P/S: JANGAN BACA JIKA ANDA TIDAK BOLEH MENUNGGU. HAHAHAA. SAYA TAKKAN UPDATE PENUH DI SINI SEBAB CERITA INI SAYA AKAN BUAT SEBAGAI EBOOK DI TAHUN DEPAN (2023)
***
SIKIT lagi gelas tembaga itu hampir mengena kepala Galen. Tetapi lelaki itu tetap dalam posisi berdiri tegak dan bertenang. Langsung tidak mengelak daripada dibaling objek keras itu.
Berdeting bunyi gelas tembaga apabila terjatuh ke lantai simen.
Dada Dabria turun naik. Matanya tajam menikam ke arah Galen. Dia benci melihat wajah lelaki itu yang masih boleh tenang.
"Kau tak layak menjadi seorang raja!" jerkah Dabria.
"And you're no close to be a Queen."
Dabria terasa seperti diejek.
Pantas aje Dabria mencapai dulang tembaga yang berisi buah-buahan. Dilempar ke arah Galen. Kali ini lelaki itu mengelak. Hanya sedikit.
"Aku takkan biarkan kau pegang takhta yang sepatutnya menjadi milik aku!"
Galen jungkit kening seraya menunduk dan mengutik dulang dan gelas tembaga yang bersepah. Dia letak semula objek itu ke atas meja.
Matanya kembali terarah kepada Dabria yang jelas masih nak mengamuk.
"This is going nowhere. So— aku nak balik. Nak mandi dan tidur." Galen melangkah menuju ke pintu.
"Berhenti! Berhenti sebelum aku baling pisau ni tercacak dekat kepala kau!" Dabria sudah menggenggam pisau perak yang sepatutnya digunakan untuk mengupas buah-buahan.
Galen hela nafas berat. Berhentinya cuma sekejap. Malas nak layan spoil brat yang seorang ini.
Tak lama selepas itu, Galen dapat dengar bunyi angin yang halus dan laju. Kepalanya mengelak ke kanan. CAK! Pisau tercacak ke daun pintu.
"Aku dah suruh berhenti." Dabria mengingatkan.
Galen ketap gigi. Dia capai pisau yang tercacak itu dan menariknya. Lelaki itu toleh ke belakang.
Matanya redup memandang Dabria.
Dada gadis itu turun naik. Sedikitpun mata mereka tidak berkelip memandang satu sama lain.
PAP!
Mata Dabria membuntang. Dia dapat rasakan bulu romanya yang menegak. Kepalanya terasa panas dan anak rambut rasa macam tercacak. Merinding.
Pada mulanya lengannya rasa sejuk sangat dan tak lama selepas itu, dia dapat merasakan titik pedih mula merebak ke kawasan lengan.
Dia pandang ke bahunya.
Kain terkoyak.
Dan lengan baju mula menyerap darah yang perlahan-lahan keluar.
What the.. F.
YOU ARE READING
The Chosen King
Historical FictionDabria merupakan seorang puteri tunggal kerajaan Elmswood. Dia tahu dia akan menjadi permaisuri pertama yang akan mentadbir Elmswood. sudah dia persiapkan diri untuk menjadi seorang pentadbir yang baik, tapi sayangnya, takhta itu tidak diturunkan k...