Bab 2

158 5 1
                                    

Airis Nawra memecut laju kereta Lexus LC500 berwarna hitam miliknya menuju ke suatu tempat. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Lagu yang diputarkan di radio sekali sekala dinyanyikan olehnya.

Kereta Airis Nawra berhenti di hadapan sebuah hotel. Royal Hotel. Tangan digenggam kuat. Dia mengambil nafas sebelum cermin mata hitam di ambil lalu dipakainya.

Dia menuruni kereta dengan wajah yang tidak sedikit pun diukir senyuman.

Dia memberi kunci keretanya kepada pekerja di situ. Kakinya melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu. Hotel yang ditubuhkan oleh Tan Sri Iskandar ketika lelaki tua tu masih bersama dengan mamanya.

"I've booked a suite room for ten days." Ujar Airis Nawra dengan riak wajah yang mendatar.

“May I know your name, miss?" Soal pekerja kaunter tersebut.

“Ms. Hynes.” Balas Airis Nawra ringkas.

“Okay miss. This is your room number and this is your key. Thank you. Have a nice day.” Ujar gadis itu sambil tersenyum manis. Airis Nawra membalas senyuman dengan anggukan kepala.

Dia mengambil kunci itu lalu menarik luggagenya ke pintu lif. Lif ditekan ke tingkat lima bangunan itu. Cermin mata dibukanya lalu digantungkan di kolar baju.

Jarinya menari-nari di penarik luggagenya sambil mata memerhati di segenap ruang di dalam lif. Matanya tertancap lama pada cctv yang berada di dalam lif itu.

Senyuman sinis diukir sebelum matanya dikenyit kepada cctv itu.

Ting!

Pintu lif terbuka dan dia melangkah menuju ke bilik R512.

Kad diakses lalu pintu dibuka dari arah luar. Dia memerhati di segenap ruang luar sebelum menutup pintu bilik itu kembali.

Beg tangan dilempar di atas katil lalu dia merebahkan diri disebelah beg tangannya. Nafas dihembus perlahan. Bukannya dia tidak mempunyai rumah di Kuala Lumpur. Malah rumah banglonya itu sudah lebih daripada cukup. Namun dia mempunyai misi yang lebih penting.

Saja dia mahu memunculkan diri di hadapan orang yang telah memusnahkan hidupnya. Setelah tujuh belas tahun dia menyembunyikan diri, kini dia mengambil keputusan untuk memunculkan diri.

Let’s play the game, Tan Sri Iskandar.

Tubuh ramping yang dibaluti dengan dress singkat yang menampakkan paha gebunya itu diguling-guling di atas katil. Mata dipejam rapat.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada whatsapp masuk. Airis Nawra bingkas bangun. Iphone 13 pro max miliknya di ambil lalu whatsapp di baca. Tertera beberapa keping gambar yang dihantar oleh seseorang. Gambar itu ditekannya.

Bibir sekali lagi mengukir senyuman sinis.

Gambar Tan Sri Iskandar yang berada di hotel direnung tanpa riak. Lelaki tua itu masih menjadi CEO di Hotel Royal. Dan COO adalah anak kepada perempuan tak guna itu!

Airis Nawra tahu bahawa Tan Sri Iskandar sering ke Hotel Royal. Disebabkan itu jugalah, dia mengambil keputusan untuk bermalam di hotel ini.

Dia membelek gambar itu. Tan Sri Iskandar tampak sedikit berusia di dalam gambar yang dikirimkan oleh penyiasat peribadinya.

Dan lelaki itu sedang......

Tersenyum bahagia!

"Smile all you want, useless old man. I'll ensure you won't be able to smile anymore after this. Laugh as much as you can, asshole." Airis Nawra sudah tidak kisah dengan gelaran yang diberikan kepada lelaki tua itu. Dendamnya semakin membara. Matanya mencerlung tajam memandang gambar-gambar itu.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now