Chapter 2

590 46 12
                                    

Boboiboy berlari tergesa gesa menuju ke bilik masyuarat setelah mendapat messages daripada atasannya.

Mana tak nya tergesa gesa. Dah lah satu atasan dia tu ada bipolar disoder. Kalau lambat sikit terus berubah jadi mak lampir.

Sebelum dia kena lempar ke luar angkasa, dia cepat cepat pergi ke sana.

"Haih...malam malam pulak Laksamana panggil nak buat misi"

Sejujurnya, yes, dia penat.

Walaupun dia jarang tunjukkannya, ianya tak bermaksud dia gembira dan berseronok melakukan pekerjaannya.

Kadang kadang tak kira masa mereka kena panggil untuk selamatkan orang lain, tak kiralah sekiranya mereka penat ataupun tidak.

Kadang kadang juga sampai tiga misi mereka kena buat dalam masa satu hari sahaja.

Benar bila orang kata, jadi baik itu tidak mudah.

Tapi dia tidak boleh mengeluh. Sebab dialah yang pilih jalan hidupnya ini. Dia yang pilih untuk masuk TAPOPS. Sekiranya dia kata yang dia mahu berhenti, dia takut akan ada yang panggilnya pentingkan diri.

Tidak lama kemudian, Boboiboy tiba di depan pintu bilik masyuarat. Setelah meng-scan telapak tangannya pada kekunci pintu automatik itu, pintu itu pun akhirnya terbuka.

Apabila ianya terbuka, dia meslihat kesemua kawan kawannya sudah di sana bersama sama dengan Kokoci dan Tarung.

Nampaknya dialah yang terakhir tiba di sana.

"M-maafkan saya sebab lambat, Laksamana! Saya...saya dari bilik saya..."

Boleh dengar nada ketakutan pada suaranya. Nampak sangat dia dah trauma hampir kena campak ke luar angkasa masa mula mula dia buat ujian kental dulu.

Siapa je tak akan trauma kan? Huehuehue-

"Tak apa, Boboiboy. Sekurang kurangnya kamu cuba datang secepat mungkin. Masuk masuk" Kokoci yang tolong menjawabkan untuk pihak atasan. Laksamana pun hanya mencebit sahaja Kokoci dah jawab untuk dia.

Boboiboy pun cepat cepat melangkah masuk, dan berdiri di sebelah Gopal.

"Jadi, misi apa yang kami kena lakukan kali ini, Laksamana?" Yaya pula yang membuka suara, bertanya untuk pihak kumpulannya.

"Soalan yang bagus" Laksamana kemudian berdiri dan berjalan kearah papan kekunci canggih milik bilik masyuarat itu.

Dia kemudian menekan salah satu butang, dan mulalah muncul sesuatu pada screen besar.

Ianya adalah isyarat lokasi sebuah power sphera yang berada di sebuah planet bernama Flouran.

"Kita telah menerima isyarat kecemasan daripada sebuah power sphera yang berada daripada sebuah Planet yang berasal di sektor A-21-B, Planet Flourna" sambung Laksamana Tarung pula.

"Planet Flouran? Power sphera apa, Commander?" tanya Fang pula.

"Malangnya kita tidak tahu, Fang. Ianya seperti, power sphera ini tidak pernah dicatatkan oleh sesiapa" kata Kokoci lagi, dengan nada sedikit kecewa.

"Tak apa, Commander! Kami pasti akan dapatkan power sphera itu semula!" balasa Boboiboy dengan nada bersemangat.

Dengan itu, kesemua Kokotaim pun memberikan tabik TAPOPS kepada kedua dua atasan mereka itu.

Kokoci dan Tarung pun tersenyum bangga melihat semangat bawahan mereka itu.

Para Kokotaim pun mula keluar satu persatu daripada bilik masyuarat itu.

Boboiboy yang terakhir. Sebelum Boboiboy keluar, ada sesuatu, yang berjaya menarik perhatiannya.

Pada dinding bilik masyuarat itu, terdapat sebuah bingkai gambar. Banyak, sebenarnya.

Autophobia : If Only I Can Reverse Time (Timebot Au)Where stories live. Discover now