Bosan. Itu yang dirasai ketika ini.
Airis Nawra menutup majalah yang dibacanya itu. Dia mahu keluar. Keluar untuk berjumpa dengan lelaki tua itu namun dia harus bersabar. Lelaki tua itu masih belum kelihatan di hotel ini.
Dia mencapai dress berlengan panjang paras lutut lalu disarung ke tubuhnya. Dress itu mengikut lekuk tubuhnya yang seksi itu.
Ya! Penampilannya berubah sedikit daring kalau hendak dibandingkan dengan dulu.
Airis Nawra mengukir senyuman. Senyuman penuh makna. Lipstick dicalit di bibir lalu dia melangkah keluar daripada situ.
Airis Nawra terus menuju ke cafe hotel itu. Minuman di pesan sebelum dia mengambil tempat duduk di penjuru cafe. Dia sedang menunggu kehadiran seseorang.
Setiap pukul sebelas pagi, Tan Sri Iskandar akan makan di cafe hotel itu bersama anaknya, Tunku Riyadh Adha. Dan juga bersama seorang lagi lelaki bernama Tunku Uzair Harraz.
Dia sudah menghafal rutin harian mereka. Tidak sia-sia mengupah private investigator.
Sepuluh minit.
Lima belas minit.
Tiga puluh minit.
Mana orang tua ni?!
Mata Airis Nawra memerhati di segenap cafe itu. Mencari kelibat seseorang.
Haa! Itu dia!
Kelibat Tan Sri Iskandar bersama dua orang lagi jejaka sedang berjalan menuju ke arah cafe. Senyuman sinis diukir di bibir Airis Nawra.
Let's start.
Terus saja Airis Nawra bangun menghampiri mereka bertiga. Cermin mata hitamnya turut dipakai. Rambut ikal mayangnya dilepaskan begitu saja.
Dia berjalan dengan lenggoknya bersama air yang dipesan sebentar tadi sebelum...
Dush........
Air yang berada di tangan Airis Nawra disimbah mengenai baju Tan Sri Iskandar. Tunku Riyadh dan Tunku Harraz turut terkejut dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Mereka memandang gadis seksi di hadapan mereka. Cuba menghadam apa yang telah terjadi.
"Oh. I'm so sorry. I tak nampak. Habis tumpah air I." Ujar Airis Nawra. Suaranya mendatar saja. Kepalanya memandang bekas air yang kosong itu tanpa rasa bersalah.
Tan Sri Iskandar sudah berganjak ke belakang. Panas dadanya terkena air yang tumpah tadi.
"Kau ni buta ke?! Tak nampak ke papa aku tengah jalan tadi?!" jerkah Tunku Riyadh. Matanya mencerlung tajam ke arah gadis seksi itu.
Tskkk. Papa? Ingin saja dia mengherdik lelaki itu kembali. Kepalanya diangkat sedikit. Matanya bertentangan dengan mata lelaki itu. Tiada segaris senyuman yang terukir di bibir mereka.
"I said I'm sorry, right?!" suara Airis Nawra juga sudah naik seoktaf. Apa dia ingat dia boleh tengking aku suka-suka hati mak bapak dia ke?
"Kau minta maaf lagi sekali dekat papa aku. Kau ni memang menyusahkan orang la!" Renungan Airis Nawra semakin tajam. Ikutkan hatinya, ingin saja dia menendang lelaki di hadapannya ini.
"Are you okay, Tan Sri?" soal Airis Nawra sinis. Dia membuka cermin mata hitamnya lalu menghadiahkan pandangan tajam tepat ke arah lelaki tua itu.
Lelaki tak guna! Jumpa juga kita akhirnya. Bibirnya menyungging senyuman sinis.
Terkedu Tan Sri Iskandar di tempatnya. Mata itu. Wajah itu mirip sekali dengan seseorang yang pernah berada di dalam hidupnya suatu tika dahulu.
Airis Nawra yang tersedar akan perbuatan Tan Sri Iskandar itu segera memakai semula cermin mata hitamnya. Cukuplah sekadar orang tua itu tahu kewujudannya. Moga mimpi ngeri wahai lelaki tua tak guna.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
De Todo1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...