Bab 27

91 6 0
                                    

"Awak betul ke dah sihat ni? Tak nak ikut saya?" Tanya Tengku Syed Emir, risau dengan keadaan isterinya yang tidak menentu

Terkadang Hania Nura cergas dan sihat tapi kadang tidak bermaya dan muntah-muntah, dia risau mahu meninggalkan Hania Nura seorang diri

"Saya okay shubend, lagipun saya kan dah start kerja. Abang Rayyan akan jaga saya sepanjang awak takde nanti, jangan risau eh?" Tangan Tengku Syed Emir dibawa ke bibirnya sebelum melabuhkan ciuman pada tangan jejaka itu

"Jaga diri tau sayang? Saya pergi sekejap je, nanti saya balik." Pipi Hania Nura dielus lembut sebelum bibir mereka disatukan

Mereka berkongsi nafas seketika sebelum meleraikannya, dahi dirapatkan bersama dahi Hania Nura. Hatinya terasa berat ingin meninggalkan isteri kesayangannya walaupun kursus yang akan dihadirinya cuma mengambil masa selama 5 hari

"Anything call me okay?" Pesan Tengku Syed Emir seraya menjauhkan wajahnya dari Hania Nura

Hania Nura sekadar mengangguk dan tersenyum manis pada Tengku Syed Emir, hatinya juga berat, tidak mahu berpisah dengan suami tercinta tetapi apakan daya? Untuk kerjaya Tengku Syed Emir terpaksa dia merelakan jejaka itu pergi

Hania Nura menghantar Tengku Syed Emir hanya sekadar di pintu masuk apartmentnya sahaja kerana Tengku Syed Emir tidak mahu dia penat ulang alik ke bawah dan ke atas hanya untuk menghantar jejaka itu pergi

Hilang sahaja kelibat suaminya, Hania Nura menutup pintu masuk itu sebelum air mata yang ditahan sejak tadi mengalir. Suami tercintanya sudah pergi meinggalkannya untuk 5 lima, jadi selama itu tiada dakapan hangat dan wangian dari tubuh jejaka yang dicintainya

Benar! Memang dia cengeng! Tapi kesah apa! Dah salah jejaka itu juga sering manjakan dirinya, kini bila suaminya tiada disisi, dia tidak bisa membiasakan diri. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia menyeka air mata yang tersisa, dia perlu bersiap untuk pergi bekerja

Sudah lama dia tidak beraksi dihadapan kamera! Tiba-tiba hatinya terasa teruja! Langkah dimajukan menuju ke bilik baju untuk menukar pakaian. Bilik khas yang dibuat hanya untuk menyimpan pakaian, perhiasan, beg dan kasut berjenama yang diterima oleh syarikat-syarikat ternama

Setiap keluaran terbaru dari syarikat ternama di Malaysia, pasti dia akan mendapat Sponsor dari mereka. Itu juga adalah salah satu dari kerjanya iaitu mempromote keluaran terbaru syarikat terkenal itu

Baju cropped top berlengan panjang dan skirt separas atas lutut berwarna cream dicapai dari wardrobe, Shoulder Bag Gucci Ophidia Mini berwarna coklat bersama heels berwarna cream turut diambil sebelum dia menapak keluar menuju ke bilik beradunya untuk menukar pakaian

___________________

Tawfeeq Talha yang tadinya membelek brochure segera menapak dengan laju menuju ke arah rakannya, Tengku Syed Emir setelah terlihat sosok tubuh rakannya itu

"Hoi nerd! Tersengih-sengih dari jauh aku tengok?" Sapa Tawfeeq Talha seraya menepuk bahu Tengku Syed Emir

"Kau ni Feeq, buat terkejut aku je la! Kau tengok la nanti, kalau tiba-tiba tangan aku sampai kat muka kau jangan tanya kenapa eh." Wajah Tawfeeq Talha yang sedang sakan menggelakkannya itu dipandang tajam

"Sorry la brother. Kau tersengih tadi tengok apa?"

"Aku chat dengan Hania ni ha. Sebok je kau."

"Ooo... Kerek eh kau sekarang? Kau tunggu aku ada bini nanti."

Tengku Syed Emir menjeling Tawfeeq Talha tanpa memberi balasan, apa-apa sahaja lah rakannya seorang ini!

The Teaser and Her LoverWhere stories live. Discover now