25

438 38 9
                                    


Enjoy~~~




Kasar dia menutup pintu kereta sebelum membawa langkahnya masuk ke dalam sebuah gudang lama.Suasana sunyi dan bunyi cengekring memenuhi segenap penjuru yang ada di sana.

"Miss..Dia ada kat dalam"maklum seorang pekerjanya lantas menyerahkan sarung tangan hitam kepada majikannya.Tenang dia memakai sarung tangan tersebut lalu melangkah ke arah tempat yang dimaksudkan.

"Aku ingat kau tak datang,Sarocha"tegur satu suara membuatkan dia mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.

Freen hanya memandangnya dengan tatapan kosong membuatkan orang itu tertawa apabila melihat reaksi Freen.

"Tak payah nak sindir aku Lily"dingin Freen berkata.

"Bukan kau tengah honeymoon ke?"soal Lily pelik.

"Jadi dia ke orang tu?"tanya Freen tidak menghiraukan pertanyaan Lily.

"Well,ni anak ayam dia je aku rasa..Yang ugut kau tu,dia ah..So far aku tengah usahakan cari bapa dia lak"jawab Lily.

"Dia ada mengaku apa-apa tak?"

"Nope.."

Freen mendengus kesal.

"Amik air,siram dia"arah Freen.

Lily mengarahkan pengikutnya untuk mengikuti permintaan Freen.

"Bangun,bangun!"bentak Freen setelah menyimbah air ke wajah lelaki yang sedang di ikat pada sebuah kerusi.Tindakan Freen itu berjaya membangunkan lelaki tersebut dari tidurnya.

"Kau nak apa?!Kau gila ke buat macam ni?!"marah lelaki itu setelah melihat wajah Freen dihadapannya.

"Gila?Siapa yang gila sebenarnya?Aku ke kau?"sinis Freen berkata kemudian mengambil sebilah pisau yang ada pada pinggang Lily.

"Aku report polis"ugut lelaki itu membuatkan Lily tertawa mendengar ugutannya.

"Polis pun takkan boleh tahu kau dah mati nanti"sinis Lily berucap.

"Aku cakap baik-baik sekarang..Siapa yang arah kau buat semua ni?"soal Freen.

"Buat apa?"

"Siapa yang arah kau?"

Lelaki itu hanya mendiamkan dirinya tidak mahu membuka mulut.

"Argh!!Sakit ah sial!"maki lelaki itu apabila pahanya di tusuk oleh Freen menggunakan pisau yang dipegangnya.

"Kau nak bagitahu atau aku sentuh keluarga kau?Kau nak aku jadikan anak ngan bini kau jadi hamba ke baru kau nak cakap Nuea?!"bentak Freen.

Pisau di hunus pada leher Nuea membuatkan Nuea merayu padanya.

"Jangan sentuh keluarga aku,tolonglah"rayu Nuea sebaik sahaja mendengar ugutan yang diberikan Freen.

"Masa kau ugut wife aku,kau tak takut?"

Lily hanya mendengar apa yang diperkatakan Freen kepada Nuea sambil mencuba sebaik mungkin untuk tidak tersenyum.

"Aku bagi kau peluang..Kau cerita semua benda yang kau tahu atau kau nak aku bawa anak dengan isteri kau kat sini sekali?"tanya Freen.

"Okay..Okay..Aku cerita..Aku tak tahu apa-apa pun sebenarnya..Aku kena bayar je"jawab Nuea.

Freen tertawa mengejek apabila mendengar jawapan yang diberikan Nuea kepadanya.
Kali ini dia menusuk lengan Nuea dek kerana tidak puas hati mendengar apa yang dikatakannya.

"Kau ingat aku bodoh ke?Main-main dengan aku?"marah Freen.

"Sumpah!Dia bayar aku untuk jalankan apa yang dia suruh..Pasal rahsia yang aku mesej tu,aku tak tahu apa pun..Ayat tu semua dari orang yang suruh hantar..Sumpah!Aku tak tahu pun..Ahh!"jawab Nuea dengan nada ketakutan
Jeritannya terlaung apabila Freen menarik keluar pisau yang tertembus dilengannya.

DESTINYWhere stories live. Discover now