Airis Nawra memarkir kereta Lexus Lc500 miliknya di halaman rumah itu. Dia memerhati segenap halaman rumah.
The Hynes Qaseh. Rumah anak-anak yatim yang ditubuhkannya setahun yang lepas. Membantu anak-anak yang telah kehilangan keluarga dan juga tempat tinggal.
Airis Nawra melangkah mendekati rumah banglo itu. The Hynes Qaseh menempatkan sebanyak empat puluh lima orang kanak-kanak yang berusia lingkungan lima tahun sehinggalah tujuh belas tahun.
"Kak Airisssss!!" jerit salah seorang kanak-kanak yang sedang bermain. Dia berlari untuk memeluk Airis Nawra.
"Jangan lari, Aniq. Jatuh nanti." Teriak Airis Nawra. Risau kalau budak lelaki itu tersungkur.
Aniq sudah memeluk tubuh gadis itu. Airis Nawra mengukir senyuman.
"Kak Airis dah pesan kan jangan lari-lari. Degil kan. Tak dengar cakap kak Airis ni." Marah Airis Nawra. Dia mencubit-cubit perlahan pipi anak kecil yang berusia enam tahun itu.
"Rindu." Aniq sudah berada di dalam dukungan Airis Nawra memeluk leher gadis itu.
"Kak Airis pun rindu Aniq jugak. Mana yang lain? Kak Maya mana?" Mata Airis Nawra sudah melilau mencari kelibat pengurusnya itu.
"Tu..." bibir Aniq dimuncungkan sedikit.
"Eh Airis. Bila sampai?" sapa Maya sambil tangan memegang tuala kecil.
"Baru je, akak. Akak buat apa ni?" Airis Nawra memandang tuala kecil di tangan Maya.
"Ni haa ada air tumpah, baru lepas lap. Akak dengar suara Aniq duk menjerit dekat luar. Itu yang akak keluar tengok. Ingatkan apa la tadi." Jelas Maya.
Airis Nawra menyalami tangan Maya.
"Airis ada beli barang-barang dapur sikit. Ada dekat belakang bonet."
"Kejap akak suruh Fahri pergi ambil. Airis masuk la dalam dulu. Nanti boleh makan tengahari sekali." Airis Nawra menggeleng. Dia mahu mengambil udara segar di luar rumah.
Maya sudah memanggil Fahri untuk mengangkat barang-barang dapur yang berada di belakang bonet kereta Airis Nawra.
"Airis nak jalan-jalan area sini dulu. Lama Airis tak datang sini sebab busy. Akak apa khabar? Sihat ke?"
Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin.
"Alhamdulillah sihat. Macam yang Airis tengok la." Maya Suhaila. Wanita yang menjaga The Hynes Qaseh. Airis Nawra telah memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap wanita itu untuk menguruskan rumah anak yatim miliknya.
Jika nak mengharapkan dia, alamatnya tidak cukup tanganlah. Mana nak mengurus syarikat lagi. Mana nak mengurus Resort The Hynes lagi.
Tanggungjawabnya jatuh kepada The Hynes Group. Syarikat itu memerlukan dirinya. Syarikat yang ditubuhkan oleh arwah Dadanya, Dato' Nicholas Hynes. Selepas mereka berpindah ke Jerman, Mamanya, Nayna menguruskan syarikat di Jerman manakala Nayyad menguruskan syarikat yang berada di Malaysia.
Selepas kematian mama dan Dada, kini Airis Nawra yang menerajui syarikat di dua buah negara tersebut. Tidak menang tangan dibuatnya kerana Nayyad sudah pun bersara dari dunia perniagaan.
Itu yang sebaiknya kerana kesihatan Nayyad tidak mengizinkan Nayyad untuk terus bekerja. Airis Nawra mahu Paksunya itu berehat saja di rumah.
"Airis sihat ke? Makin cantik akak tengok Airis ni." Puji Maya sambil tersenyum. Airis Nawra mengukir senyuman. Berada di The Hynes Qaseh amat menyenangkan hatinya. Dan dia juga mudah tersenyum jika berada bersama mereka.
"Mana ada la akak ni. Airis biasa je. Akak tu. Lagi bertambah berseri Airis tengok. Ada apa-apa ke?" Maya sudah tersenyum malu. Airis Nawra sudah mengangkat keningnya meminta jawapan.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Acak1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...