Seorang budak lelaki berumur 6 tahun berlari keluar dari prasekolah dengan gembiranya dijemput seorang ibu yang sedang menunggunya di pintu pagar sebuah sekolah rendah yang sudah genap 100 tahun beroperasi.
Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah sebentar di kedai lauk berhampiran sekolah itu dek kerana Puan Embun tidak masak tengah hari untuk anaknya, Azy, yang baru dijemputnya tadi.
Setelah turun dari kereta, dua beranak itu terserempak dengan Mak Cik Leha dan Mak Cik Senah yang sedang beratur di kaunter pembayaran.
Senah: "Eh eh Leha, tgk tu. Bini mat salleh mai beli lauk kat sini la."
Leha: "Dia tak laghat kot masak makanan oghang puteh kat laki dia. Tu yang mai beli lauk sini tu... HIHIHIHI😁"
Embun: "Assalamualaikum...seronok mengata aku yeee. Hihihi😁"
Balas Puan Embun dengan ketawa kecil.
Selepas selesai membeli lauk, mereka segera pulang kerumah kerana Tuan akan pulang tak lama lagi untuk makan tengah hari.
Kereta Mercedes hitam milik Tuan William menyelusuri tempat parkir rumah agam itu menandakan dia sudah pulang.
Azy: "Ayah...!!! Yey ayah dah balik!"
William: "Hi Azy!"
Embun: "Macam mana kerja harini bang? Ok?"
William: "Ok la... Kalau abang cakap pun bukannya Embun tahu. Dah-dah jom makan."
Seusai makan, Azy bermain di halaman rumah seraya diawasi ibu bapanya dari pintu.
Sejujurnya, Azy teringin hendak bermain di luar rumah bersama rakan-rakannya tanpa pengawasan ibu bapanya tetapi Puan Embun dan Tuan William menetapkan peraturan bahawa dia tidak boleh berada di luar rumah tanpa pengawasan mereka berdua.
Semasa Embun dan William memerhatikan anak mereka bermain, mereka sempat berbual sambil berehat di bangku kayu di halaman rumah.
Embun melabuhkan punggungnya secara perlahan-perlahan ke atas bangku kayu itu kerana risau akan kandungan dalam perutnya.
William: "awak tu sarat mengandung. Pergi la berehat kat dalam. Biar saya tengokkan anak kita kat luar ni."
Embun hanya tersenyum. Gaya dan riak wajahnya menunjukkan ada soalan yg ingin ditujukan kepada suaminya.
Embun: "sampai bila kita nak berahsia dengan Azy bang? Sampai sekarang dia taktahu yang dia bukan anak kandung kita."
William: "Ish awak ni, dia kecik lagi. Tak faham apa lagi tu. Nanti dia dah besar kita cakap laaa..."
Dalam masa yang sama, Azy secara tak sengaja menyepak bola yang dimainnya agak jauh ke penjuru tembok halaman kediaman itu.
Dia berlari mengejar bola itu kerana ingin mengambilnya semula.
Sebelum dia sempat menyentuh bola itu, satu cahaya agak terang datang dari permukaan tanah di sebelah bola yang ingin diambilnya tadi. Rupa-rupanya, sehelai kertas yang kelihatan sudah lama ditinggalkan di situ menjadi punca cahaya menyilau tadi muncul.
Azy terkejut. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil kertas itu dan menyimpannya.
William: "Azy... Jom masuk. Lama sangat dah main tu."
Azy: "ok ayah...!"
Waktu malam pada hari yang sama, Azy membelek kertas itu. Kertas itu dipenuhi dengan tulisan bahasa inggris. Azy yang masih kecil dan tidak memahami bahasa yang tertera pada kertas itu tidak dibacanyalah helaian kertas buruk itu. Kertas itu juga mengandungi lukisan seni bina bangunan Eropah yang menarik minatnya untuk menyimpan kertas itu. Maklumlah, cita-citanya ingin menjadi seorang arkitek.
Embun: "Azy sayang! Ibu ngan ayah kena attend event malam ni! Nak ikut tak?"
Azy: "nak!"
Selepas mendengar panggilan ibu, dia menyimpan kertas tadi ke dalam sebuah fail yang mengandungi lukisan-lukisan seni bina yang dilukisnya sendiri sebagai hobi.
Dia tak mahu sesiapa tahu tentang kertas itu kerana kertas itu dianggap istimewa baginya dek cahaya yang menyilau pandangannya tadi.
YOU ARE READING
7 Doors
AdventureAzy dibesarkan dalam sebuah keluarga angkat tanpa pengetahuannya. Semasa dia melanjutkan pelajaran di luar negara, dia berkawan rapat dengan dua orang adik-beradik iaitu Arif dan Aleesya. Sepanjang mereka bertiga bersama, satu perkara aneh sering be...