Bab 17 Kedatangan Zakaria

7 0 0
                                    

"Assalamualaikum, apa yang kecoh tu?" Razi melabuhkan punggungnya ke atas sofa berhadapan dengan Aulia Azzahra yang kelihatan tidak bersemangat seperti biasa.

"Waalaikumussalam!" Sambut Aulia Azzahra dan Sofia serentak.

"Kenapa dengan kamu Aulia?" Tanya Razi setelah melihat Aulia Azzahra yang lemah tak bermaya.

"Dia demam Encik." Sahut Sofia spontan. Razi melihat Sofia sepintas.

"Kenapa tak izin cuti Aulia?"

"Dia tak nak Encik." Kening Razi tertaut melihat Sofia yang menjawab setiap persoalannya.

"Dah makan ubat ke Aulia?"

"Belum Encik!"

"Aik, awak yang menyahut terus? Ada saya tanya awak ke?" Soal Razi memicingkan matanya
pada Sofia dengan kerutan didahi. Pelik melihat Sofia, mulutnya betul-betul bising seperti pipit yang berkicau di pagi hari. Dia menggeleng singkat.

"Dah Aulia tak jawab, sayalah yang tolong jawabkan!" Jawab Sofia dengan wajah cemberut sambil merungut.

"Kau tolong senyap, aku nak cakap dengan Aulia....bukan dengan awak!" Sahut Razi dengan tegas. Kadang geram juga lihat perangai Sofia yang tomboi fikirnya.

"Yalah... Yalah itu pun marah, nasib assistant bos!"

"Kenapa kalau bukan assistant bos?"

"Ehhh sudah sudah, saya okay jer Encik Razi... saya nak serahkan dress ni." Hulur Aulia Azzahra pada Razi sebuah beg kertas besar yang didalamnya terdapat sehelai dress malam yang kelihatan indah.

"Wow, kamu memang menepati janji Aulia...baju ni dah siap awak jahit dan perfect memang cantik dan unik." Ucap Razi setelah melihat hasil kerja Aulia Azzahra yang berbaloi dengan senyuman lebar.

"Alhamdulillah Encik Razi, semoga Tuan Mahmud Al-Farizi puas hati dengan kekemasan jahitan saya, dan dapat menepati standard Baiduri Holdings.

"Insya Allah Aulia, Tuan Mahmud pasti teruja melihat hasil jahitan awak ni. Awak tak nak izin cuti sakit ke? Pergi klinik cek kesihatan." Tawar Razi pada Aulia Azzahra.

Aulia Azzahra hanya menggeleng singkat, tersenyum tipis melihat kerisauan Razi yang terpancar di hadapannya.

"Tak naklah Encik, takkan aku biarkan Sofia seorang-seorang jaga butik ni?"

Razi terangguk-angguk. Betul juga, apa-apa hal tentang butik ni semua di bawah pengawasan Aulia Azzahra. Itu fikirnya. Inilah kali pertama Aulia Azzahra kurang sihat, kerana selama ini dia jarang datang ke Butik Baiduri 3.

"Kejap ya, saya call bos kita dulu." Razi beranjak dari tempat duduknya keluar butik untuk menelefon Mahmud Al-Farizi dan memberi khabar akan kesihatan Aulia Azzahra. Tidak berapa lama, Razi masuk semula kedalam butik dan duduk di sofa setelah selesai bertelefon dengan Mahmud Al-Farizi.

"Macam mana Encik?" Tanya Sofia setelah melihat Razi duduk sambil menyandarkan badannya.

"Kita tunggu Tuan Mahmud Al-Farizi datang, katanya dia akan segera datang ke sini." Sahut Razi seadanya.

Kening Aulia Azzahra tertaut, hairan mendengar penjelasan Razi.

"Buat apa Tuan Mahmud Al-Farizi datang ke butik? Bukankah dia sudah menghantar Encik Razi untuk mengambil hasil jahitannya itu? Atau ada perkara penting, sebab itu Tuan Mahmud datang." Batin Aulia Azzahra berbisik.

"Kenapa Tuan Mahmud nak datang?" Soal Sofia mendapat lirikan dari Aulia. Nasib Sofia yang bertanya.

"Dah dia nak datang, takpelah...lagipun ni kan butik dia...!" Sahut Razi selamba.

"Aku tahulah encik ni butik Tuan Mahmud, tapi kenapa Tuan Mahmud dah kerap datang ke sini?" Soal Sofia hairan.

Razi menjongketkan bahunya.

"Entahlah Sofia, aku ni ikut jer apa bos cakap. Yang penting gaji aku jalan tiap bulan." Ucap Razi selamba sambil menghirup udara banyak-banyak.

Ting tung!!

Aulia Azzahra, Sofia dan Razi serentak melihat kearah pintu masuk. Melihat kedatangan sesosok yang Aulia Azzahra dan Sofia kenali.

"Assalamualaikum Aulia, kenapa nampak pucat tu?"

"Waalaikumussalam!" Ucap mereka yang berada di butik tersebut.

"Zakaria, kenapa baru muncul?" Soal Sofia yang bertanya mengganti pertanyaan Aulia Azzahra selama ini.

"Minta maaf, akhir-akhir ni aku busy jadi jarang memberi khabar. Kenapa dengan Aulia Sofia?"keningnya tertaut melihat keadaan kekasih hatinya yang lemah.

"Dia demam, korang duduk dulu ya...aku pergi buat air." Tawar Sofia kemudian berlalu pergi ke bahagian dapur Butik Baiduri.

"Aku dari tadi di sini takde pun Sofia tawarkan air." Rungut Razi yang tak lari dari Aulia Azzahra. Tanpa sedar Aulia Azzahra tergelak mendengar rungutan assistant manager Butik Baiduri.

Zakaria duduk di sofa single melihat Aulia Azzahra yang memicit-micit lembut daerah kepalanya dan masih kelihatan pucat.

"Abang hantar Aulia ke rumah sakit ya?" Aulia Azzahra dapat melihat raut wajah kekasihnya yang cemas.

Aulia Azzahra menggeleng perlahan.

"Tak nak abang, Aulia nak rehat jer!" sahutnya masih dengan pendiriannya.

"Please jangan keras kepala okay?" Ucap Zakaria dengan lembut.

Dahi Razi berkerut melihat dua orang manusia di depan matanya yang di rasanya ada hubungan special yang tidak dia ketahui.

"Silakan minum."

Razi melihat Sofia yang meletakkan secangkir kopi panas kepada Zakaria.

"Terima kasih Sofia."

"Sama-sama." Ucap Sofia dengan senyuman.

"Untuk aku mana?" Tanya Razi melotot melihat Sofia yang sewenang-wenangnya menganggap dirinya seperti tak wujud di situ.

"Kalau Encik Razi nak pergilah buat sendiri!"

"Sofia, bawakan Encik Razi juga secangkir kopi panas ya." Ucap Aulia Azzahra dengan lembut.

"Okay-okay, kejap saya ambil." Jawabnya dengan wajah cemberut.

Aulia Azzahra menggeleng perlahan melihat Sofia dan Razi kerap bertengkar sekiranya bertemu.

"Encik Razi, bolehkan saya bawa Aulia Azzahra ke klinik sebentar?" Tanya Zakaria hati-hati, dia sedar...dia hanya orang luar dalam Butik Baiduri tersebut.

"Tunggu sebentar ya Encik Zakaria, kejap lagi Tuan Mahmud Al-Farizi datang nak lihat sendiri keadaan kesihatan staffnya.

Zakaria terangguk mendengar penjelasan Razi yang boleh di terima akal.

"Okay, harap Aulia dapat MC cuti sakit. Tak mungkinkan Aulia bekerja dengan keadaan macam ni?" Zakaria mengutarakan isi hatinya.

"Ya Encik Zakaria, apa pun tunggu keputusan dari Tuan Mahmud Al-Farizi, saya takut ambil keputusan sendiri." Ucap Razi was-was, apa lagi sempat tertangkap di gegendang telinganya kepanikan Mahmud Al-Farizi setelah mengetahui Aulia Azzahra kurang sihat.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now