bab 1 ☆

52 10 2
                                    

RUANG makan keluarga kecil Tuan Rosmanizam sunyi sepi. Dia memandang anak gadisnya yang menggenggam gelas kaca berisi air suam. Matanya tertumpu ke satu arah, termenung jauh.

Tuan Rosmanizam melirik ke arah Puan Shazya. Isyarat mata diberi.

Puan Shazya angguk-angguk. Faham dengan isyarat itu.

"Heyn," panggilnya lembut, memancing perhatian anaknya.

Heyn menoleh. Tatapan kosongnya tadi berubah sudut. "Ya?" sahutnya perlahan.

"Tak lapar?"

Heyn menggeleng. Dia duduk di sini sekadar minum air suam dan jamah sedikit kuih baulu pemberian jiran sebelah rumahnya tadi. Seleranya tumpul.

Musim sedihnya kali ini sungguh berpanjangan, entah sampai bila.

"Heyn ada masalah ke dekat sekolah?"

Heyn menggeleng. "Takda selera je, ma," tipunya.

Bodoh kalau dia mengaku dia tiada selera semata-mata disebabkan oleh seorang lelaki yang sempat singgah sementara dalam hidupnya. Dia tidak pernah memberitahu ibu dan bapanya tentang lelaki itu, bahkan tentang bagaimana kehidupannya di sekolah sekalipun.

Dia tak ada hati untuk membuka cerita.

"Mama masak tak sedap ke?" Puan Shazya cuba meraih simpati Heyn.

Heyn menggeleng. "Taklah." Sepatah jawapannya.

Sudahnya, dia kembali termenung. Puan Shazya menatap Tuan Rosmanizam, meminta pertolongan dari suaminya.

"Heyn." Giliran papanya pula menyeru namanya.

"Ya?"

"Heyn okey?"

"Okey." Heyn berauta lagi.

"Kalau tak okey, bagitahu papa dengan mama, ya?" pesan Tuan Rosmanizam.

"Ya." Heyn mengangguk. Maklum, tapi lambat lagi perkara itu akan terjadi.

Kedua orang tuanya saling bertatapan lagi, memberi isyarat mata sekali lagi.

Mungkin, mereka perlu berterus-terang tentang sesuatu.

'Abanglah bagitahu.' Puan Shazya berujar ghaib, hanya dengan gerakan mulut.

'Kenapa saya pula? Awaklah,' balas Tuan Rosmanizam.

'Eh, mana boleh saya yang bagitahu!'

'Kenapa pula tak boleh?'

Puas menarik tali, menunding jari untuk menyuruh siapa dahulu memberitahu perkara terpenting kepada Heyn, kedua-dua mereka dikejutkan terlebih dahulu dengan suara anak perempuan mereka.

"Heyn naik atas dulu." Dia berura-ura meninggalkan meja makan tetapi pantas pergelangan tangannya digenggam Puan Shazya.

"Duduk dulu, sayang."

Heyn menurut. Tak oula dia tanya kenapa dan mengapa ibunya menuntutnya untuk duduk kembali di meja makan.

"Kami ada benda nak cakap sikit dengan Heyn." Puan Shazya memberitahu. Dia mengusap lengan anaknya.

Heyn angguk. "Ya."

Puan shazya lirik ke arah suaminya sejenak. Last-last, Mama dia juga yang kena bagitahu!

"Jadi, kan... bisnes mama dengan papa dah makin besar. Produk kita dah sampai ke pasaran luar. Pasaran Brunei dengan Singapura. Dalam proses masuk pasaran Indonesia"

Oh... berkaitan bisnes diaorang. Mama dan papanya tubuhkan sebuah syarikat memproduksi pelbagai jenis produk kecantikan, baik cantik dalaman mahupun luaran, sesuai untuk lelaki dan perempuan. Inilah yang menjadi asbab utama ibu dan bapanya tidak selalu melekat di rumah. Memang sibuk sepanjang masa.

"Kitaorang tengah nak launch produk baru, once the product released, kami akan busy sangat-sangat." Bahu anak perempuan bongsunya itu diusap. "Both me and your dad might travel away a lot, too since kami dalam proses nak buka branches dekat Singapura."

"Heyn faham. Dah biasa." Heyn senyum kelat.

"Bukan... sebab kami takut something might happen to you, kami fikir nak pindahkan Heyn ke Pahang. Duduk dekat rumah mak ngah. Bolehlah dia tengok-tengokkan Heyn. Heyn setuju tak?"

Pindah?

Heyn tidak pernah terfikir sebenarnya untuk pindah buat kali kedua. Memang, di sekolah dia masih kerap dikacau, masih kerap bersedih, terbayang beberapa kepingan memori yang dia kongsi bersama lelaki itu.

Dia fikirkan, seiring waktu, dia akan baik-baik saja. Lelaki yang pernah dia suka itu pergi demi kebaikan diri. Heyn masih ada kawan dan teman-teman rapat di sisi.

Perkataan 'pindah' itu jelas sekali tak pernah terlintas di fikirannya. Langsung.

Tapi, cadangan itu bukanlah cadangan yang tidak berasas. Mana tahu... new place new her? Jumpa orang baru, tinggalkan luka lama?

"Kalau Heyn perlu masa nak fikir-"

"Heyn setuju."

IMAN mengemas meja belajarnya. Habuk-habuk pemadam dia kumpul di atas telapak tangannya dan buang ke dalam tong sampah kecil di sebelah meja belajarnya. Alat tulisnya disusun masuk ke dalam bekas pensel.

Jejaka itu kemudian meregangkan badannya. Penat setelah empat jam dia membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

Dia berdiri merenung ke luar tingkap biliknya, pemandangan langit senja.

Jakarta dan Kuala Lumpur, berbeza tempat, berbeza rasa. Jujur Iman katakan, enaknya lebih di Kuala Lumpur ketimbang di sini. Ya, kehidupannya di sini memang lebih baik. Rumah yang diinap dia dan adik-adik luas dan besar. Bilik masing-masing juga selesa. Sudah tak perlu berkongsi bilik seperti suatu masa dahulu.

Kalau dulu, makanan perlu dimasak. Bahan masakan perlu dicari. Di sini tidak pula begitu. Makanan sudah siap dihidangkan di meja makan.

Bersyukur, tetapi Iman berasa janggal dengan semua kemewahan ini.

Sekolahnya juga bagus. Dia didaftarkan di salah sebuah sekolah terelit di kota Jakarta. Sepanjang sebulan berada di sana, kehadiarannya disambut baik oleh para guru dan pelajar. Rakan-rakan sekelasnya juga ramah bertanya itu dan ini, tentang pengalamannya dari Malaysia berhijrah semula ke negara asalnya.

Oh, ya. Dia teringatkan sesuatu.

Buku kecil dari dalam laci meja belajarnya dikeluarkan. Pen diambil. Dia duduk semula di meja belajarnya.

Buku kecil ini, tempat dia meluahkan keluh-kesahnya, kegembiraannya, atau apa saja yang terjadi dalam hidupnya setiap hari kepada perempuan cantik yang sudah tidak bersama dengannya lagi.

Dia sudah tidak mampu boleh bersembang dengan Heyn lagi seperti selalu. Segala akaun sosial medianya juga telah ditutup. Telefon bimbitnya rosak, apa gunanya ada akaun sosial media?

Jadi, ini sajalah caranya meluahkan rasa. Berharap semoga nanti, Heyn berkesempatan untuk membaca coretan-coretannya ini.

Heyn,
Hari ini kamu gimana? Kalo saya, baik-baik aja.
Gak, deh. Gak baik-baik aja.
Soalnya rindu. Sama teman-teman di sana.
Sama kamu terutamanya.
Saya sedang berusaha sekarang. Kata Wafiq, saya perlu belajar yang bagus, cari kerja yang bagus. Kata arwah adik saya Izz juga begitu.
Jadi saya nurut.
Lepas lulus di SMA, saya bakal ke universiti. Selesai kuliah di universiti, saya cari kerja yang bagus dan terbang.
Pulang ke kamu semula.
Maaf ya perjalanan pulang saya lama.
Andai dalam perjalanan saya pulang ke kamu, ada laki-laki yang mau sama kamu,
Pilih aja dia, ya?
Saya faham, kok. Saya gak akan bersedih. Asalkan kamu bahagia.
Yaelah, sedih dikit tapi gak apa-apa. Dia berjaya bikin kamu senyum aja saya numpang senyum juga :)
Apa-apa pun, saya harap kamu baik-baik saja di sana. Dalam jagaan Allah sentiasa.

-Iman Affan,
Senja ke-26 tanpa kamu.

Pada Fatarmogana KejoraWhere stories live. Discover now