HISHAM membawa Daniel ke hospital. Pada ketika sampai di hospital, hari telah pun malam. Kerana Hisham menghadiri mesyuarat guru di sekolah pada waktu petang tadi dan membuatkan Daniel menunggunya selama dua jam. Sepanjang perjalanan ke hospital juga, Daniel tertidur keletihan
Azhar mengusap sisi wajah Daniel yang sedang tidur di sebelahnya. Malam ni, Daniel akan tidur bersamanya untuk satu malam. Hendak membawa Daniel balik ke rumah Hisham, ada isteri dan anak-anaknya. Bimbang anak-anak Hisham akan terkejut dengan kehadiran Daniel. Bahkan, Azhar turut mengetahui ibu bapa Daniel meninggalkannya tanpa sebab munasabah. Anak ialah anugerah Tuhan. Penantian cahaya mata oleh mana-mana pasangan mengambil tempoh yang sangat panjang malah bertahun lamanya. Ada rezeki, akan hadir lah si kecil di dalam perut ibu. Andai takdir belum menentukan, pasangan suami isteri tersebut perlu menanti zuriat untuk masa akan datang pula.
Ibu bapa yang tidak mengaku sayang, buang anak semudahnya, fikirkan lah beribu kali lama mana pun berapa lama kita menantikan anak itu hadir dalam keluarga kita?. 13 tahun?. 10 tahun atau 20 tahun?.
"Perlu ke aku lapor pada polis?. Kesian aku tengok Daniel menangis tadi. Maafkan aku sebab aku bawa dia balik sini. Kau okey ke kalau dia tidur dengan kau malam ni?". Serba salahnya aku. Azhar tengah sakit. Bawa pula anak muridnya dalam keadaan macam ni. Hisham tersandar lemah pada kepala kerusi. Azhar menggelengkan kepala. Kau tak bersalah, Sham. Aku juga simpati pada Daniel. Sejak Daniel dituduh perompak, ibu bapanya pinggirkan Daniel.
"Tak perlu, Sham. Aku cadang, aku nak jadikan Daniel anak angkat aku". Selimut hospital menyelimuti Daniel hingga ke paras leher. Kau memang betul-betul sayangkan Daniel, Zah. Pada kau ketika hantar Daniel dengan kereta kau, aku dah nampak hubungan kau bukan sekadar gurunya saja. Hisham menghela nafas kecil, kemudian tersenyum. Kau bertuah, Daniel. Kau ada guru yang sangat penyayang.
***
DANIEL terkejut kerana berada di atas katil hospital bersama Azhar. Bangun saja daripada lenanya, ada cikgunya di sebelah. Azhar menidurkan diri kembali selepas bersolat subuh. Ketika masuk waktu azan subuh, dia tidak sampai hati mahu mengejutkan Daniel. Oleh kerana itu, Azhar tidak mahu mengganggu. Pintu wad dibuka daripada luar. Hisham datang semula ke hospital memakai pakaian baru. Di tangannya sedang memegang beg plastik berisi tiga bungkus nasi lemak ayam serta tiga air teh o panas.
"Dah bangun? . Semalaman Cikgu Azhar jaga awak. Awak mesti dah lapar kan?. Cikgu ada belikan awak nasi lemak ayam dengan teh o panas". Beg plastik diletakkan di atas meja di tepi katil. Hisham melabuhkan punggung di kerusi, mengeluarkan sebungkus nasi lemak kemudian diberi kepada Daniel. Daniel merenung makanannya. Masih ada orang yang sudi menyayanginya, meskipun ibu bapanya sudah buang dia jauh.
"Kenapa cikgu baik dengan saya?. Saya budak jahat. Ibu dan Ayah dah tak sayangkan saya". Daniel memandang tepat wajah Hisham dengan penuh tanda tanya. Patut Cikgu Hisham tinggalkan aku di tepi jalan. Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi. Aku pembawa malang siapa yang mendekati.
"Awak cakap apa ni?. Dah tentu lah kami sayang awak. Termasuk ibu bapa awak". Mereka tak pergi ke mana-mana pun, Daniel. Cuma mereka perlukan masa". Kepala Daniel diusap-usap.
Sayu perasaan Daniel. Hisham mempamerkan senyuman manis, agar hati anak muridnya ini tidak berduka atas perbuatan ibu dan ayahnya.
"Ibu bapa awak tak ada kami ada. Awak anggap lah kami ni abang-abang awak". Mata Hisham mengenyit. Daniel mengekek ketawa.
"Haaa..., macam tu lah. Dah makan. Cikgu susah payah tau beratur nak beli nasi lemak the best in the Malaysia ni". Gurau Hisham. Beratur panjang, ada hasilnya. Makanan kegemaran aku ni!. Kotak bungkusan dibuka. Aroma santan mewangi semerbak.
"Cikgu Azhar?". Daniel melihat Azhar yang masih tidur.
"Dia bangun nanti, kita ajak Cikgu Azhar makan tengahari terus". Satu suapan pertama dah selamat masuk ke dalam perut. Alhamdulillah. Nikmat masih dapat makan. Negara lain mengalami krisis kebuluran tidak berkesudahan. Kanak-kanak paling ramai meninggal dunia akibat kelaparan. Di Malaysia, masyarakat kita begitu mudah membazirkan makanan tanpa memikirkan golongan yang memerlukan makanan. Golongan itu terdiri daripada anak-anak yatim, orang miskin serta gelandangan.
Mereka yang tergolong dalam kategori ini, ambil pengajaran daripada apa mereka lalui. Mereka lapar, tidak mempunyai pekerjaan, masih kecil, ada masalah lain. Sedangkan kita yang bekerjaya langsung tidak pernah terdetik di hati menyedekahkan walau sedikit makanan kepada mereka. Duit disimpan tidak kemana. Kecuali duit itu digunakan untuk kebaikan.
Orang-orang kaya terutamanya sering menunjuk limpahan makanan yang mewah-mewah. Apa sebenarnya niat mereka?. Mahu tunjuk mereka kaya atau nak tunjuk mereka ada segala-galanya?.
Sungguhpun wang ringgit tak boleh beli kebahagiaan, kita tak sedar dengan duit boleh mengecapi sesuatu kejayaan atau kebahagiaan seseorang. Belajar di Universiti, perlukan duit. Nak makan, duit. Bayar tempat letak kereta, duit juga. Tak ada duit, hilang lah rasa hormat. Dipandang rendah. Namun, tibanya hari Kiamat, pahala dalam diri kita lah satu-satunya yang sangat diperlukan. Duit tinggi darjatnya, hancur berdebu di saat hari kemusnahan bumi.
Masih mahu angkuh diri?.
***
DUA bulan kemudian...
Tangan Azhar disalami. Rasa bersyukur tidak terungkap. Hari ini sudah genap dua bulan menjadi anak angkat Cikgu Azhar. Daniel memandang Papanya penuh kasih. Walaupun sudah menjadi anak angkat, Papa aku masih menjadi guru Bahasa Melayu aku lagi.
"Belajar rajin-rajin ya, sayang. Kelas Papa pukul 2 petang". Tangan Azhar mengusap-usap kepala Daniel. Murid lain hanya memerhati. Guru-guru yang lalu lalang dibelakang sudah tahu tentang hubungan mereka berdua.
"Okey Papa!. Daniel masuk kelas dulu tau?. Bye Papa!". Daniel melambai berjalan masuk ke kelas.
Azhar menggeleng kepala, ketawa kecil.
Papa.... segan aku!. Belum kahwin dah merasa jaga anak.
YOU ARE READING
Cikgu macam ayah saya
Historia CortaDaniel Hakim ( darjah 4 ) yang mempunyai masalah dalam subjek Bahasa Melayu kini mempunyai seorang guru yang boleh membantunya. Tersepit disebabkan hubungan atas dasar murid dan guru, Azhar sedaya upaya mengehadkan komunikasinya dengan Daniel. Namu...