Bab 13 Permanent Customers

3 0 0
                                    

"I excuse me, ini ke Butik Baiduri yang kat instagram tu?" Seorang pelanggan masuk ke Butik Baiduri 3.

"Betul, inilah Butik Baiduri 3." Sahut Aulia Azzahra dengan sopan.

"Kenalkan, saya Datin Fauziah!" Ucapnya dengan ramah.

"Selamat datang Datin Fauziah, saya Aulia Azzahra dan teman saya Sofia. silakan masuk." Ajak Aulia Azzahra dengan mesra.

"Thanks Aulia, saya nak beli baju untuk event, boleh tunjukkan pakaian yang sesuai dengan saya?"

"Bila ya Datin?

"Lusa...?"

"Boleh Datin, silakan...!"

Setelah beberapa minit Datin Fauziah memilih pakaian yang sesuai dengan seleranya, dia pun terus sahaja melakukan akad jual beli.

"Ohya Aulia, sebelum saya balik...saya nak tanya, boleh tak kita buat tempahan pakaian seragam untuk staff saya dan ada tak discount di beri sekiranya kami mengambil jumlah yang banyak?"

"Jenis pakaian apa ya Datin Fauziah?"

"Saya nak baju kurung, sebab office kami ingin memakai pakaian seragam pada setiap hari jumaat."

"Oh, boleh Datin Fauziah."

"Kalau macam tu, let's talk about it first. I hope my request is considered."

"Insya Allah Datin." Sahut Aulia Azzahra bersemangat.

Setelah beberapa minit mereka berbincang tentang tempahan pakaian seragam tersebut, akhirnya mendapat sepakatan yang memuaskan. Datin Fauziah berjanji akan menjadi pelanggan setia Butik Baiduri 3 dan akan memperkenalkan kepada rakan bisnesnya.

"Alhamdulillah Aulia, terima kasih... Saya balik dulu ya." Ucapnya dengan ramah.

"Terima kasih Datin Fauziah, senang-senang datanglah kemari dengan rakan-rakan Datin ya." Sahut Aulia Azzahra dengan sopan dan ramah.

"Aulia, baik ya Datin Fauziah tu... Dah jadi permanent customers kita, alhamdulillah." Ucap Sofia tiba-tiba.

"Alhamdulillah Sofia, ramah dan sopan lagi orangnya walaupun dari kalangan orang berada."

Sofia terangguk-angguk perlahan membenarkan ucapan Aulia Azzahra.

"Ha'ah Aulia, pasti Encik Razi senang hati nanti. Berapa pasang pakaian seragam office yang dia minta?" Soal Sofia memandang Aulia Azzahra yang tengah mengemas pakaian-pakaian yang terletak di atas sofa.

"200 pasang untuk 2 cawangan, mereka nak baju ni dah siap bulan depan."

"Owh, ada banyak masa lagi Aulia... Bila awal nak serahkan pada Encik Razi hal ni untuk di bawa ke gudang Baiduri Holdings?" Soal Sofia ingin tahu.

"Kejap lagi aku whatsapp atau call Encik Razi, bila dia nak ambil dokumen ni." Jelas Aulia Azzahra dengan detail.

"Hari ni boleh tahan juga ramai customer yang datang, penat aku berdiri di counter." Keluh Sofia lalu berjalan menuju sofa ruang tengah Butik Baiduri.

Ting tong

Aulia Azzahra memalingkan wajah melihat ke arah pintu utama Butik Baiduri, dahinya berkerut melihat Encik Razi, Tuan Mahmud Al-Farizi dan seorang lagi rakannya yang dia tak kenali masuk ke Butik Baiduri 3. Dahinya berkerut hairan melihat atasannya kerap berkunjung.

"Aulia, kenapa bos kita tiba-tiba datang? Kau tahu ke kenapa?" Soal Sofia hairan melihat 3 orang datang ke butik mereka.

Aulia Azzahra mengangkat bahunya seketika.

"I don't know Sofia, aku tak tahu."

"Cerah mataku Aulia, tiga-tiga tampan...waduh-waduh macam nak jatuh jantung I!" Sofia berseloroh melihat tiga makhluk ciptaan tuhan di hadapannya. Betul-betul sempurna pada pandangan matanya.

Aulia Azzahra tersengih mendengar ucapan Sofia yang takde lesen. Mujur mereka tidak mendengar apa yang Sofia ucap.

Aulia Azzahra dan Sofia segera berdiri dan mempersilakan tetamu yang datang untuk duduk di sofa tersebut. Aulia Azzahra melihat Mahmud Al-Farizi serius bersembang tanpa memperdulikan kesekelilingnya. Dalam mereka berborak, Sofia kembali ke kaunter kewangan sementara Aulia Azzahra masih berdiri mengawasi CEO Baiduri Holdings Mahmud Al-Farizi, assistant manager iaitu Razi dan sahabatnya yang dikenali sebagai Encik Jamil Hamdan adalah seorang pengusaha accessories yang terbesar di Kuala Lumpur.

"Ohya Jamil, sebelum kita berdiskusi lebih jauh lagi kenalkan staff saya yang bahagian kaunter tu cik Sofia dan yang tengah berdiri dekat kita ni Aulia Azzahra." Ucap Mahmud Al-Farizi dengan ramah tak seperti biasa Aulia Azzahra dan Sofia lihat.

Suasana Butik Baiduri 3 kelihatan riuh dengan kedatangan Mahmud Al-Farizi, Razi dan Jamil. Aulia Azzahra di arahkan ke belakang sementara pelanggan belum ada yang datang untuk menjamu mereka dengan air coffee.

"Mud, minta card Butik Baiduri 3 ni...!" Ucap Jamil tiba-tiba.

"Untuk apa Mil?" Kening Mahmud Al-Farizi bertaut.

"Adalah...!" Sahut Jamil sepatah, kemudian matanya melihat sekeliling seperti tercari-cari kelibat seseorang.

"You cari apa Mil?" Tanya Razi hairan melihat tingkahnya.

"Takde apa!" Ucap Jamil dengan senyumannya yang menawan.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now