Bab 3 - Ian

140 5 2
                                    

Seminggu kemudian 

Pennbrook College

Adriana tiba di hadapan bangunan Fakulti Teknologi Maklumat dengan perasaan yang berkobar-kobar kerana hari ini ialah hari pertamanya menjejakkan kaki di kolej untuk menyambung pengajiannya dalam bidang teknologi maklumat (IT). Sejak ketibaan Adriana, banyak mata yang memandang ke arahnya tetapi Adriana tidak mengendahkan pandangan mata-mata tersebut dan menundukkan kepalanya ke bawah dengan harapan kehadirannya akan segera dilupakan. 

Dalam misi untuk mencari kelas pertamanya, Adriana menghampiri seorang pelajar perempuan yang sedang berjalan keluar dari tandas. Melihatkan pelajar itu hanya berjalan seorang, akhirnya Adriana mengambil keputusan untuk menegur pelajar tersebut untuk bertanyakan keberadaan bilik kuliah I251. 

"Assalamualaikum, hai nak tanya, awak tahu tak kelas I251 dekat mana?"

"Waalaikumussalam, hai. Kelas yang awak cari ni dekat tingkat dua. Awak naik je tangga dekat hujung tu, and then bila awak dah sampai dekat atas, awak just go straight and turn left. Bilik pertama tula kelas I251." Jelas pelajar perempuan itu sambil menunjukkan jarinya ke arah tangga yang disebut. Adriana berasa senang hati dengan tunjuk arah yang telah diberikan. Adriana mengucapkan terima kasih dan memberikan senyuman kepada pelajar tadi sebelum bergerak ke arah tangga tersebut.

___

Kelas pertama Adriana iaitu subjek Integrasi Sistem dan Seni Bina berakhir tanpa sebarang masalah. Selepas itu, Adriana bergerak ke arah kafeteria kerana dia mempunyai jarak masa dengan kelas keduanya. Ketika dia sedang mencari tempat duduk kosong, Adriana dapat melihat tangan seseorang yang sedang melambai seakan memanggilnya. Apabila Adriana melihat wajah pelajar yang menolongnya tadi yang melambaikan tangannya, Adriana pun bergerak secara perlahan-lahan ke arah meja tersebut yang dihuni oleh dua orang lagi.

Adriana pun mengambil tempat kosong di sebelah pelajar tersebut dan meletakkan makanannya di atas meja tersebut. Saat Adriana bertentang mata dengan dua orang lagi dihadapannya, dapat dilihat dua pelajar itu mempamerkan reaksi terkejut sehingga salah seorang daripada mereka menutup mulut dengan tangan mereka.

"Ian?!" Jerit mereka berdua. Adriana kelihatan terpinga dan membalas panggilan mereka secara perlahan.

"Sarah? Anis? Korang pun study dekat sini?" Tanya Adriana sambil tersenyum melihat reaksi rakan sekolahnya ketika di tingkatan 4 yang baginya agak lucu.

"Woah, betul ke ni kau Ian? Kau nampak lain gila sekarang. Makin cantik. Comel je bertudung." Sarah Raniyah selepas rasa terkejutnya hilang. Anis yang masih dalam keadaan terkejut pun mematikan lamunannya dan menyapa Adriana.

"Ha ah la Ian, dulu bukan macam dengan tomboy lagi. Sekarang imej kau dah macam perempuan melayu terakhir dengan baju kurungya semua. Kau pergi mana selama ni? Lepas keluar rumor yang budak DragonX dangan Snake Viper bergaduh teruk. Kau terus hilang. Tak contact kita orang pon." Anis Luthfia kedengaran seperti merajuk dengan Adriana yang hilang begitu saja tanpa apa-apa berita. 

"Eh, korang ni apa. Ian lah, tomboy lah, apa ni aku tak faham. Kiranya korang tiga memang dah kenal lama dah? Cuba someone cerita sikit? Aku tak faham." Sampuk pelajar perempuan sebelah Adriana yang kelihatan keliru dengan perbualan mereka. 

"Oh, sorry-sorry. Kira orang lupa kau ada dekat sini." Kata Sarah sambil ketawa kecil.

"Ian, kenalkan ni Dhaniyah Basheera atau panggil je Dhan. Dia ni bising sikit. Macam budak kecik kalau kau kenal lama dah dengan dia. Aku pun naik pening. Ha Dhan, kenalkan ni Ian atau nama yang diberi Adriana Qaleesya. Kawan kita orang waktu form 4 dulu." Jelas Anis. Adriana senyum sambil menghulurkan tangan kepada Dhan. 

"Ha, kau tak cerita apa pun lagi dekat kita orang. Kau okay ke tak selama ni? Kita orang nak tahu jugak apa jadi dekat kau sejak 5 tahun lepas." Tanya Anis. Melihatkan keadaan Adriana yang menundukkan kepala sedikit membuatkan Sarah untuk menukar topik perbualan yang lain.

"Ish kau ni Anis, benda yang dah lepas tu nak ungkit kenapa. Asalkan kita tahu yang Ian sihat dan makin cantik cukup la tu. Kau dengan mulut kau, bergerak tak habis. Betul tak Ian?" Masih sempat Sarah menyelitkan kata pujian kepada Ian dalam membebel kepada Anis. Adriana hanya tersengih. Manakala, Anis mencebikkan mulutnya mendengar omelan Sarah kepadanya.

"Ian kau study apa dekat sini? Aku kos kaunseling, Anis kos fashion design, Dhan pulak kos  multimedia."

"Aku ambil kos teknologi maklumat. Kakak aku la yang cadang. And then aku pun fell in love dengan kos ni. So, aku pun sambung jela ambil degree kos ni." Terang Adriana. Rakan-rakannya yang lain mengangguk kepala tanda faham dengan jawapannya. Mereka terus bercerita tentang tempat-tempat yang menarik di kolej mereka, makanan, dan juga orang-orang high-level yang belajar di situ.

"Ha cakap tentang VIP ni, kau tahu tak banyak budak geng DragonX belajar dekat sini? Tengku Rayqal Haziq and the gang semuanya dekat sini. Aku tengok populariti dorang makin naik sejak akil baligh ni. Tambah-tambah lagi si Rayqal tu. Tapi, sejak pergaduhan geng dia dengan si Haiqal tu, dia jadi dingin semacam. Senyum pun tak nampak dah. Dulu waktu sekolah dia pakai la jugak topeng mesra dia tu. Sekarang tak dah. Aku tak tahu apa jadi dekat them all." Keluh Anis apabila lelaki-lelaki kacak yang dikenali semuanya sombong belaka.

Adriana yang mendengar sebaris nama tersebut terus merasa dunianya kelam. Mukanya terus berubah pucat dan matanya segera meliar melihat keadaan sekelilingnya apabila dia dapat merasakan pandangan hangat yang fokus akan dirinya. Apabila Adriana tidak dapat melihat individu yang dicari, dia terus berdiri dan mengundurkan diri untuk ke kelas seterusnya selepas mengambil nombor telefon rakan-rakannya.

"Korang, aku gerak dulu ek, aku ada kelas lagi lepas ni. Next time kita sembang lagi la. Apa-apa korang roger je dekat aku." Tanpa mendengar jawapan daripada tiga orang lain, Adriana segera mengutip plastik makanannya dan begnya bergerak keluar dari kafeteria dengan tergesa-gesa. Melihat Adriana yang seperti kelam-kabut, Sarah, Anis dan Dhan hanya mampu menggeleng kepala melihat karenah Adriana.

___

"Cantiknya si Ian tu, waktu dia tegur aku tadi, aku rasa macam nafas aku stop. Macam ada angel depan aku." Puji Dhan selepas Ian beredar.

"Kau tak tengok dia lagi waktu dia form 4. Kita orang memang melting tengok penampilan dia yang handsome walaupun dia tu girl. Aku yang perempuan ni pun jantung berdegup kencang mula-mula jumpa dia. Tapi bila dah makin dewasa ni, makin ayu aku tengok dia. Mesti ramai yang kejar dia nanti. Sapa yang dapat Ian bertuahlah." Balas Sarah, lalu pernyataanya dibalas Anis dengan mengangguk tanda bersetuju. Mereka bertiga melihat sesama sendiri dan tersengih lalu meneruskan aktiviti makan mereka yang tertunda.

===

vote n comment


Per Sempre (BOOK 2)Where stories live. Discover now