Bab 8

137 5 0
                                    

Airis Nawra menelefon Nayyad untuk menanyakan khabar. Sudah lama dia tidak berhubung dengan lelaki itu.

"Ara dah jumpa dengan papa Ara ke?" Lembut pertanyaan lelaki itu.

"Paksu. I already told you. He's not my father."

"Walau teruk macam mana sekali pun dia, dia tetap papa kandung Ara. Ara kena ingat tu. Jangan disebabkan dendam Ara, Ara hilang diri Ara yang sebenar. Paksu taknak apa-apa terjadi dekat Ara." Pujuk Nayyad. Risau dia akan keselamatan gadis itu.

Walaupun Airis Nawra mempunyai seni pertahankan diri, Airis Nawra tetap seorang perempuan. Walau kasar macam mana pun dia, dia juga ada titik lemahnya tersendiri. Dia tidak mahu Airis Nawra membahayakan diri dia hanya disebabkan oleh dendam.

"Pak su jangan risau. Ara tahu nak jaga diri Ara. Selagi Ara tak tengok dia hancur, Ara takkan boleh hidup tenang." Balas Airis Nawra. Nayyad menghela nafas berat. Gadis ini memang degil. Hatinya sudah dipenuhi dengan dendam.

"Ara jaga diri Ara elok-elok. Apa-apa masalah call je paksu. Bila Ara nak balik KL?" Soal Nayyah mengubah topik.

Dia tidak suka dengan sikap Airis Nawra yang diselubungi dengan rasa dendam. Dendam yang kelak akan memakan diri. Dia tidak suka dengan perubahan negatif daripada gadis itu.

"Kejap lagi paksu. Ara balik rumah banglo Ara terus. Paksu jaga diri. Nanti bila-bila Ara pergi melawat paksu. Lagipun nanti Ara dah start kerja. Mungkin akan busy handle company." Balas gadis itu. Nampaknya dia akan sibuk menguruskan syarikat miliknya itu. Banyak projek dia dapat sejak akhir-akhir ini.

"Yela Ara. Nanti balik hati-hati. Jangan drive laju sangat." Pesan lelaki itu sebelum menamatkan perbualan mereka.

Airis Nawra meletakkan telefon di atas meja. Lalu dia menuju ke kamar mandi.

Tiba-tiba Airis Nawra teringat akan kata-kata Tunku Riyadh tempoh hari. Dia tersenyum sinis.

'Dia ingat dia siapa nak arah-arah aku? Tiga hari konon.'

*****


Tunku Rayyadh mengheret bagasi melepasi pintu masuk Mansion mewah tersebut. Dia mengukirkan senyuman apabila matanya melihat wajah-wajah yang dirinduinya. Empat tahun dia duduk di negara orang, hari ini dia baru menjejakkan kaki ke Malaysia.

"Welcome home, boy." Ujar wanita itu sambil tersenyum manis. Dia memeluk tubuh sasa milik Tunku Rayyadh. Lelaki itu membalas pelukannya.

"I miss both of you." Tunku Rayyadh melepaskan pelukan. Dia memeluk pula tubuh Tan Sri Iskandar, bapa tirinya.

"Abang Ri mana?" Soal Tunku Rayyadh apabila tidak melihat kelibat abang sulungnya di rumah itu.

"Mana lagi. Dekat pejabat la. Abang kamu tu busy memanjang. Asyik kerja je. Kahwinnya tak jugak. Elok la Adwa dah balik ni, boleh tolong Abang Ri dekat office tu."

Senyuman Tunku Rayyadh terus mati.

'Alaaa.. Kena kerja ke? Baru ingat nak main-main dulu.' Tunku Rayyadh memuncungkan bibir.

Tan Sri Iskandar hanya tersenyum melihat karenah anaknya itu. Sudah dua puluh empat tahun. Tunku Riyadh pula tua empat tahun daripada Tunku Rayyadh.

"Nanti la mummy. Ad nak rehat dulu. Letih la mummy. Biar je la Abang Ri yang handle company tu. Bukannya dia tak boleh buat." Tunku Rayyadh mengambil tempat duduk di atas sofa. Diikuti dengan orang tuanya. Dia tahu Tunku Riyadh seorang yang bertanggungjawab dan cekap dalam menguruskan hal business. Buktinya sekarang lelaki itu berjaya menempa nama di persada dunia.

"Abang Ri kamu tu kalau kerja sampai ke malam. Elok la dia tidur je kat office tu. Ada condo sendiri pun dah macam hotel dia buat. Jarang balik. Kalau dekat sini, bertuah la nak nampak muka dia." Bebel Puan Sri Leana. Dia geram dengan perangai anak sulungnya itu. Terlalu mementingkan kerja.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now