Bab 19 Kecurigaan Zakaria

4 0 0
                                    

"Kasihan dia." Ucap Sofia memerli Razi yang tengah masam mencuka.

"Diamlah awak, asal jumpa awak mesti mood saya jadi down." Sahut Razi bengang mendengar ucapan Sofia tadi.

"Siapa suruh jumpa saya?" Jawab Sofia dengan perasaan kesal.

Razi menjeling ke arah Sofia. First time ada staff yang tak takut dengan dia, dan itu adalah staff Butik Baiduri 3 Sofia Qaisara.

"Awak ni tak respect dengan saya ke?"

"Buat apa saya nak respect dengan Encik Razi, kalau Encik Razi sendiri tak respect dengan saya." Sahut Sofia dengan nada geram.

Razi tergelak perlahan sambil menggeleng singkat.

"Sebab apa saya kena respect dengan awak Sofia hurmmm?" Soal Razi pada Sofia yang tengah mengemas pakaian-pakaian yang belum tersusun rapi.

"Sudahlah, bikin menyampah!!" Ucap Sofia sambil menyimpan kasar pakaian yang ada di tangannya kemudian dia berjalan menuju ke arah cashier, malas dia nak berdebat dengan Razi memang tak ada kesudahannya.

"Awak masih nak tunggu Aulia kat sini ke?" Soal Razi setelah melihat Zakaria yang belum beranjak dari tempat duduknya.

Zakaria mendongak melihat Razi yang tengah meminum airnya, lalu berfikir sambil menimbulkan kerutan didahinya.

"Apa hubungan Aulia Azzahra dengan bos korang?" Soal Zakaria ingin tahu, merasa pelik melihat perhatian yang diberikan pada Aulia Azzahra. Adakah sama perhatiannya yang diberikan pada staffnya yang lain.

"Takde apa, antara Tuan Mahmud Al-Farizi dan Aulia Azzahra takde hubungan special selain bos dan staff. Kenapa awak tanya? Awak ni siapanya Aulia Azzahra?" Keningnya terangkat sebelah. Melihat Zakaria yang masih setia duduk di sofa. Razi hairan dengan persoalan yang diajukan padanya.

Saya nak tahu jer, saya lihat Tuan Mahmud tu lain macam dengan Aulia." Jawab Zakaria kurang berpuas hati dengan jawapan yang Razi berikan.

Razi menjongketkan bahunya seketika.

"Itu saya kurang pasti, kalau nak tahu jawapan yang tepat...tanya sendiri dengan empunya badan."

Zakaria menghabiskan airnya yang berada di atas meja, sambil diperhati oleh Razi dari tadi.

"Kalau macam tu saya balik dulu."ucapnya kemudian bersalaman pada Razi. "Sofia, beritahu pada Aulia nanti saya call atau whatsapp saja dia. Saya ada urusan lagi lepas ni." Katanya lagi sambil melihat jam dinding yang terpajang di dinding Butik Baiduri.

"Okay Zakaria, hati-hati ya." Sahut Sofia yang tengah duduk bahagian cashier.

Zakaria menggangguk perlahan kemudian keluar dari Butik Baiduri 3 dengan langkah longlai, sebenarnya dia datang ke Butik Baiduri 3 tu nak bincang baik-baik dengan Aulia Azzahra tentang hubungan mereka yang makin layu. Di sebabkan hal bisnes dengan keluarga Rina, semua yang dia rancang jadi berantakan.

****************************

"Aulia, hari ni saya beri awak cuti sakit 1 hari... So, lepas ni saya terus hantar awak balik ke rumah awak." Ucap Mahmud Al-Farizi yang tengah duduk bahagian pengemudi kereta mewahnya.

"Baik Tuan, ohya dress yang dah siap jahit tu saya dah serahkan pada Razi." Sahut Aulia Azzahra perlahan. Segan mendapat perhatian dari Mahmud Al-Farizi, apa lagi dia cuma staff biasa.

"Okay Aulia Azzahra, nanti saya periksa kerja tangan awak." Ucapnya sambil melirik Aulia Azzahra yang berada di sampingnya. "Esok awak kena masuk kerja seperti biasa, hari ini awak di ganti sementara oleh Razi." Jelas Mahmud Al-Farizi, mendapat anggukan dari Aulia Azzahra.

"Insya Allah Tuan Mahmud, esok saya masuk kerja macam biasa."

"Sebelum kita balik ni, awak ada nak beli apa-apa ke?" Soal Mahmud Al-Farizi kedengaran di gegendang telinganya.

Aulia Azzahra menggeleng singkat.

"Tak ada juga tuan. Tuan Mahmud boleh turunkan saya di Butik Baiduri 3, saya ada bawa kereta tadi." Ucap Aulia Azzahra merasa segan seolah-olah mengarah-arah bosnya sendiri.

"Tak perlu Aulia, hari ni biar saya yang hantar awak sendiri sampai depan rumah awak... Awak tengah kurang sihat, larat ke bawa kereta?" Ucapnya dengan senyuman tipis.

Aulia Azzahra tersenyum tipis, tertunduk membisu. Tak tahu nak kata apa lagi. Perangai Mahmud Al-Farizi ni jenis orang yang tak mahu di bantah kehendaknya, Aulia Azzahra tahu itu... tapi dia tak mahu seolah-olah memanfaatkan perhatian yang diberikan padanya. Apa kata jiran-jirannya nanti? Selama ini Aulia Azzahra belum pernah di hantar jemput oleh seorang lelaki. Kalau Aulia Azzahra terangkan itu adalah bosnya, adakah orang akan percaya? Aulia Azzahra menggaru pipinya yang tak gatal, berfikir apa lagi alasan yang dia harus berikan supaya Mahmud Al-Farizi boleh terima dek akal.

"Tak ada apa-apa lagi ermmm?" Soal Mahmud Al-Farizi pada Aulia Azzahra.

"Takde Tuan."

"Okay kita gerak sekarang." Sahut Mahmud Al-Farizi dengan semangat. Namun, belum sempat Mahmud Al-Farizi memulakan perjalanan... Tindakan Mahmud Al-Farizi mengejutkan Aulia Azzahra.

"Ingat Aulia Azzahra, kalau awak tak mampu terus terang...jangan paksa diri awak faham?" Ucapnya sambil mengusap lembut kepalanya.

Matanya membulat sempurna. Hatinya berdesir menerima perlakuan Mahmud Al-Farizi.

"Ba...baik Tuan!" Sahutnya tersekat-sekat. Tersedak dengan air liur sendiri.

Mahmud Al-Farizi mengangkat alisnya seketika, melihat Aulia Azzahra gugup di hadapannya. Dia tersengih dan buat-buat tak tahu.

Keadaan dalam kereta mewah Audi R8 Madmud Al-Farizi hening, tak ada perbualan yang terjadi. Mahmud Al-Farizi mendengar radio FM sambil terangguk-angguk mendengar rentak lagu. Suasana hatinya sangat tenteram hari itu kerana dapat menghantar sendiri staffnya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Tidak berapa lama, akhirnya mereka sampai di depan rumah Aulia Azzahra. Puan Aminah terkejut melihat Aulia Azzahra pulang ke rumah lebih awal dan menaiki kereta lain.

"Terima kasih ya bos, jemput ke rumah." Ajakan sambal Aulia Azzahra kedengaran.

Mahmud Al-Farizi tersenyum tipis.

"Tak apa, awak boleh berehat...saya langsung nak ke Butik Baiduri 3 lihat keadaan Razi dan Sofia Qaisara." Ucap Mahmud Al-Farizi seadanya. Dia belum cukup nyali untuk singgah di rumah Aulia Azzahra untuk bertemu dengan kedua orang tuanya.

Setelah itu, Aulia Azzahra melihat kereta mewah tersebut berlalu pergi dari hadapannya dan hilang dari pandangan matanya.

"Siapa tadi tu Aulia?" Soal Puan Aminah hairan.

"Bos Aulia ma, dia hantar Aulia ke klinik kesihatan tadi." Jawab Aulia Azzahra dengan persoalan Puan Aminah.

"Mana keretamu Aulia? Lihat jiran-jiran kita, semua hairan tengok ko balik lebih awal dari biasa." Soal Puan Aminah kemudian merungut kerana risau sekiranya ada cerita yang tak mengenakkan akan kedengaran.

"Tinggal di parking Butik Baiduri, tadi Aulia pening sangat, tak dapat nak bawa kereta. Jadi, bos Aulia yang hantar Aulia ke klinik tadi dan hantar balik."

Puan Aminah terangguk faham apa yang di sampaikan oleh anaknya.

"Macam tu, marilah masuk...tak pasal-pasal awak demam balik." Ajak Puan Aminah pada anaknya, lagipun matahari dah mula terik.

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now