mak ya sayang. Komputer riba tu tak semahal telefon pintar kamu". Mak Senah mengatakannya dengan nada sedih. Fauzi melangkah ke meja mahu melihat komputer ribanya yang baru itu. Walaupun ini komputer riba terpakai, komputer riba berjenama Samsung berwarna putih ini nampak seperti baru. Fauzi terharu. Sungguhpun ianya komputer terpakai, Ibu kandungnya sanggup menggunakan duit simpanan atau mungkin duit itu sudah lama disimpan untuk perkara lain demi dia. Hati Fauzi terbuka memaafkan Mak Senah. Dia mahu menerima Mak Senah sebagai ibu kandungnya.

Fauzi memeluk pinggang Mak Senah "Mak... Fauzi sayangkan Mak!. Fauzi sayangkan Mak... maafkan Fauzi, Mak". Fauzi mendongakkan wajah. Pipinya basah dengan air mata. Mak Senah mengelus wajah Fauzi dengan lembut.

"Mak dah maafkan kamu, sayang. Alhamdulillah. Anak Mak dah balik. Fauzi jangan tinggalkan Mak lagi ya?".
Mak Senah menggosok-gosok belakang tubuh Fauzi. Fauzi mengangguk. Teresak-esak Fauzi menangis. Dia terasa sangat sebak baru ni. Dahulu, dia mengabaikan kehadiran Mak Senah. Kini, Mak Senah adalah orang yang paling dia sayangi.

"Jom teman Mak masak. Tentu kamu dah lapar". Fauzi dipimpin Mak Senah ke dapur.

"Mak nak masak apa?". Fikirannya terbayang lauk kampung. Mungkin makanan Mak akan ada sedikit beza daripada makanan yang dia makan ketika di rumah Mommy Maira.

"Mak nak masak sayur keladi dan ayam goreng kunyit". Tangan Fauzi dilepaskan. Mak Senah membuka pintu peti sejuk, mengeluarkan ayam. Ayam itu dimasukkan ke dalam singki untuk mencairkan ais. Fauzi melihat Mak Senah begitu bekerja keras masak lauk tengahari. Mereka berdua baru sampai di kampung. Belum sempat berehat, Emaknya terus masak. Kesian Mak. Mak mesti penat.

Beras di dalam tong sedaya upaya dicedok menggunakan cawan penyukat. Fauzi terkial-kial menyukatnya sehingga tertumpah-tumpah. Mak Senah melihatnya tertawa kecil.

"Rajin anak Mak". Mak Senah memuji kesungguhan Fauzi. Fauzi tersengih. Dia akan berusaha meringankan beban Emaknya.

***

LOCENG WAKTU rehat telah berbunyi. Para murid berpusu-pusu menuju ke kantin membeli makanan. Mereka tidak mahu kehabisan makanan yang mereka mahu beli. Daniel pula membawa mangkuk tingkat berisi masakan Azhar. Azhar yang memberikannya mangkuk tingkat ini sebagai sarapan untuk mereka berdua makan pada waktu rehat.

Azhar memberitahu Daniel agar berjumpa di ruangan rehat staf sekolah. Dia sudah memaklumkan Daniel akan makan bersamanya pada guru yang berada di bilik itu. Dan Azhar juga telah meminta kebenaran guru-guru di dalam bilik itu membenarkan Daniel masuk. Namun ketika sampai di sana, kelibat Azhar tidak kelihatan.

Mana Cikgu Azhar?. Guru-guru lain sudahpun menjamu selera. Azhar tiada di mana-mana di dalam kumpulan guru tersebut. Daniel bertanyakan salah seorang daripada kumpulan guru itu.

"Cikgu".

"Ya Daniel?". Cikgu Hisham, guru darjah 6 memusingkan badannya melihat Daniel. Cikgu Hisham mengenali Daniel sebagai anak murid Azhar. Azhar sering membawa Daniel makan di sini. Guru-guru lain termasuk dia cukup menyenangi sikap Daniel yang peramah.

"Cikgu nampak Cikgu Azhar?".

Cikgu Hisham terdiam. Kemudian, bibirnya mula berbicara.

"Cikgu Azhar dibawa ke hospital, Daniel. Tiba-tiba dia jatuh pengsan. Cikgu Rasyid yang bawa dia ke sana".

Daniel tersentak. Tangannya pula menggigil.

Dia tidak mahu kehilangan Cikgu Azhar.









Cikgu macam ayah saya Where stories live. Discover now