Bab 4

154 5 1
                                    

Airis Nawra yang baru selesai mandi membungkus rambutnya dengan tuala. Bathrobe digantikan dengan dress tidur paras lutut. Mulutnya bernyanyi kecil.

Kedengaran ketukan pintu dari luar. Airis Nawra sudah mengukir senyuman sinis.

Dia melihat di celah lubang pintu tersebut. Terpampang wajah Tunku Riyadh Adha tanpa senyuman bersama dengan seorang lelaki di sebelahnya. Pintu dibuka. Wajah Airis Nawra hanya beriak kosong.

Tunku Riyadh melemparkan pandangan tajam terhadap gadis itu.

"Yes?" Airis Nawra bersandar di tepi pintu.

"I want to talk with you." soal Tunku Riyadh tanpa banyak kata. Kening Airis Nawra terangkat sedikit.

"About what, Tunku Riyadh Adha?" Mata Airis Nawra turun naik melihat penampilan lelaki di hadapannya. Kemeja biru lembut dipadankan bersama seluar slack hitam. Lengan disinsing hingga ke siku. Butang baju dua teratas dibuka menampakkan sedikit dada bidang lelaki itu.

Nak bincang ke nak flirt?

Tunku Riyadh cuba menahan rasa geramnya. Dia memandang Airis Nawra dengan pandangan jelek.

"But I rasa tak manis la kan lelaki luar datang ketuk pintu bilik I. Dengan pakaian I macam ni pulak. Isn't this rude?" Airis Nawra memandang lelaki itu dengan pandangan mendatar.

Wajah Tunku Riyadh jelas berubah. Dia tahu tidak patut dia bertindak seperti ini. Namun perasaan ingin tahunya membuatkan dia bertindak tanpa berfikir panjang.

"Can we discuss your ridiculous attitude towards my dad? It's getting on my nerves." soal Tunku Riyadh. Matanya tidak lepas memandang wajah Airis Nawra. Gadis itu juga tidak mengukir senyuman dibibirnya.

Tunku Harraz yang sedari tadi berada di belakang Tunku Riyadh menguis lengan lelaki itu. Dah buang tebiat ke?

Airis Nawra diam seketika.

"Yes, sure." Ujar Airis Nawra memberi ruang kepada lelaki itu untuk masuk.

Tunku Riyadh melangkah masuk ke dalam bilik gadis itu tanpa rasa bersalah. Sebab itulah dia mengajak Tunku Harraz untuk menemaninya. Kalau tidak mahu kena tangkap basah dia.

Tunku Riyadh mengambil tempat duduk di atas sofa. Airis Nawra sekadar memandang perlakuan lelaki itu. Angkuh!

Tunku Harraz mengambil tempat di sebelah sepupunya itu. Manakala Airis Nawra melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di situ. Kakinya disilang.

"What is wrong with my.... erm... you know, ridiculous attitude?" Airis Nawra membuat muka bosan. Dia penat hari ini. Dia mahu berehat.

Tunku Riyadh tersenyum sinis. Dia memerhati gelagat gadis itu. Cantik tapi sayang adab tiada.

Dia akui Airis Nawra mempunyai seraut wajah yang cukup sempurna bagi seorang perempuan. Wajah Pan Asiannya mampu menarik minat lelaki di luar sana. Dengan tubuh yang menggiurkan.

Tunku Riyadh terus tersedar dari lamunan.

"Aku tak tahu apa sebenarnya niat kau muncul depan papa aku. Sengaja tumpahkan kopi panas sampai terkena dada papa aku. Tapi aku rasa kau bukan saja-saja nak buat macam tu kan? Apa motif kau?" Straight to the point. Airis Nawra ketawa sinis. Dah agak Tunku Riyadh sangat peka dengan keadaan sekeliling.

"Apa motif aku?" Airis Nawra bermain tarik tali. Dia menghayun kakinya perlahan sambil memandang ke arah Tunku Riyadh dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Tunku Riyadh mencerlung tajam ke arah gadis yang beriak selamba itu.

"Kalau kau nak tahu siapa aku, apa motif aku, kau pergi tanya papa kesayangan kau tu. Dia tahu segala-galanya. Dan aku datang sini nak tuntut hak aku." Ujar Airis Nawra. Tegas.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now