Airis Nawra menghampiri rumah agam yang gah di hadapannya. Senyuman mula diukir di bibir merahnya.
‘I’m coming to you, my so-called papa.’
Dia melepasi security Mansion Tan Sri Iskandar dengan mudah. Kenyit mata terus jalan. Dasar lelaki!
Loceng rumah ditekan. Tubuhnya yang ramping itu berdiri betul-betul di hadapan pintu yang bakal dibuka itu.
“Siapa tu, Siti?” kedengaran suara wanita dari arah belakang. Pintu sudah pun dibuka. Terpancul wajah Siti, pembantu rumah di mansion itu.
Senyuman sinis diukir kepada wanita itu.
“Hello, Puan Sri Leana. A second wife to Tan Sri Iskandar.” Ucap Airis Nawra sengaja menekan perkataan 'second wife' itu. Dia membuka kaca matanya dan menatap tajam wanita pertengahan 40 an’ itu.
Puan Sri Leana mengerutkan keningnya sedikit. Gadis ini seperti pernah dilihatnya. Wajahnya seakan mirip dengan seseorang.
Mata Puan Sri Leana sedikit membuntang. Ara! Dia mendekati gadis itu.
Airis Nawra sekadar memerhati tingkah Puan Sri Leana. Pandangan meluat di lemparkan kepada perampas di hadapannya itu.
“Ara...” sayu panggilan itu. Airis Nawra masih berdiri di tempatnya. Puan Sri Leana ingin meraih gadis itu ke pelukannya namun sempat ditahan oleh Airis Nawra.
"No touching. I don't like strangers, especially woman like you, putting hands on me." Kasar sekali ayat yang diberikan.
Puan Sri Leana sedikit tersentak. Dia memandang Airis Nawra dengan rasa tidak percaya.
Bencikah gadis itu terhadap dirinya?
“Ara. Mari masuk dalam dulu, nak.” Panggil Puan Sri Leana lembut. Dia mengukir senyuman lebar. Suka dia dapat bertemu empat mata dengan Airis Nawra, satu-satunya anak tiri perempuannya. Sudah lama dia ingin berjumpa dengan gadis itu namun tiada kesempatan.
Airis Nawra melangkah masuk tanpa sebaris senyuman. Benci dia melihat senyuman di bibir wanita itu. Lepas ni kau takkan senyum macam ni lagi.
“Ara nak minum?”
“Siti, buatkan air untuk tetamu special kita ni.” Arah Puan Sri Leana. Lembut saja arahan yang diberikan.
“So, this is your life, huh? Living the good life after messing up my mom's life.” Sinis sekali kata-kata Airis Nawra. Dia melirik sinis ke arah Puan Sri Leana. Wanita itu tersentak.
“Kenapa Ara cakap macam tu? Ara datang seorang ke? Mana mama Ara? Kenapa Kak Na tak datang sekali?” Soalan yang dilemparkan itu sedikit sebanyak menghiris hati Airis Nawra. Jika diikutkan hati, mahu saja dia menampar wajah wanita itu. Namun dia masih mempunyai rasa hormatnya terhadap Puan Sri Leana.
“Siapa datang, Lea?” Sapa seorang lelaki yang baru menuruni anak tangga. Airis Nawra kenal dengan suara itu. Suara seseorang yang dia benci.
Tan Sri Iskandar terkejut dengan kehadiran anak gadisnya itu.“Ara..” panggilnya sayu. Bagai tidak percaya dia yang anak kesayangannya itu sudi datang ke rumahnya.
Airis Nawra mengukir senyuman sinis. Lagi sinis dari sebelum ini. Pembunuh!
“Tan Sri Iskandar. What a surprise.” Ujar Airis Nawra sinis. Riak wajah Tan Sri Iskandar berubah mendengarkan panggilan gadis itu terhadapnya. Tiada lagi panggilan papa.
“Ara datang nak jumpa papa ke?” soal Tan Sri Iskandar. Airis Nawra ketawa kecil tapi kedengaran sinis.
“Sort of. But it's more about wanting to see how your life turned out after successfully ruining someone's life.” Senyuman Tan Sri Iskandar mati. Terasa dengan kata-kata anak gadisnya.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Diversos1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...