Bab 9

132 4 0
                                    

“Adik tiri kau?!”

“Adik tiri?!”

“Kakak tiri???!!!” Tunku Rayyadh menjerit lain daripada yang lain.

Hehe. Betul la kan Airis Nawra itu merupakan kakak tirinya.

Tunku Riyadh memejamkan matanya mendengar tempikan daripada mereka bertiga. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Bukannya dia mahu membuka aib keluarga tetapi dia sudah menganggap mereka seperti keluarga sendiri memandangkan hubungan mereka sangat rapat.

“Brother, kau buat lawak ke apa?” Tunku Rayyadh bagaikan tidak percaya.

Balik je Malaysia, dia dikejutkan dengan adik beradik tiri. Dia ada kakak tiri? Serius ah? Lawak bangsa apa pula kali ni? Terkejut dia apabila Tunku Riyadh menceritakan hal sebenar.

“Korang ni slow down sikit, boleh tak? Nak bagi satu bangunan ni dengar ke apa?” Marah Tunku Harraz. Dia yang memilih untuk mendiamkan diri sedari tadi bersuara lepas tiga ekor monyet ini muncul.

“Oopss... Sorry. Excited pulak I.” Ujar Megat Amsyar sambil mengibas tangan berulang kali di dada. Gediknya.

Raja Izdiyad menjulingkan matanya melihat aksi geletis lelaki itu. Muka handsome tapi perangai tak seiring dengan muka.

“Kau dah fikir masak-masak ke nak culik anak orang?” Raja Izdiyad kembali serius. Matanya menatap Tunku Riyadh. Biar betik lelaki ni. Nak main culik-culik pulak.

“Aku culik anak papa aku sendiri. Bukannya anak orang lain.” Balas Tunku Riyadh selamba. Dia melonggarkan tie yang dipakai. Lengan baju disinsing sehingga ke siku.

“Walaupun dia macam tu, aku rasa tak patut la kau nak culik dia. Tak ada cara lain ke? Ajak dia kahwin ke, kan? Boleh dia duduk satu rumah terus.” Cadangan yang agak ‘bernas’ daripada Megat Amsyar. Apa main culik-culik. Kahwin je kan senang.

Tunku Riyadh merenung tajam ke arah Megat Amsyar. Lelaki ni bila je dia berguna? Waktu serius macam ni otak dia memang takkan berguna langsung.

“Siapa nak kahwin dengan dia? Kau?” soal Tunku Riyadh sinis. Geram dengan sikap lelaki itu.

“Cantik tak? Kalau cantik aku nak la. Eeiii tak sabarnya nak ada isteri cantik.” Megat Amsyar sudah tersenyum malu.

Malu malu syaiton.

Tunku Harraz hanya memerhati. Malas dia mahu melayan perangai mereka. Bila mereka sudah berkumpul seperti ini, sel-sel otak mereka kadang berhubung, kadang tidak. Biarlah mereka pulak yang terjah Tunku Riyadh. Sudah berbuih mulutnya membangkang rancangan gila lelaki itu tetapi Tunku Riyadh tetap degil.

Kepala Megat Amsyar diketuk dari arah belakang. Lelaki itu mengaduh sakit.

“Kau ni serius sikit, boleh tak?” Raya Izdiyad yang berada di belakang Megat Amsyar bersuara. Hilang sabar dia dengan lelaki ini.

“Sakitlah bodoh. Kepala bayar zakat, tahu tak?” Megat Amsyar mengosok kepalanya. Sakit la main ketuk-ketuk kepala kita pulak. Kita nak bagitahu mama kita. Kita tak kira!

“Okay, aku serius.” Megat Amsyar bersuara serius. Mukanya tidak terukir senyuman lagi. Kini wajah dingin dipamerkan di hadapan mereka semua.

“So....  Bila kita nak culik adik tiri kau? Esok on ke?”

Membuntang mata semua orang memandang Megat Amsyar. Aku dah kata lelaki ni memang tak lama nak hidup. Ada jugak yang akan lepak underground kejap lagi.

Tunku Rayyadh memandang abangnya dengan pandangan penuh makna. Dia perlukan penjelasan yang lebih mendalam lagi.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now