Airis Nawra sedang membeli belah di Ipoh Parade. Satu persatu kedai dia menjelajah masuk. Di tangannya penuh dengan beg kertas hasil dia membeli belah di dalam mall tersebut.
Esok dia akan kembali ke Kuala Lumpur. Esok juga dia akan masuk kerja sebagai CEO di The Hynes Group. Syarikat itu perlukan dia. Sudah lama dia mengambil cuti. Entah apa la jadi di syarikatnya itu.
Sedang dia berjalan menuju ke tempat parkir kereta, dia terasa seperti sedang diekori oleh seseorang. Matanya dileret ketepi sedikit namun kakinya tetap melangkah menuju ke keretanya.
Airis Nawra berjalan sedikit laju.
'Apahal la aku parking kereta jauh? Menyusahkan betul la.'
Airis Nawra mempercepat langkahnya. Belum sempat dia mahu membuka pintu kereta, bahunya disentuh dari belakang.
Airis Nawra terus memegang tangan yang berada dibahunya dan menarik tangan itu ke hadapan sedikit sebelum dia memusingkan badannya 180 darjah. Dia menumbuk tulang rusuk lelaki itu dan terus menyepak kaki lelaki itu sehingga jatuh tersungkur. Tangkas sekali tindakannya.
Tangannya sudah mengepal penumbuk bersedia untuk menumbuk muka lelaki itu.
"Hold on!" jerit lelaki itu. Wajah berang Airis Nawra dipandangnya. Wanita ini tahu seni bela diri. Sehinggakan dia jatuh tersungkur. Silap dia kerana dia pandang rendah akan kebolehan gadis itu.
Mana taknya. Dengan jalan lenggang lenggok. Memang orang ingat gadis ini hanyalah gadis biasa.
"Who sent you?!" suara gadis itu tegas. Matanya mencerlung ke arah lelaki berbadan agak sasa itu.
'Huh besar dari aku. Tapi tewas kat tangan aku. Apa daaa...'
Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Airis Nawra sudah bersedia untuk menyepak lelaki itu.
"I don't like repeating it twice" Mata Airis Nawra masih tajam menikam mata lelaki itu.
"Me." Ujar satu suara garau dari arah belakang.
Airis Nawra segera menoleh ke arah suara itu. Macam kenal suara langau ni.
"It's me." Tunku Riyadh tersenyum sinis. Wajah berang Airis Nawra dipandangnya.
Gadis itu tersenyum sinis.
Duhhh...
'Tunggu aku balik KL la kalau nak cari pasal pun.'
"Kau nak apa?" soal gadis itu. Lelaki yang tadinya menjadi mangsa Airis Nawra sudah bangun berdiri di sebelah Tunku Riyadh.
"I want you." Ringkas jawapan lelaki itu.
Kening Airis Nawra terangkat.
"Kau tunggu je la aku cari kau kat KL nanti. Tak perlu susah payah nak cari sampai dekat Ipoh ni. Aku sendiri akan pergi cari Tan Sri Iskandar untuk musnahkan hidup dia. Kau sabar jap." Airis Nawra menyilang tangan di dada.
Berderau darah Tunku Riyadh mendengarnya. Gadis ini seperti hendak mencabarnya.
"Kau ingat aku akan biarkan kau hancurkan keluarga aku ke? Jangan mimpi la. Aku cari kau ni pun sebab papa yang minta tolong aku. Dia nak jumpa dengan anak kesayangannya." Perkataan 'kesayangan' ditekan sedikit. Bibir Tunku Riyadh tersenyum sinis. Saja hendak membakar hati gadis bongkak di hadapannya itu.
"Orang tua tu minta kau cari aku? Dia dah nak mampus ke?" Airis Nawra ketawa sinis.
"Kau jangan nak biadap. Orang tua tu papa kandung kau tahu tak?" suara Tunku Riyadh sedikit tegas. Pantang dirinya orang memperlekeh Tan Sri Iskandar.
"Papa kandung?" Airis Nawra berdecit.
"He's not my father anyway. I don't have a crappy father like him." Selamba gadis itu bercakap.
Tunku Riyadh menghampiri Airis Nawra. Matanya mencerlung garang memandang anak mata Airis Nawra.
Airis Nawra sedikit pun tidak gentar dengan panahan mata lelaki itu. Dia melawan pandangan Tunku Riyadh. Benci dia dengan lelaki ini.
"Watch your mouth when you talk about my father." Perlahan saja ayat yang dituturkan oleh Tunku Riyadh. Namun kedengaran sinis.
Senyuman sinis dilemparkan oleh Airis Nawra. Rasa nak tergelak bila lelaki itu beria pertahankan orang tua berperangai tidak semenggah itu.
"Well... I don't even care about that. You do your job, and I'll do mine.. Tak perlu nak masuk campur urusan aku."
"I do my job now." Kening Tunku Riyadh terangkat sedikit. Airis Nawra tersenyum sinis.
"Ikut aku balik rumah. Papa nak jumpa kau."
"Apa hal pulak aku nak kena jumpa orang tua tu? Dia nak serah diri dekat aku ke?" sinis sekali pertanyaan gadis itu.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak biarkan papa jatuh kat tangan orang macam kau? Selagi aku hidup, aku takkan biarkan sesiapa pun sentuh papa." Tunku Riyadh memberi amaran.
Airis Nawra menggaru hidungnya selamba. Wajah jengkel ditayang di hadapan Tunku Riyadh.
"Kalau aku nak hancurkan hidup orang tua tu, orang lain takkan dapat halang aku. Even anak tiri dia sekali pun. Dia patut rasa apa yang aku rasa. Dia tak patut hidup bahagia sedangkan orang lain menderita sebab perangai bodoh dia tu."
"Kau menderita?" Airis Nawra bersandar di pintu keretanya mendengar pertanyaan bodoh lelaki itu. Pandangan kosong dilemparkan kepada Tunku Riyadh. Dasar bodoh!
"Lantak la hidup kau kan. Tapi sekarang aku nak bawak kau balik jumpa papa. Papa tengah sakit sekarang ni."
"Bagus la tengah sakit. Tak lama nanti mati la dia tu. So chill." Airis Nawra beriak biasa. Langsung tidak mahu mengambil tahu pasal Tan Sri Iskandar.
Tunku Riyadh menahan sabar. Gadis ini memang degil! Mulut lancang! Rahangnya diketap kuat.
Tangan Airis Nawra yang mahu membuka pintu keretanya direntap kuat. Dia mengaduh sakit.
"Hey! Watch your attitude!" jerit gadis itu. Dia memandang Tunku Riyadh tajam.
'Gila ke jantan ni?!'
"Aku bagi masa dekat kau tiga hari saja. Kalau kau tak munculkan diri kau dekat Royal Mansion, aku tak teragak-agak untuk guna cara kasar untuk heret kau." Ugut Tunku Riyadh.
"Kau siapa nak ugut-ugut aku? Kau tahu kan aku siapa? I'm Nicholas Hynes's grand daughter. Kau ingat aku senang-senang nak ikut cakap kau? Tolong la Tunku Riyadh Adha. Kau bukan pewaris Hotel Royal. So kau tak ada hak untuk cakap macam ni dekat aku. Sedar diri kau tu siapa." Sinis sekali kata-kata yang dilemparkan oleh gadis itu.
Ya. Hotel Royal sepatutnya menjadi milik dia. Dia pewaris sebenar Hotel Royal.
Kening Tunku Riyadh sedikit berkerut. Apa yang gadis itu tengah cakapkan?
"So ke tepi. Kau tunggu je masa sesuai. Aku akan datang untuk hancurkan keluarga kau." Airis Nawra memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
Tunku Riyadh masih tercegat di situ. Cuba untuk menghadam kata-kata Airis Nawra sebentar tadi.
Hotel Royal memang masih belum menjadi miliknya tetapi dia memegang jawatan kedua terpenting di dalam Hotel Royal. Apa kaitan hotel itu dengan Airis Nawra? Takkan la.....
"Apa yang kita nak buat sekarang, Tuan Muda?" ujar lelaki yang sedari melihat pertengkaran antara bosnya itu dengan Airis Nawra. Nampaknya Airis Nawra bukanlah seperti gadis biasa yang lain. Kerasnya itu lagi keras daripada batu.
"Let's see what she wants to do. Let's play along with her game. Aku akan pastikan dia akan datang jumpa papa." Tunku Riyadh tersenyum senget.
When you begin a journey of revenge, start by digging two graves: one for your enemy, and one for yourself.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Random1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...