Suatu pagi di Butik Baiduri 3.
"Encik Razi, macam mana aku nak mulakan jahitan tu, kalau kain pun tak di bekalkan?" Tanya Aulia pada Razi yang tengah duduk di sofa ruang tengah Butik Baiduri.
"Haa..., ni yang saya datang kat sini tu... nak beritahu kat awak Aulia, awak boleh pergi sendiri kat gudang Baiduri Holdings untuk memilih jenis kain apa yang awak nak guna."
Aulia Azzahra terangguk-angguk. Mulut Sofia dah terlopong mendengar penjelasan Razi.
"Oh, jadi bila saya boleh pergi ambil? Security Baiduri Holdings bagi masuk juga ke?" Ragu Aulia.
"You ambil card access ni, jadi you tinggal tunjuk je kat security tu." Razi mengeluarkan 2 card kepada Aulia.
"Wow Aulia, kau dapat card access Baiduri Holdings la!!" Sofia tertegun melihat card Baiduri Holdings yang ada di tangannya. Matanya terbelalak seakan tak percaya.
"Oh, ini alamat gudang tu?" Aulia Azzahra meneliti card yang di berikan tadi.
"Tu kelebihan you Aulia Azzahra, Tuan Mahmud sendiri yang arahkan saya untuk serahkan card access atas nama awak ni kepada awak." Bahunya terjongket.
Mata Aulia Besar membulat, mulutnya masih melopong menerima card access tu. Seperti mimpi dalam mimpi. Di tampar-tampar perlahan pipinya.
"Betul ke ni Encik Razi?" Aulia seperti tak percaya kenyataan yang dia hadapi.
"Saya rasa awak tengah bermimpi kot, nak saya ke kejutkan ke?" Gurau Razi mendapat jelingan dari Sofia.
"Pandai juga ye Encik Razi loyar buruk?" Rungut Sofia dengan perangai tak semengah Razi pagi tu. Selalunya kalau datang kat butik, mesti beri muka ketat, nak tegur pun terus tergendala.
"Awak sangka saya ni patung ke tak pandai bergurau?" Kening Razi terjongket melihat Sofia.
"Bila saya boleh ambil kain tu? Boleh ke ambil sekali accessories kat gudang tu?"
"Ambil je yang awak suka Aulia, entah mimpi apa Tuan Mahmud bagi awak access ni, kira awak bersyukurlah." Rungut Razi kedengaran keindra pendengaran Aulia Azzahra.
"Boleh tak kalau saya ikut sekali Encik? Nak juga tengok gudang Butik Baiduri tu!" Rengek Sofia kedengaran tak tahu malu.
Keningnya terangkat sebelah melihat Sofia, mulutnya seperti burung pipit dari tadi. Apa jenis perempuan ni?
"You tak tahu malu ke? Ada Aulia ajak?"
Sofia memuncungkan mulutnya ke hadapan.
"Ermmm, Encik Razi...boleh tak kalau saya bawa teman?" Sambil memegang lengan Sofia.
"Up to you Aulia Azzahra, nak bawa family awak sekali pun boleh... buat lawatan sambil belajar!" Ucapnya sambil tersengih.
"Thank you Encik Razi."
"You're welcome Aulia Azzahra, awak boleh tutup awal Butik Baiduri hari ni, sebab Gudang Butik Baiduri akan tutup pada jam 7 pm, so you kena pergi awal sikit." Terang Razi mendapat anggukan dari Aulia Azzahra dan Sofia.
"Aulia, lepas dari gudang tu, bolehlah kita cuci-cuci mata kat KL nanti." Bisik Sofia, namun masih jelas Razi mendengarnya.
"Awak ni, mulut awak memang tak boleh diam ke? Berbisik pun Masih jelas saya dengar." Komen Razi pada Sofia.
"Hehehe... Kalau Encik Razi tak nak dengar, Encik boleh sumbat telinga Encik dengan cotton bad."
"Tension aku dengan awak ni Sofia, selalunya aku datang terkulat-kulat. Ni dah pandai melawan nampak?"
Sofia tersengih-sengih mendengar rungutan Razi.
Aulia Azzahra hanya menggeleng perlahan melihat 2 orang di hadapannya, dari tadi tak habis-habis bertekak. Tak lama aku kasi kahwin juga 2 orang ni, padan juga. Fikirnya dalam hati.
__________________________________
Di sebuah restaurant private Kuala Lumpur.
"Sorry Reen, I dah ada pilihan hati sendiri."
"You tak boleh buat I begini?"
"Tak boleh ke you lepaskan I, lagipun I tak pernah cintakan you!!"
"Sampai hati you Zack, apa salahnya you terima I, daddy I akan bantu you mengembangkan perusahaan you."
"I tak nak bergantung pada family you, I nak atas titik peluh I sendiri."
"Sombong sangatlah you ni Zack, apa salahnya you terima tawaran I, jadi daddy I akan terima kerjasama dengan you. Kira satu samalah."
"You nak ugut I? Dah berapa kali I kata, I dah ada pilihan hati I sendiri, I dah janji dengan dia akan melamarnya hujung tahun ni."
"Kalau you berani, langkah mayat I."
"Sampai you nak ugut I, you ingat I percaya dengan kata-kata you?"
"You jangan main-main dengan I Zack, I pegang kata-kata I. Selagi you tak jadi milik I, semua perempuan kat muka bumi ni tak boleh memiliki you. You cuma milik I sorang." Katanya kedengaran angkuh.
Zakaria menggaru kepalanya yang tak gatal, kecewa dengan sikap Rina yang nak menang sendiri. Tak tahu macam mana dia boleh terjebak dengan Rina.
Awalnya, cuma perjanjian bisnes sahaja namun siapa sangka anak Datuk Hamdan iaitu Rina telah jatuh cinta dengan Zakaria dengan pandangan pertama. Wajah Zakaria yang kacukan melayu Korea, tinggi bak model hollywood telah menambat hati anak tunggal Datuk Hamdan dan Datin Maria. Di ugut menarik balik perjanjian bisnes sekiranya Zakaria menolak dari mengahwini Rina."Ya Allah Aulia, aku dah terjebak , macam mana aku nak lepas dari genggaman Rina dan familynya." Bisik hati Zakaria sambil mengusap kasar wajahnya.
Baiduri Holdings
"Razi, kau dah beri ke card access Baiduri Holdings atas nama Aulia Azzahra?"
"Sudah bos!" Keningnya terangkat sebelah melihat Mahmud Al-Farizi yang tengah duduk di kerusi kebesarannya terangguk-angguk.
"Good job Raz, kau memang selalu boleh di andalkan."
"Thank you bos."
"Pastikan Aulia Azzahra siapkan rekaannya tu sebelum fesyen show kat bukit bintang tu, I nak modeling Baiduri Holdings kita memakainya." Ujarnya tegas.
"Tapi...!
Kring kring kring
Kring kring kringBelum sempat Razi menghabiskan kata-katanya, telefon Mahmud Al-Farizi berdering.
"Ya, ada apa?"
"Tuan, ada seorang wanita nak berjumpa dengan Tuan, katanya teman lama."
"Sila sambungkan panggilan telefon tu!" Keningnya berkerut.
Operator Baiduri Holdings menyambungkan talian.
"Hello babe, you tak rindu dengan I ke?" Terdengar suara manja Arliana kat corong telefon.
"Nope!" Mahmud terus sahaja memutuskan panggilan telefon tersebut.
"Siapa mud?"
"Your best friend!" Jawapnya 3 patah.
"Siapa pula best friend saya?" Razi jadi bengang mendengar jawapan Mahmud Al-Farizi.
Razi melihat Mahmud Al-Farizi berdiri dari kerusi kebesarannya menuju ke pintu keluar.
"You nak ke mana Mud?"
"I nak lunch, you tak nak ikut ke?"
"Boleh juga!" Sahutnya lalu mengikuti langkah Mahmud Al-Farizi dari belakang.
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...