kecurangan ibu tiriku

2.3K 32 2
                                    

Aiman tidak tahu, petkahwinan ayahnya lagi itu adalah perkhabaran yang menggembira kan atau pun sebaliknya. Dia juga tidak pasti apakah alasan ayahnya yang mencarikan dia teman kerana bersendirian di rumah itu wajar atau pun tidak. Jika sekali fikir, memang dia merasa sunyi juga tinggal bersendirian di rumah yang sebesar itu. Semenjak ibunya meninggal, serta kakaknya Ainah dan abangnya Ainol berkahwin, yang kemudian telah berpindah kerana sudah mempunyai rumah masing masing. Maka tinggalah Aiman berdua sahaja di rumah tersebut bersama ayahnya. Pada mulanya dulu memang dia benar benar terasa sangat sunyinya tinggal berseorangan, sebab ayah sentiasa tidak ada di rumah kerana sibuk dengan urusan perniagaannya. Kadang kadang hingga dua tiga hari dia tidak balik.

Namun setelah dia melaluinya  dari sehari ke sehari, dari seminggu ke seminggu, dari sebulan ke sebulan dan akhirnya dari setahun ke setahun, Aiman sudah pun boleh untuk membiasakan diri  hidup dengan bersendirian. Sebab itu dia rasa terkejut bila ayahnya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia hendak berkahwin lagi, dengan alasan untuk mencari seseorang yang boleh menemaninya di rumah. Sebagai anak Aiman hanya akur sahaja. Namun ketika di perkenalkan Aiman sudah merasa lain macam, kerana selain  usia perempuan itu yang bolehlah di anggap masih muda, sekitar awal empat puluhan, berbanding dengan usia ayahnya yang sudah pun menghampiri tujuh puluh. Namanya makcik Maria. Orang nya masih lagi cantik dengan pakaiannya yang sungguh ranggi.

Dengan itu mereka pun telah tinggal bersama serta menjalani kehidupan seperti mana sebuah keluarga. Kerana sudah hidup dalam satu keluarga, Aiman akhirnya telah boleh menerima juga kehadiran makcik Maria dalam kehidupannya. Semakin hari mereka semakin rapat dan semakin mesra, hingga boleh duduk sembang bersama sama tidak seperti mula mula dulu. Namun dalam hubungan baik mereka itu makcik Maria seperti mengambil kesempatan pula. Dia sangat suka bersosial. Ada ada sahaja kegiatan luar yang di sertainya, yang katanya dari berbagai  persatuan serta pertubuhan. Namun tidak jelas apa sebenar kegiatannya itu. Masanya juga lebih banyak di habiskan di luar daripada di rumah.

Jika sebelum ini dia hanya bergiat pada waktu siang, tetapi sejak akhir akhir ini dia sudah mula keluar malam pula. Suatu yang menghairankan ada pula orang yang sanggup mengambil dan menghantarnya pergi balik. Hanya yang musykilnya semua nya orang lelaki belaka. Serta dalam beberapa orang itu pula, hanya seorang sahaja yang di perkenalkan kepada Aiman. Black namanya, yang kelihatan nya jauh lebih muda dari  usia makcik Maria, mungkin lebih kurang awal tiga puluhan. Black inilah yang kelihatannya lebih kerap datang berbanding dengan yang lain. Aiman melihat Black ini selain dari teman satu persatuan sebagai yang di dakwa, sepertinya dia juga ada hubungan lain dengan makcik Maria.

Aiman ada mendengar ketika mereka berdua bercakap  melalui telefon. Selain dengan masa bercakap yang lama, bahasa serta gaya yang di gunakan juga agak mencuriga kan. Makcik Maria pun bila bercakap dengan Black ini, dia akan pergi menjauh ataupun dengan secara sembunyi sembunyi. Memang ada beberapa perkara yang Aiman lihat sebagai perkara yang mencurigakan baginya. Dia pernah nampak Black mencium makcik Maria ketika menghantar nya balik pada satu malam. Pada satu hari pula, ketika dia baru balik dari bandar, Aiman telah berselisih dengan Black yang baru sahaja keluar dari rumah mungkin hendak balik. Mereka sempat juga untuk bertegur sapa.

Ketika itu Aiman melihat makcik Maria walaupun berpakaian lengkap tetapi kurang  sempurna dan tidak kemas. Juga rambutnya memang  bersimpul, tetapi kelihatan tidak rapi. Serta terdapat kesan kesan peluh kering di sekitar wajah. Aiman pun mula curiga dan mengesyaki seperti ada sesuatu yang telah berlaku. Tetapi ketika itu dia tidak mengambil perhatian sangat, namun selepas kejadian yang sama seperti itu telah berulang lagi, dia pun mula memikirkan sesuatu. Salah satu cara sebagai untuk membuktikan apa yang dia syaki itu, Aiman telah mendapat ilham untuk memasang cctv di tempat tempat yang stratigi di dalam rumahnya. Terutama di dalam bilik ayahnya dan di ruang keluarga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

kecurangan ibu tirikuWhere stories live. Discover now