Part 1: Kain Kuning (11 Januari 2014)

14 0 0
                                    


"Sedapnya lauk ini ibu..terasa lapar pula"

 kataku mulai terbit setelah melihat segala jamuan yang dihidangkan oleh ibu diatas meja makan.  Memang sudah menjadi kebiasaan Armiza sekiranya balik daripada sekolah selalu memuji akan masakan ibunya iaitu kari ayam.

"kau ni tau makan je tolonglah aku cuci pinggan pula!"

 sergah Armiza kepada Azreen adiknya yang sambil lewa membiarkan pinggan selepas makan ditepi singki. 

"apa ni bising-bising saja kamu saja la cuci sekali pinggan adik kamu tu..kalau tunggu kau sampai esok lah tak terbiar je pinggan tu kat singki"

 bidas ibunya sambil menunjukkan jari ke arah Azreen. Armiza ketawa kecil apabila adiknya disindir ibunya bersahaja. Azreen mula berlalu dari arah dapur.

 "Ibu semenjak ayah tak ada kan datuk suka bersendirian kenapa ya? dah tak macam dulu dh miza tengok

timbul soalan daripada Armiza manakala ibunya sedang menyusun pinggan2. Puan Faridah tersentap seolah-olah reaksi nya hendak menyembunyikan sesuatu perkara. 

"takde lah perasaan kau aje tu..atuk okey je ibu tengok..."

Suara ibu kelihatan latar menjawab pertanyaan Armiza dan terus berlalu dari situ. 

"10 kali tanya tu je la yang ibu jawab.. pelik laa takkan dia tak perasan eh... "

Soal Armiza dalam hati dengan hairan.


Sebalik pada waktu petang..


"Pergii kauu!! Dari sini!! kau lah yang buat Hanif anak aku matii!! Pergii kauu !!.." 

Teriakan yang kuat daripada datuk daripada arah bilik mengejutkan Armiza daripada sedang leka menonton tv. Armiza terus bergegas ke bilik datuknya.

"Allahuakbar..! Datuk!! miza ni tokk!..Bawa bertenang dan mengucap tok.." 

pinta Armiza sambil perlahan-lahan mengurut dada datuknya. Datuknya terus kelihatan tenang dan baring semula. Mulut Armiza terlopong melihat keadaan datuknya yang sangat aneh pada hari itu. Tangan datuknya seolah-olah terdapat cakaran yang panjang. Memang tidak dinafikan keadaan datuknya semenjak peninggalan arwah ayahnya semakin tidak terurus. Namun bukan itu yang berlegar di fikiran Armiza akan tetapi kata-kata datuknya dalam beberapa hari berturut-turut yang membuatkan Armiza masih tidak faham apakah yang sedang berlaku tanpa diketahui olenya.

Kejadian ini mula mengembalikan ingatan tentang kematian bapa Armiza iaitu Hanif 7 bulan yang lalu. 

Semua ahli keluarga berkumpul di dalam bilik tidur dirumahnya mengelilingi ayahnya yang terlantar di katil selama 2 bulan berturut. Penyakit ayahnya tidak dapat dirawat dengan perubatan moden sebaliknya ayahnya dipercayai memiliki penyakit yang misteri. Badan ayahnya kelihatan seperti mayat hidup kejung sejuk dan menggeletar. Armiza, Azreen, Arman dan abg sulungnya Adif berpelukan dengan tangisan yang pilu melihat akan keadaan ayahnya yang tenat. Puan Faridah berada dibelakang kelihatan sedang berbincang kecil dengan adik iparnya, Puan Haryati. Tuan Osman, ayah kepada Hanif hanya mampu mengelamun melihat anaknya.  

Seketika itu, ayahnya berbunyi dengan suara halus seperti memanggil kedua anak perempuannya, Armiza dan Azreen supaya berada disisi katilnya. 

"Armiza, Azreen anakku...jaga keturunan kita bersama dirimu..ayah..merayu..ingat pesan ayah sebelum ini yaa.." sayup kedengaran suara Tuan Hanif sehingga dihujung nafasnya sebelum ditarik oleh sakaratul maut. Abang Adif mengucapkan dua kalimah syahadah bersama ayahnya sehingga ayahnya, Hanif menghembuskan nafas yang terakhir pada petang itu. Armiza disisi ayahnya mengenggam tangan ayahnya dan mengucup dahi ayahnya buat kali terakhir. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUAKA JANJIWhere stories live. Discover now