Assalamualaikum ,
Setelah sekian lama tidak menulis ,
Saya ingin menceritakan tentang anak anak saya.Saya telah melahirkan anak yg pertama pada umur 24 tahun pada 19/9/2020 pada hari Sabtu pada pukul 10:14 pagi .
Seorang anak lelaki.
Saya namakan dia Mohamad Irfan adwa. Seorang yg sangat comel untuk saya. Saat melahirkan nya ia begitu sakit kerana ia merupakan pengalaman kali pertama yg tidak pernah saya lupakan sepanjang hidup saya.Selain daripada itu, ia juga sebuah pengalaman di mana saya masuk ke dalam hospital. Selama saya hidup saya tak pernah tidur dalam wad hospital.
Proses kelahiran mengambil masa agak lama juga,kerana saya dimasukkan labour room pada ukuran 7 CM sebelum dimasukkan ke wad atas jasa kekosongan katil.
Pengalaman di mana saya terberak di atas katil bersalin. Saya tak perasan sebab semua itu terjadi begitu cepat sekali. Kerana begitu sakit perut saya pada saat itu. Setelah itu, saya menutup mata kerana sudah tidak ada yg rasa sakit . Hampir setengah perut terasa sakit kembali .
Ia menyuruh saya mengeluarkan bayi dengan mengeluarkan nafas daripada dalam. Tetapi tetap jua saya lepaskan dengan ada suara.
Tekanan demi tekanan .
Ia pun keluar dengan pertolongan doctor dan nurse. Proses jahit yg sangat menyakitkan kerana saya sering kali mengangkat punggung ketika ingin mengeluarkan bayi saya.Saya merasakan debar di dada ketika bayi saya diletakkan di dada saya pada saat tersebut. Hanya Allah yg tahu apa yg saya rasa pada saat itu.