Terpaksalah ustazah Mona pun menumpang di rumah cikgu Nazir dan keluarga buat masa ini, sementara dia mendapatkan rumah sewa. Sudah hampir dua bulan ustazah Mona di pindah kan ke kawasan tersebut. Mula mula sampai sahaja masalah sudah pun timbul, bila ketika itu susah pula mencari rumah atau bilik untuk di sewa. Mujurlah dia datang bersama suaminya yang turut membantu mencari dan bertanya tanya ke sana sini. Serta mujur juga mereka telah di ketemukan dengan cikgu Nazir yang kebetulan rakan sejawat serta bertugas di sekolah yang sama. Dia bersedia membantu dengan memberi ustazah Mona menumpang di rumahnya untuk sementara waktu.
Hanya pada bulan yang berikut nya, baru dia mendapat peluang ada kekosongan bilik untuk di sewa. Walaupun pada awalnya, ustazah Mona keberatan juga untuk dia menerimanya. Kerana selain rumah tersebut rumah mewah, ianya juga berada di kawasan perumahan elit yang di kelilimgi dengan penduduk yang bukan melayu. Tetapi setelah menimbangkan sewanya yang murah, akhirnya ustazah Mona pun menerimanya juga. Rumah nya cukup besar, dua tingkat dengan empat bilik tidur. Tiga ditingkat atas dengan satu ruang keluarga. Manakala satu bilik tidur lagi serta satu bilik stor berada di tingkat bawah.
Setiap bilik tidur di lengkapi dengan bilik air, tandas dan penghawa dingin. Terdapat sebuah ruang dapur yang bersambung dengan ruang makan. Sebuah ruang tamu dan sebuah beranda. Memang kelihatannya serba mewah. Tetapi hanya tiga bilik sahaja yang pemilik rumah sewakan, semuanya di tingkat atas. Manakala sebuah lagi yang berada di tngkat bawah di biarkan kosong. Ketiga tiga yang memyewa di rumah tersebut kebetulannya terdiri dari para guru. Selain dari ustazah Mona sendiri yang sebagai orang baru. Terdapat seorang lagi ustazah, ustazah Maria namanya. Manakala seorang lagi adalah cikgu Rozie, yang merupakan penyewa paling lama di rumah tersebut, sudah melebihi dua belas tahun.
Penyewa bilik yang ustazah Mona gantikan tempatnya itupun, merupakan seorang guru juga, namanya cikgu Wanie yang telah dapat berpindah ke negeri kelahirannya di pantai timur. Ustazah Mona berasal dari selatan, sudah berkahwin dengan srorang guru yang juga dari selatan namun berlainan negeri. tetapi belum mempunyai anak. Ustazah Maria berasal dari utara, sudah berkahwin dengan seorang ustaz juga dari negeri kelahiran yang sama. Sudah punya seorang anak yang di pelihara oleh keluarga suami nya. Manakala cikgu Rozie pula, suaminya adalah seorang jututera petroleum yang bertugas di sebuah syarikat petroleum dan gas antarabangsa di luar negara. Sudah pun mempunyai tiga orang anak, yang ketiga tiganya di pelihara oleh ibunya di kampung.
Jiran jiran mereka, yang di kanan adalah keluarga india, yang di kiri adalah keluarga cina dan yang di hadapan pula adalah dari keturunan punjabi. Rumah yang mereka sewa itu pula adalah milik seorang taukeh cina. Tinggal di kawasan perumahan bukan melayu ini memang terasa asing sekali. Masing masing membawa hal diri masing masing, hingga tidak bertegur sapa walaupun sesama jiran tetangga. Inilah juga yang telah di hadapi oleh ustazah Mona. Jangankan dengan jiran tetangga, dengan teman serumah pun saling tidak bertegur sapa.
" Di sini jangan suka jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri sahaja, jangan pedulikan tepi kain orang lain ya ustazah."
Itulah kata kata cikgu Rozie dalam senyuman.Tidak berkata apa ustazah Mona mendengar kata kata cikgu Rozie itu. Walaupun ustazah Mona sebenarnya memang tidak faham dengan maksud kata kata tersebut, tetapi dia tetap juga membalasnya dengan senyuman. Memang ustazah Mona agak hairan, bila merasakan mereka bertiga seperti orang asing dalam rumah tersebut, kerana jarang bersua muka dan kurang bertegur sapa di antara mereka. Memang pun mereka seperti mengelak ngelak untuk bertemu dengannya. Namun yang lebih hairan ianya hanya berlaku kepadanya sahaja, sedangkan cikgu Rozie dengan ustazah Maria di antara mereka berdua tidak pula seperti itu.
Satu hari itu, ustazah Mona pulang lewat kerana pihak sekolah di mana tempat dia mengajar telah mengadakan mesyuarat secara tiba tiba. Kerana mereka bertiga mengajar di lain lain sekolah, jadi cikgu Rozie dan ustazah Maria tidaklah terlibat sama. Ketika ustazah Mona sampai, memang terdapat sebuah kereta di luar pagar yang dia tidak kenal milik siapa. Dan ketika dia masuk, sedang hendak menuju ke tangga untuk naik ke tingkst atas, tiba tiba seorang lelaki cina keluar dari bilik di bahagian bawah, serta di ikuti di belakangnya oleh cikgu Rozie. Melihat sahaja ustazah Mona, serta merta wajah cikgu Rozie pun berubah. Tetapi ustazah Mona tetap tersenyum memandangnya.
YOU ARE READING
kesah rahsia
Short StoryMengesahkan kehidupan seorang ustazah yang berjauhan dari suami, yang telah terpengaruh dan tergoda dari perlakuan ustazah lain serta kawan di sekelilingnya. sehingga menjerumuskannya untuk melakukan perzinahan.