Sebuah kisah dari masa lalu, ditulis oleh jiwa yang masih bertatih. Moga ia memberi sedikit makna, walau kata masih belum sempurna. Selamat membaca.
Bukan sekadar catatan, tapi waktu yang tertinggal dalam kenangan.When life writes its pages ditulis oleh ay membuka tirainya.
HANAN duduk bersandar di sofa sambil jari jemari asyik menari di atas telefon pintarnya. Baju kurung berwarna kelabu yang dipadankan bersama tudung hitam menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu. Bibir yang dicalit lip balm berwarna merah jambu sememangnya memberi pesona kepada mata-mata yang memandang.
"Bila diorang nak datang? Lambatnya... dah setengah jam kata on the way. Tak lama habis kuih raya ni aku makan." Dengan selamba Aira berkata, tangan lincah memasukkan satu persatu kuih muih ke dalam mulutnya.
Tolonglah, kuih raya ini bagai menghalangnya untuk berhenti makan. Sedap sungguh! Rasa nak bawa balik rumah, tapi mengenangkan dia masih ada perasaan malu, terpaksa niat itu dikuburkan.
Heh, rosak diet kau, Aira!
Tak apalah sekali-sekala kot. Menolognya lagi.
Maklumlah, sekarang diorang berada di rumah cikgu Bahasa Melayu semasa tingkatan 3 dulu, Cikgu Anees. Beraya.
"Diorang Azeem ke maksud kau?" tanya Anne yang sibuk bersua foto bersama Trisya. Anne kelihatan extra gorgeous apabila memakai kebaya dan selendang yang melilit kepalanya.
Sangatlah jarang nak melihat pakaian Anne yang tampak berbeda sebegini kerana dia pada asalnya tidak bertudung. Senang cerita, agama lain. Tetapi, diorang masih hormat satu sama lain. Kawan dengan Anne ini seronok, banyak perkara boleh dikongsi.
"Yalah, siapa lagi yang nak datang selain diorang?" Aira menggulingkan bebola matanya ke atas. Itu pun nak tanya ke?
"Manalah tahu budak kelas lain nak datang. Yalah, cikgu bukan jemput kita je," sampuk Hanan yang sedari tadi memasang telinga. Sekali-sekala membuka mulut, nanti diorang kata dia badmoood pula tak nak bercakap. Penatlah kena fitnah padahal sifatnya memang macam itu.
Buat kesekian kalinya kuih raya tart nanas itu dimasukkan ke dalam mulut.
Sedapnya!
Kadang-kadang terpejam juga matanya apabila merasai keenakan kuih raya kegemaran itu. Jarang sungguh kuih raya tart nanas terhidang di rumah-rumah yang dia kunjungi. Kalau ada pun dialah orang yang paling bertuah.
Namun, dia kena tahu adab juga bila datang rumah orang. Rasa segan juga datang menyentuh tangkai hati. Mahunya habis tart nanas orang dimakan sendiri.
Hanan tutup balang kuih tart nanas itu. Dijauhkan sedikit dari tempatnya. Takut pula terbabas sekali lagi. Bukan boleh percaya, tangan ini pandai ambil sendiri tanpa sedar.
Tolong behave Hanan! Kita bukan di rumah sendiri.
"Ya, sebab bukan kelas kita je anak murid cikgu. Tapi, kau sendiri tahukan cikgu cakap pelajar kelas lain itu diorang datang petang nanti," bebel Aira panjang lebar.

ANDA SEDANG MEMBACA
When Life Writes Its Pages
Подростковая литература[Cerita santai] [Based on a true story] Hanan, ini tentang hidupnya. Tentang sahabat yang setia, keluarga yang penuh cabaran dan cinta yang datang tanpa amaran. Dalam setiap cerita, ada satu lembaran yang tak pernah mudah untuk dia lupakan. Percinta...