[rin.du] | ريندو
Definisi : 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang
[se.tia] | ستيا
Definisi : 1. teguh hati
_______________
Sinopsis
Hubungan utuh Hara Qarissa dan Jibrael Adhika serta merta musnah apabila aturan keluarga pihak si gadis menjodohkannya dengan orang lain.
“Jibrael jauh lebih baik dari kau. Kalau tak disebabkan mama dengan ayah, aku tak akan kahwinlah dengan kau.” - HARA QARISSA
Hara Qarissa mahu lari. Lari dari semua benda yang bakal berlaku ini. Mustahil dia akan berkahwin dengan abang angkatnya sendiri.
“Abang sanggup lakukan apa sahaja demi mama, ayah. Abang akan kahwin juga dengan Hara.” - DHAFIR GHUFRAN
“Hei! Jangan nak berangan! Aku benci kau dari dalam perut mak kau lagi. Dari janin yang baru nak mekar!” - HARA QARISSA
“Hara cintakan Jibrael seorang je kan? Jibrael mohon pada Hara, jangan buka hati untuk sesiapa selain Jibrael,” - JIBRAEL ADHIKA
Sanggup Hara Qarissa menerima pelawaan Jibrael Adhika pergi membawa diri ke luar negara. Lari dari perkahwinan tak masuk akal ini. Enam tahun berpisah dengan keluarga dan kini Hara Qarissa pulang kembali ke tanah air dengan membawa seorang anak lelaki di sisi.
“Haiyan. Anak Rissa-”
Dengar sahaja kenyataan itu terus hati Dhafir Ghufran rapuh. Kehilangan Hara Qarissa buat dia hampir hilang akal. Dia sedar dia bukan pilihan pertama dan kedua bagi gadis itu. Atau... Bukan selamanya pilihan di hati.
“Kau cintakan aku sangat? Baiklah... Aku terima kau tapi dengan syarat jangan pernah ada niat nak buat aku jatuh hati dengan kau.”
Dia terima.
_______________
Genre
Sad romance
_______________
Garis masa
Mula : 18 Desember 2022
Tamat : -_______________
Appropriate song;
Atas Nama Cinta — Rossa
_______________
Happy reading;
𝐞𝐳𝐞𝐥𝐥 𝐡𝐚𝐧𝐚𝐞
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."