"Menyesal aku keluar lunch tadi, tak pasal-pasal terjumpa Arliana." Mahmud memicit-micit kepalanya yang pening memikirkan Arliana bagaikan pelesit, seolah-olah dia membuntuti Mahmud Al-Farizi kemana-mana.
"Itupun tension ke?"
"Yang kau tinggalkan aku tadi tu dah kenapa?" Geram Mahmud Al-Farizi melihat Razi yang santai bersandar di sofa.
"Aku mana boleh tunggu kau, Aulia dan Sofia nak serahkan dokumen Butik Baiduri 3 tadi kat aku." Jelas Razi dengan muka tanpa rasa bersalah.
"Mana dokumen tu? Aku nak tengok pendapatan harian Butik Baiduri 3." Sambil menghulurkan tangannya.
"Ini dokumen Butik Baiduri 3 dan wang tunai yang awak minta tadi."
"Wang ni awak masukkan dalam account bank Baiduri Holdings."
"Aik... pulak dah!! Kalau tahu, lebih baik aku suruh Aulia Azzahra kreditkan terus dalam Baiduri Holdings. Kalau macam ni kerja 2 kali." Razi menepuk dahi. Tak faham dengan karenah Mahmud Al-Farizi.
"Ikut jer lah yang aku arahkan, tak payah nak membantah sangat."
"Okay bos, engkau jer lah yang betul. Nasib baik kau bos aku."
"Aku nak tahu berapa amaunt tunai yang Butik Baiduri 3 dapat untuk hari ni."
"Semuanya RM5500, majority customer hari ni bayar cash kat Butik Baiduri 3."
"Wow, macam ada perayaan pula ya Razi."
"Betul, kita kena hantar stok baru ke Butik Baiduri 3 esok... Kata Aulia tadi, stok dress makin susut. Banyak pakaian yang kehabisan stok, terutama saiz S dan XS."
"Okay, tolong beritahu kat Hana hantar stok baru esok ke Butik Baiduri seribu pasang lain-lain design."
"Okay bos."
"Oh ya Razi, masukkan senarai untuk jahitan Aulia nanti untuk tawar harga start RM1000." Ucap Mahmud Al-Farizi dengan yakin.
"Wow, kenapa mahal sangat?"
"Nak tengok kemampuan Aulia Azzahra, dapat ke dia kalahkan design yang Arliana guna nanti masa fesyen show tu. Pilihkan modeling Baiduri Holdings yang top, masukkan nama Aulia Azzahra sebagai designer terkenal Baiduri Holdings."
"Sesuai dengan perintah Tuan!" Razi tersenyum mendengar arahan dari Mahmud Al-Farizi.
"Awak seolah-olah percaya dengan kemampuan Aulia Azzahra ya Mahmud, tak risau ke dia jejaskan nama besar Baiduri Holdings? Selama ni, untuk event macam ni kita guna jasa kak Ton, tak takut ke kak Ton kecik ati?"
"Alah, apa salahnya... sekali sekala kita try designer muda pula, kalau kak Ton pencen siapa nak ganti? Kau tak fikir ke kak Ton tinggal 2 tahun lagi berkhidmat kat Butik Baiduri ni." Terang Mahmud Al-Farizi sambil menatap Razi yang duduk di hadapannya.
"Up to you Mahmud Al-Farizi, semua keputusan di tangan you!" Sambil menjongketkan bahunya seketika.
"Tahu takpe!" Ucapnya sambil tersenyum samar.
__________________________________
Malam itu, Aulia start melakar pattern untuk design terbaru Butik Baiduri, dia berharap setiap usahanya akan membuahkan hasil. Dia tak menyangka CEO Baiduri Holdings Mahmud Al-Farizi seorang yang tegas namun dalam masa yang sama mempunyai sifat yang baik jika di perhatikan.
"Aulia, belum tidur sayang?" Puan Aminah datang mendekati Aulia, melihat setiap gerak geri anaknya itu.
"Belum lagi ma, Aulia nak siapkan pattern ni terlebih dahulu, esok pagi Aulia boleh start jahit kat butik Baiduri jika takde customer. Takut tak sempat, kata Encik Razi baju ni nak kena guna time event kat hotel bintang." Jelas Aulia pada Puan Aminah.
"Berani juga Bos kamu beri Aulia jahit baju ni? Kamu tak takut ke Aulia? Takut tak mencapai standard kualiti jahitan dan kekemasan Baiduri Holdings." Kerut dahi Puan Aminah menyatakan hal tersebut.
"Entahlah ma, Aulia pun ni ragu-ragu nak jahit baju ni, tapi Tuan Mahmud kata jahitan ni menentukan masa depan Aulia dekat butik Baiduri ni."
"Mungkin Encik Mahmud nak naikkan jawatan Aulia kat Baiduri Holdings kot?" Teka Puan Aminah bersemangat dan cuba berfikiran positif.
"Mustahillah ma, jawatan apa lagi nak di beri kat Aulia? Butik tu, segala dokumen Butik Baiduri dan kewangan Aulia yang bertanggungjawab, Sofia tu cuma jaga cashier jer, ni pun dah nak pitam Aulia urus, cukuplah ni ma." Rungut Aulia Azzahra kedengaran.
"Alah, baru sikit pun dah membebel, kira rezekilah tu kalau bos Aulia beri tanggungjawab yang besar, itu maksudnya dia percaya dengan kemampuan Aulia menjaga dan menaikkan nama Butik Baiduri Holdings ni." Terang Puan Aminah dengan senyuman.
"Fikir senang ke ma di beri tanggungjawab besar ni? Boleh botak Aulia ma."
"Aulia kira beruntung tahu, tak semua orang dapat keistimewaan macam Aulia dapat ni." Tegur Puan Aminah kedengaran.
Aulia tersenyum hambar mendengar ucapan ibunya Puan Aminah. Bukan dia tak suka diberi kepercayaan oleh Tuan Mahmud Al-Farizi, tapi dia kurang yakin dengan kemampuan yang dia ada. Dah lama Aulia tak menjahit untuk jualan, selalunya dia jahit untuk ubah sikit-sikit jer pakaian customer.
"Aulia kena ingat, apa yang Aulia dapat sekarang ni semua adalah rezeki dari Allah swt, berkat Aulia ikhlas dan bertanggungjawab dalam menunaikan setiap amanah yang bos Aulia beri." Puan Aminah menasihati anaknya Aulia.
"Ya ma, Aulia tahu." Ucapnya sambil tersenyum.
Aulia Azzahra lihai mengukur dan menggunting pattern untuk design terbarunya. Dia cukup berpuas hati sebab design yang dia buat mengikut ukuran standard modeling Butik Baiduri. Sekiranya banyak permintaan nanti, design tersebut akan di serahkan bahagian tailor Baiduri Holdings.
YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...