BAB 19

81 11 0
                                    

Selepas Farhan menghantar Zureen pulang ke rumah, dia pergi ke suatu tempat rahsia. Rumah kawannya menjadi tempat dia meluahkan segala rahsia yang terpendam selama bertahun-tahun lamanya. Kawannya itu juga turut membantu Farhan untuk mencari seseorang yang telah mengancam nyawa keluarga nya dan dia juga telah mengupah orang untuk mencari suspek itu serta bukti yang kukuh namun gagal.

Kunci kereta diambil dari atas meja lampu serta telefon pintar perlahan-lahan dia berjalan menuju ke ruang tamu. Seorang lelaki keluar dari biliknya, melihat Farhan yang masih terhoyong-hayang dan gigih untuk pulang ke rumah dan dia papah Farhan hingga dia duduk di atas sofa.

"Kau nak balik sekarang ke?."

"Kalau ikutkan, aku tak nak balik. Tapi Zureen dah mesej aku suruh balik."

"Dengan situation kau macam ni?. Sikap hari bulan, kau boleh tidur dekat hospital tahu tak?!."

"Biar aku yang tidur dalam hospital, not her. Asalkan dia tak boleh tahu perkara sebenar!."

"Sampai bila?. Lama-lama dia boleh syak yang bukan-bukan kau tahu tak?!. Perempuan tak boleh dengan overthinking!. Kau kena ingat tu!."

"Kau tutup saja lah mulut kau tu!."

"Sekali dua kali boleh lah. Ni sampai bila-bila banyak risiko weyy!."

"Kau buat je lah apa yang aku suruh!."

"Ok!. Kau nak balik sangat kan?. Aku nak tengok kau larat ke tak?!." dan Farhan pantang dicabar, dia berusaha untuk bangun dari duduk namun dia rebah di atas lantai.

"Arghhhhh!. Sakit weyyy!." menjerit kesakitan yang dialami oleh Farhan masih terasa hingga sekarang.

"See?. Bangun pun tak larat!. Macam mana kau nak cari pembunuh kalau kau kena macam ni?!." bangun dan menolong Farhan yang sudah rebah di lantai.

"Tolong aku weyy!. Tolong hantar aku balik!."

"Boleh. Kau janji dengan aku, kau kena jugak bagitahu dia."

"Aku dah cakap dengan kau kan!. Aku tak akan bagitahu selagi aku tak jumpa pembunuh tu!."

"Ok!. Selepas saja kita jumpa pembunuh tu, kau kena jugak bagitahu family kau dengan isteri kau!. Everything!. Tak ada satu pun boleh tertinggal!. Kau faham tak?!."

"Ya!. Aku akan bagitahu!." lalu kawannya memapah Farhan keluar dari rumah apartment hingga masuk ke dalam kereta dan terus menghantar pulang.

Ketika Zureen menunggunya di dalam bilik, deringan panggilan di telefonnya lantas dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat dengan siapa dia bercakap.

Farhan mendapatkan nombor Zureen di telefon miliknya, tetapi kawannya yang mendail dan bercakap dengan Zureen. Bukan tidak mahu memberi kepada Farhan, dia tidak mahu Zureen memikirkan yang bukan-bukan dengan keadaan Farhan yang lemah itu. Kawannya menyuruh Farhan berpura-pura tidak sedarkan diri dan merancangkan dia terjumpa Farhan tidur di dalam bilik pejabat ketika dia mengambil barang yang tertinggal. Itulah satu-satunya cara untuk tidak memberitahu perkara yang sebenar bagi mengelakkan kerisauan terhadap keluarga serta isterinya.

Sesudah dia meletakkan Farhan di atas katil, Zureen berterima kasih kepada kawannya kerana telah menghantar Farhan dengan selamat. Perbuatan mereka sangatlah menghairankan sehingga menimbulkan perasaan ingin tahu jadi, dia memberanikan diri untuk bertanya perkara yang sebenar.

Reaksi wajah kawannya sedikit pun tidak berubah, dia mencuba untuk membuat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia mengatakan sejak kebelakangan ini, dia banyak mengambil projek baru dan tidak ada masa untuk berehat mungkin itulah punca Farhan selalu tidur di bilik pejabat.

Renungan RinduWhere stories live. Discover now