"Morning, my love."
Dikerling seketika ke kanan apabila Aiman melihat pergerakan kecil oleh Iman Qaisara. Matanya digamkan semula pada bacaan bukunya. Jam baru menunjukkan 9 pagi. Hujung minggu, memang sengaja dia tidak mahu kejutkan permaisurinya itu bangun.
"Morning, bb." Tangan Iman menjalar memeluk torso lelakinya. Disembamkan muka di sisi pinggang Aiman yang sedang duduk bersandar pada papan katil. Tanpa mengalihkan pandangan seperti tadi, Aiman mengusap lembut kepala wanitanya itu. Pagi yang tenang untuk mereka berdua.
Sungguh tenang.
Aiman amat suka akan suasana ini. Pernah juga dia terbayang, jika punya seorang anak lelaki- pasti parah waktu paginya. Berkejaran dengan suara tangis mahukan susu suam, terpaksa bangun dari rehat tidur malam- dan lebih teruk jika anaknya menangis kerana kembung angin.
"Mesti best kalau kita ada anak sekarang kan, Aiman Adhwa." Satu keluhan dilepaskan oleh Iman setelah dia berkata. Seperti mendengar suara hatinya yang berbisik sebentar tadi.
"Belum rezeki, sayang. Kita kan dah cuba? Lagipun tahun ini baru tahun ketiga kita bercinta secara halal, kan? Tuhan bagi rezeki pada masa yang lain lah tu."
Nada memujuk. Dilipat sedikit hujung helaian bukunya sebagai penanda, diletakkan pada meja kopi di sebelah katil sebelum tumpuannya beralih sepenuhnya pada sang isteri. "Mungkin Allah nak kita selesaikan hutang hutang dahulu ke, nak bagi kita peluang untuk kenal diri masing masing ke, atau mungkin Dia nak kita berbakti dengan ibu bapa kita dulu. Sayang sunyi ke kalau saya tak de?"
Iman mengangguk. "Dahlah awak tu sekarang suka betul outstation. Busy sangat. Aktiviti dulu dulu pun dah tak buat dah dengan saya. Sunyi tahu tak bila saya sorang je dekat rumah ni. Nasib baiklah saya ni reti melukis. Bolehlah berkurung dalam bilik kerja tu sambil cari idea untuk canvas baru dan galeri."
Terbit rasa bersalah dalam diri Aiman. Namun, bukannya dia boleh elak daripada tugas itu. Mata pencariannya untuk mereka berdua juga.
"Super sorry sayang because i abandoned you--"
"You tak abandoned i pun. I pun faham yang tu memang kerja you."
"I missed you. Alot. Even you depan mata i sekarang pun, i rindu you." Wanita itu mencebik sambil memandang Aiman.
"So kita nak spend time macam mana harini? Snuggle and netflix? Ke you nak outdoor activities? Like picnic? Ke nak pergi air bnb, tempat saya tak kisah. Sayang pilihlah."
Terus bersinar sepasang mata yang berwarna coklat gelap itu mendengar pilihan daripada Aiman. "Uyo, ada option la. Bb kita bagi option la nak buat apa harini."
Iman berfikir. "Can not ah do everything together. I want to go to Kedah la, Aiman. Rasa macam nak makan pekasam. Boleh picnic dekat sungai. Lepas tu dekat bnb tu boleh snuggle with youuu. Boleh tak?"
"Would love to if we can visit your hometown for a while. Tunjuk muka je. Boleh? Okay tak idea saya, bb?"
"Tapi you okay ke nanti kalau tiba tiba kak ngah tanya pasal baby?"
"Pepandailah nanti sayang kona kut lain. Plis bb. Jomla kita pergi sungai, picnic. Kita bukannya tidur dekat rumah kak ngah. Jumpa sat ja."
"Panggil abang dulu."
"Noh. Tudia aih. Oppa bolehla. Aiman oppa. Panggil awak abang macam panggil adik saya lah. Tak mau."
YOU ARE READING
:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)
Romancemanis bukan senyuman saya?