Rae Hee POV
Harini aku akan bersekolah dekat sekolah baru. Aku membetulkan pakaian ku di depan cermin bilik ku lalu bersiap-siap turun dari rumah dah membawa beg-beg pakaian ku kerana aku harus tinggal di dorm sekolah baru itu. Urrrghh! Memang menjengkel kan betul lah.
Di Jeongbook High School.
Sekarang aku betul-betul berada dilapangan sekolah. Disebelah kiri ada sekumpulan pelajar lelaki yang sedang membaca buku, yang sebelah kanan pula ada pemain-pemain basketball tengah berlatih bermain. Selepas aku melihat pemandangan kiri dan kanan sekolah, aku terus hendak pergi ke pejabat tetapi aku tidak tahu kat mana. Aku tengah tunggu orang nak tolong aku sekarang ni.
Tiba-tiba seseorang datang menghampiri ku dari belakang. "Anneyeong! Kau Pelajar baru kan?" Tanya pelajar lelaki itu dengan ramah
" ah.. Nae! Aku pelajar transfer" balas ku dengan sopan juga. "Ohh, selamat berkenalan. Aku Chen" chen memperkenalkan dirinya
"Aku Jo Rae Hee immida" balas ku sambil menghulurkan tangan ku untuk bersalam. Tetapi, chen hanya melihat tangan ku dan tidak menghiraukan tangan ku yang sudah penat membuka. "Sorry, tangan aku kotor. Aku tidak boleh salam" kata chen sambil meletakkan tangannya kebelakang badannya.
Aku mula berasa aneh, padahal kalau kotor pun dia boleh sapu dekat baju dia. Tapi aku tidak memikirkan sangat. Mungkin chen pembersih orangnya.
" jom aku tunjukkan kau ke pejabat ayahanda" kata chen lagi sambil tersenyum. "Ayahanda?" Tanya ku pelik. Siapa pula ayahanda kat sini? "Kat sini, kitaorang panggil pengetua, ayahanda. Sebab kita anggap dia dah macam ayah sendiri" terang chen dengan jelas
Aku hanya mengangguk tandanya aku sudah faham. Lalu kami berdua pun pergi ke pejabat bersama kebetulan dia pun hendak ke sana kerana hendak menghantar kehadiran.
Selepas pengetua dan pekerja-pekerja sekolah selesaikan documents sekolah ku. Akhirnya aku dikelaskan di kelas 41-A.
"Kau sama kelas dengan aku lah" ujar chen selepas mengetahui kelas ku. "Yeke? Nasib lah hehe" balas ku sambil tersenyum.
"Meh aku tunjukkan kelas aku kat mana." Kata chen. Lalu aku pun meminta diri dari pejabat dan terus pergi ke kelas baru aku bersama chen. Sebelum aku lupa, beg-beg pakaian ku sudah aku letak di dalam loker. Nanti balik sekolah aku ambik.
Di kelas 41-A
"Kai, best juga aku ratah ayam mentah semalam. Best! Malam nanti aku nak pergi pula lah" kata sehun kepada rakan-rakannya dengan penuh semangat
"Patutlah kau tak ada dekat dorm semalam. Kau makan ayam mentah tak ajak aku! Tapi, aku nak daging manusia. Lama tak makan." Balas kai pula
Akhirnya, aku dan chen sampai juga di kelas 41-A. Fffuhh! Memenatkan, jauh giler dari pejabat. Dah lah hujung bangunan, tingkat 4 pula tu!. Tetapi yang aku pelik semasa berjalan melintasi kelas lain, kenapa jumlah pelajar dlm kelas sikit je? Lebih ramai lelaki dari perempuan. Ke aku sorang perempuan kat sini??!! Annndwaaee *stress*
Setelah aku dan chen melangkah masuk ke kelas, aku melihat beberapa orang pelajar di kelas itu, aku bilang, 1,2,3,4.....11 . Wait, cuma 11 je ke pelajar kat kelas ni? 13 termasuk aku dan chen . Dan ! Aku sorang je perempuan kat kelas ni?
11 pelajar itu memandang tepat pada diri ku. Entah mengapa diri aku merasa seram sejuk. Bulu roma aku sudah naik padahal 11 org itu manusia...
"an..annyeong.." Sapa ku dengan gagap kerana awkward lalu aku menundukkan sedikit badan ku. 11 orang pelajar itu saling berpandangan antara satu sama lain.
Akhirnya salah seorang dari mereka membuka bicara. " kau pelajar baru ke?" Tanya pelajar berambut perang
"Naee.." Jawap ku dengan perlahan. "Oh.Aku Lay" dia memperkenalkan dirinya. "Anneyeong, aku jo Rae Hee" balas aku sambil tersenyum awkward"Aku, luhan, i'm manly boy"
"Aku tao, aku gucci's fan"
"Aku kris, galaxy wolf dan merupakan ketua kelas ni"
"Aku xiumin, peminat setia kpd makanan"
"Aku baekhyun, si pemakan eyeliner"
"Aku chanyeol, aku telinga capang"
"Aku suho, aku org paling kaya dan penolong ketua kelas ni"
"Aku d.o, aku pandai masak daging"
"Aku sehun, aku pengubah rambut"
Semua orang memperkenalkan diri mereka selepas senyap seketika. Mereka memperkenalkan diri mereka satu persatu dengan ayat2 unik dibelakang. Hahaha, puas aku gelas dalam hati mendengar intro diorang.
Tetapi, sorang yang aku perasan... Dia, yang duduk agak jauh dari 11 orang lelaki ini. Dia hanya melihat ku sahaja dari tadi tapi langsung tidak bercakap dan dia juga tidak memperkenalkan dirinya.
"Kai, kenalkan lah diri kau" kata chen kepada kai. Lalu kai bangun dari tempat duduknya dan melintasi diri ku lalu keluar dari kelas. Aku tertanya-tanya. "Apasal dengan mamat tu? Sombong nak mampuih" kata hati kecil ku.
Selepas itu, cikgu pun masuk ke kelas bersama kai. Dengan pantas, 11 org tadi pun duduk di tempat masing-masing termasuklah kai. Aku pun duduk di tempat kosong di depan meja kai. Urh, terpaksa aku pergi duduk kat sana. Ahh waeeyoo!??
"Bangun! Selamat lagi Cikgu Jae Suk." Sapa Kris selaku ketua kelas lalu pelajar lain mengulangi ayat kris tadi begitu juga aku.
"Awak ni pelajar baru ke?" Tanya cikgu yang baru masuk tadi. Aku mengangguk "ah, nae" jawap ku.
"Nanti datang kat bilik saya ye. Nak uruskan hal pemindahan sekolah kamu." Ujar cikgu Jae Suk. Aku hanya mengangguk tandanya aku faham.
" nae, sekarang buka muka surat 14. Harini kita akan belajar tema baru bertajuk 'Dunia Melintasi Hidup Kita' *okey, tema merepek*........" arah cikgu Jae Suk lalu semua org membuka buku Sains kecuali aku kerana aku belum mendapat buku teks jadi aku berkongsi dengan xiumin yang berada disebelah ku.
_________
TBC
YOU ARE READING
12 WOLVES
Mystery / ThrillerSeorang pelajar, Rae Hee dipindahkan disekolah yang teramat misteri disuatu pendalaman kampung. Semasa disana, kelas Rae Hee diletakkan di kelas yang paling aneh. Semua pelajar dalam kelas itu lelaki dan hanya Rae Hee seorang sahaja yang perempuan...