Bab 21 Gossip

5 0 0
                                    

"Pagi yang indah." Ucap Aulia Azzahra terasa bersemangat untuk pergi bekerja pada pagi itu sambil menghirup udara yang segar. Dia telah bangun lebih awal dari biasa dan sempat memasak sarapan pagi untuk keluarganya. Tak lupa juga Alya Azzahra telah menyiapkan bekal untuk dibawa ke butik pada pagi itu untuk dimakan bersama Sofia.

"Awal bangun hari ni sayang? Dah sihat ke?" Tanya Puan Aminah kepada anak bongsunya itu.

"Alhamdulillah, dah sihat sangat ni ma..." Sahut Aulia Azzahra dengan nada ceria. Senyuman mengembang di wajahnya tampak berseri-seri.

"Alhamdulillah baguslah kalau macam tu, patutlah ceria sangat hari ni? Ada apa-apa ke? Sempat lagi buat sarapan untuk semua orang?" Tanya Puan Aminah hairan. Keningnya tertaut hampir menyatu.

"Takda apa ma, Aulia gembira tak boleh ke?" Jawab Aulia Azzahra sambil tergelak kecil melihat mamanya yang kehairanan. Dia bersyukur jahitannya dah hampir siap. Aulia Azzahra target, apabila sampai di butik nanti dia akan sambung menjahit dan menghias hasil rekaannya tersebut.

"Kenapa ni senyum-senyum sendiri?" Tegur Ahmad Zaid sambil tersengih yang sudah duduk bertentangan dengan Aulia Azzahra, kemudian menyuap nasi goreng kemulut yang telah di sediakan oleh Puan Aminah tadi kepadanya.

"Rahsia..!" Ucap Aulia Azzahra sambil menjulurkan lidahnya dan tersenyum puas. Ahmad Zaid hanya mengangkat bahunya seketika sambil mengunyah makanannya dengan perlahan dan melihat Aulia Azzahra tanpa berkedip.

"Makan, tak payah bersembang...tak baik bersembang time makan." Tegur Puan Aminah pada kedua-dua anaknya tersebut.

"Okay ma!" Jawab Aulia dan Zaid hampir bersamaan.

Tepat jam 7 pagi, Aulia pun menyalam kedua orang tuanya dan abangnya untuk segera bersiap-siap pergi ke butik.

Setibanya di butik, Aulia Azzahra membuka kunci butik dan langsung berkemas.

"Assalamualaikum Aulia, jam berapa kau sampai kat butik ni?" Soal Sofia kehairanan kerana keadaan butik telah rapi dan teratur.

"Sekitar jam7.20 pagi sofia, kenapa?" Soal Aulia Azzahra melihat Sofia yang melopong mendengar penjelasan Aulia Azzahra tadi.

"Awalnya!!"

Aulia Azzahra tergelak melihat Sofia.

"Itu pun awak hairan ke? Pergi kat meja belakang, aku ada bawa sarapan pagi untuk awak."

"Wow, thanks Aulia!" Ucap Sofia sambil berlalu pergi ke meja bahagian belakang berdekatan dengan kaunter pembayaran.

"Sama-sama."

"Masak apa?" Katanya sambil membongkar bekas makanan yang tersusun tersebut.

"Nasi lemak jer Sofia." Jawab Aulia Azzahra.

"Syukur, aku pun tengah lapar ni." Ucap Sofia dengan puas."Bismillahirrahmaanirrahim, tak makan Aulia?" Soal Sofia semula, takut Aulia bawa sarapan ke butik kerana tak sempat sarapan.

"Kau makan jer Sofia, aku dah makan tadi kat rumah, nak sambung jahit baju ni." Jawab Aulia seadanya.

Sofia menggangguk mendengar ucapan Aulia Azzahra.

Seketika hening di butik tersebut, Sofia dan Aulia masing-masing dengan hal mereka.

"Ohya Aulia, macam mana sudah dengan keadaanmu?"

"Alhamdulillah aku dah sihat."

"Tuan Mahmud ke yang hantar awak balik semalam kerumah?"

*Betul Sofia, Tuan Mahmud yang berkeras nak hantar aku pulang."

Rindu Yang TercalarWhere stories live. Discover now