Bab 20 Pavilion Suites, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

5 0 0
                                    

Tangannya begitu lincah menulis setiap impiannya dalam sebuah diary, meski malam semakin larut Aulia Azzahra tidak merasa lelah. Terpaan angin malam sepoi-sepoi bahasa yang berasal dari jendela biliknya yang terkuak lebar begitu menyejukkan. Lima belas minit berlalu, Aulia Azzahra masih betah menulis.

Aulia Azzahra melihat dari luar jendela, betapa indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa. Beribu bintang bergemerlapan di angkasa lepas, namun Allah tak pernah berkeluh kesah dengan setiap ciptaanNya. Mengapakah kita sebagai seorang hamba sering berkeluh kesah dengan setiap cubaan yang mendatang?

Aulia Azzahra tersenyum seketika melihat keindahan alam ciptaan tuhan, hanya dengan melihat dan mengagumi ciptaan Allah hatinya merasa tenang setenang air di muara.

Treet treeet treeet!!

Bunyi pesanan ringkas masuk di handphonenya mengejutkan dia dari lamunannya. Dahinya berkerut seketika, lalu jari jemarinya dengan lancar mereply pesanan ringkas yang baru sahaja sampai. Dia tertunduk semula setelah merasa getaran handphonenya kembali bergetar. Keningnya tertaut lalu menggeleng perlahan.

Bip bip bip!!

Zakaria : Assalamualaikum hello Aulia.

Aulia : Waalaikumussalam... Hello abang, maksud abang apa? ( Dahinya berkerut )

Zakaria : takde apa, abang risau Aulia berubah.

Aulia : Aulia tak pernah berubah abang. ( Hatinya merasa sebak, dia tak pernah terfikir untuk curang dari Zakaria )

Zakaria : Bolehkan Aulia tunggu abang?

Aulia : insya Allah abang, bila nak jumpa mama dan papa? ( Aulia Azzahra menuntut semula )

Zakaria : setelah selesai problem abang, abang akan segera jumpa mereka. Bolehkan?

Aulia : insya Allah abang. ( Aulia Azzahra hanya mampu mengiyakan permintaan Zakaria, entah yang ke berapa kali Aulia Azzahra harus berkata begitu demi meyakinkan Zakaria tentang hubungan mereka yang telah lama terjalin. Takut dia tak mampu menunggu dan bertahan. )

Zakaria : abang tutup dulu ya, assalamualaikum.

Aulia : Waalaikumussalam.

Aulia Azzahra melihat screen handphonenya lalu menghela nafas berat. Tak menyangka Zakaria berfikir dia akan curang dengan bosnya sendiri iaitu Mahmud Al-Farizi. Siapalah dia nak bersanding dengan Tuan Mahmud Al-Farizi. Layakkah dia?

Aulia Azzahra bergerak menuju ke mesin jahit industry yang telah diberikan oleh Mahmud Al-Farizi, dia mengusap lembut mesin jahit tersebut sambil tersenyum. Dia tak pernah menyangka akan memiliki mesin jahit industry yang menjadi idaman kebanyakan orang. Aulia Azzahra segera mencapai kain yang telah dia ukur dan gunting untuk di cantumkan menjadi gaun yang cantik.  Dia harus segera siapkan jahitannya, kerana dia harus menjaga kepercayaan yang telah diberi oleh bosnya sebaik mungkin.

"Aulia, kamu belum tidur sayang?" Tanya Puan Aminah kedengaran lembut. Jahitannya terhenti. Aulia Azzahra segera mendongak melihat kedatangan mamanya di ambang pintu biliknya sedang berdiri tegak.

"Belum mengantuk lagi ma." Sahutnya perlahan sambil menyambung semula jahitannya yang tertunda sekejap tadi.

"Bawa berehat dulu Aulia, kalau kamu tak cukup rehat... takut kamu demam semula." Terdengar kerisauan Puan Aminah, Aulia Azzahra tersenyum menghangat dengan perhatian mamanya.

"Aulia dah sihat ma, Aulia nak siapkan cepat baju ni. Tak sedar-sedar event tu tak lama lagi." Sahut Aulia Azzahra sambil meneruskan jahitannya.

"Okay, kalau Aulia penat... jangan paksa diri, esok kamu kena kerja." Ucap Puan Aminah mengingatkan Aulia Azzahra.

Aulia Azzahra mengangguk perlahan, kemudian dia tersenyum sambil meneruskan jahitannya. Dia tak boleh lengah, dia harus berusaha menyiapkan gaun ini agar Tuan Mahmud Al-Farizi boleh meneliti dan memberi saran agar dia boleh perbaiki sekiranya tidak memenuhi standard Baiduri Holdings.

"Ibu pergi tidur dulu, ayah kamu dah bising nak mama temankan." Kedengaran rungutan Puan Aminah, namun Aulia Azzahra tahu... Walaupun mamanya selalu merungut, tetap sahaja Puan Aminah akur dengan papanya Encik Ahmad Rafiq.

"Okay ma, selamat malam."

"Selamat malam sayang." Jawabnya dengan senyuman.

***************************

Pavilion Suites, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Malaysia.

"Betul ke you hantar Aulia Azzahra sampai depan rumahnya?"

Mahmud Al-Farizi membenarkan persoalan Razi.

"Yes, I hantar sampai depan rumahnya. Why?" Tanyanya sambil menaikkan sebelah keningnya melihat Razi yang tengah menatapnya sinis.

"Takde apa, I cuma nak tahu. Tak boleh ke?"

Mahmud Al-Farizi menjongketkan bahunya.

"Apa yang you nak tahu?"

"You suka dengan Aulia Azzahra ke?" Soal Razi lagi. Dia pun tertanya-tanya sama seperti Zakaria masa di Butik Baiduri tadi, cuma dia tak luahkan setiap persoalan yang timbul di benaknya. Dia harus segera bertanya dengan Mahmud Al-Farizi, jangan sampai dia permainkan perasaan orang.

"Taklah Razi, I cuma ingin menjadi bos yang bertanggungjawab pada staffnya...tak boleh ke?

"Bukan tak boleh Mud, tapi takut orang salah faham dengan layanan dan tindakan awak tadi." Jelas Razi mendapat anggukan dari Mahmud Al-Farizi.

"Buat apa you nak peduli pandangan orang? Buat tak tahu jer kalau orang persoalkan apa yang I buat." Jawabnya tanpa beban.

"You memanglah senang kata macam tu, tapi bagaimana dengan Aulia Azzahra?"

"Kenapa dengan Aulia Azzahra?

"I rasa yang datang tadi kat butik tu couple Aulia Azzahra, kalau saya tak silap." Terang Razi pada Mahmud Al-Farizi.

"Kalau betul couple dia pun, apa I peduli... Baru couple, bukan tunang atau suami dia??"

"Hurmmm!! You ni, kalau di beritahu ada saja jawapan awak...!" Sahut Razi kesal. Ia mendesah mendengar ucapan Mahmud Al-Farizi.

Mahmud Al-Farizi hanya tersenyum melihat tingkah Razi yang tak semengah itu. Dia melihat Razi tidak seperti biasa.

"You kenapa Razi? Ada problem ke? Cuba share dengan aku?"

"Bengang aku dengan partner Aulia Azzahra tu Mud, buat stress jer hadap dia pagi-pagi tadi. Mood aku kelaut hingga saat ni." Ucapnya dengan riak wajah kesal. Fikirannya bercelaru.

"Kenapa dengan Sofia Qaisara? Elok jer I tengok dia tu?"

"Entahlah Mud, kalau dengan aku dia melonjak... ada-ada jer dibantahnya setiap kata-kataku." Rungut Razi kedengaran.

"Hahaha...nasib you lah Razi hadap Sofia Qaisara sehari ni." Ucapnya sambil tergelak perlahan. "Patutlah I tengok you hari ni macam tak cukup kasih sayang." Katanya dalam tawa yang tak tertahan.

Razi mendengus perlahan mendengar ejekan Mahmud Al-Farizi padanya. Inilah kali pertama ada perempuan yang buat mood dia betul-betul hilang.

"Lain hari you jangan bagi I kerjasama dengan Sofia Qaisara, I tak tahan hadap mulut puakanya tu."

"Sekiranya ada problem macam tadi lain hari, terpaksalah you hadap dia...siapa lagi I nak harap kalau bukan assistant manager I." Ucap Mahmud Al-Farizi selamba. Razi cemberut mendengar ucapan Mahmud Al-Farizi tadi.

"You kena tambah lagi sorang staff kat Butik Baiduri 3, ini cuma cadangan I jer lah..." Kata Razi sambil melirik sahabatnya yang tengah duduk bersandar di sofa.

__________________________

Author MiaKadir

Selamat malam semoga terhibur

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now