Prolog

213 7 1
                                    

Hujan lebat kedengaran dari luar rumah. Beberapa saat kemudian, guruh berdentum kuat. Airis Nawra yang sedang nyenyak tidur terus terbangun daripada lenanya. Dia menekup rapat kedua belah telinganya dengan tapak tangan.

Lututnya juga sudah menyentuh dadanya. Dia takut!

Guruh berdentum lagi. Kali ini lebih kuat. Air mata sudah mengalir laju di pipi.

Dia teringatkan kejadian tujuh belas tahun yang lalu. Kejadian yang membuatkan dia menjadi trauma sehingga sekarang.

Kejadian malang yang menimpa dirinya dulu telah mengubah hidupnya menjadi seperti sekarang.

Airis Nawra terus menerus menekup telinganya. Dia tidak suka akan bunyi guruh. Peristiwa itu berlegar-legar di fikirannya.

"Abang.... abang... Jangan buat Na macam ni." Rayu wanita itu di kaki lelaki tersebut. Namun rayuannya tidak dihiraukan sama sekali.

"Na merayu, bang... Abang tak kesian ke dekat anak kita, bang. Ara kecil lagi." Ujar wanita itu dengan esakan yang kuat. Sungguh dia tidak menyangka suami yang disayanginya dengan sepenuh hati itu berubah sedemikian.

Airis Nawra yang berada di penjuru sofa sudah mengalirkan air mata tanpa henti. Dia tidak sanggup melihat mamanya menangis sebegitu.

"Abang terpaksa, Na. Abang kena selamatkan syarikat abang." Iskandar bersuara. Jujur, dia tidak sanggup melihat keadaan isterinya begitu.

"Abang.... Kesiankan anak kita Ara tu bang. Dia perlukan papa dia. Abang jangan tinggalkan Na. Jangan tinggalkan kami." Wanita itu masih memeluk kaki Iskandar. Iskandar cuba menjauhkan diri. Tidak mahu wanita itu terus menerus memeluk kakinya.

"Abangggg......." esakan wanita itu kedengaran lagi.

Hujan sudah turun membasahi bumi. Kedengaran guruh berdentum kuat. Angin kuat di luar rumah menggoyangkan pokok-pokok yang ada di luar rumah.

Airis Nawra yang sedari tadi asyik menangis melihat keadaan mamanya itu menekup kedua belah telinganya dengan pantas. Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi comel itu.

Dia takut! Takut dengan guruh dan takut dengan keadaan di dalam rumah sekarang. Dia takut melihat keadaan papa dan mamanya sekarang.

Iskandar tidak tahu hendak berbuat apa. Dia tidak sanggup meninggalkan anak kecilnya itu namun dia terpaksa berbuat begitu demi syarikatnya.

Dia terpaksa bercerai dengan isterinya. Tangisan Nayna masih lagi kedengaran. Sayu sebenarnya hati lelaki itu. Dia sangat menyayangi Nayna tetapi keadaan memaksanya untuk berbuat demikian. Dia tidak mahu syarikatnya rugi.

"Abang minta maaf, Na. Mulai hari ini, abang ceraikan Na dengan talak satu." Lafaz lelaki itu dengan terketar-ketar. Air mata turut mengalir di pipinya namun cepat-cepat diseka menggunakan tangan kasarnya.

Air mata mengalir laju di pipi Nayna. Sakit hatinya mendengar kalimat yang dituturkan oleh suaminya itu. Atau lebih tepat, sudah menjadi bekas suami. Nayna memegang dadanya. Terasa nafasnya tiba-tiba menjadi sesak.

Airis Nawra yang melihat keadaan itu terus berlari mendapatkan mamanya.

"Papa jahat! Papa buat mama sakit! Papa jahat! Ara benci papa!" jerit mulut comel itu. Dia sudah memeluk tubuh Nayna.

Iskandar sudah tergamam mendengar mulut kecil itu menjerit ke arahnya. Matanya tidak sedikit pun memandang wajah anak perempuannya itu.

Langkah diatur keluar daripada rumah agam tersebut. Dia sedikit pun tidak berpaling ke belakang. Mengenangkan nasib mereka sekeluarga dan nasib bekas isteri dan anak perempuannya membuatkan hatinya berbelah bahagi.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now