Sudah dua minggu Nayyad discharge dari hospital. Tahap kesihatannya masih sama. Tidak membaik dan tidak juga teruk. Tarikh pernikahan antara Airis Nawra dan Tunku Riyadh sudah ditetapkan. Tinggal lagi sebulan mereka bakal diijabkabulkan.
Hatinya berasa senang. Boleh la dia pergi dengan tenang selepas tahu ada insan yang boleh menggantikan tempatnya menjaga Airis Nawra dengan baik.
“Paksu. Sejuk dekat luar ni. Paksu fikirkan apa?” Sapa Airis Nawra. Dia menyelimut tubuh kurus itu dengan selimut.
Selepas paksunya keluar dari hospital, Airis Nawra mengambil keputusan untuk membawa paksunya tinggal bersama dia. Senang dia nak pantau tahap kesihatan paksunya itu.
Nayyad mengukir senyuman.
“Paksu rasa bahagia. Ara dah nak jadi isteri orang.” Jawab Nayyad. Riak wajah Airis Nawra sedikit berubah.
“Terima kasih, Ara. Sebab sudi tunaikan permintaan paksu.”
Airis Nawra tersenyum kelat. Paksunya tidak tahu bahawa dia pernah bergaduh besar dengan Tunku Riyadh minggu lepas. Meminta supaya lelaki itu membatalkan pernikahan mereka. Tetapi lelaki itu menolak keras permintaannya.
Mengingati pertelingkahan mereka seminggu yang lepas membuatkan hatinya menjadi panas tiba-tiba.
Flashback
“Kau batalkan perkahwinan tu. Aku tak nak kahwin dengan kau!” Marah Airis Nawra. Tunku Riyadh hanya beriak biasa.
Tiba-tiba saja gadis itu merempuh masuk ke dalam pejabatnya ketika dia sedang meeting bersama tiga orang sahabatnya.
“Why should I?” Soal Tunku Riyadh sinis.
“Sebab kau tak bangkang la, paksu berharap dekat kau. Aku benci kau. Aku tak nak kahwin dengan kau!” Airis Nawra menghambur rasa marahnya. Kasut tingginya dibuka lalu dibaling ke arah Tunku Riyadh.
Pantas Tunku Riyadh mengelak lalu kasut tinggi milik gadis itu terkena pasu yang berada di belakang Tunku Riyadh.
Tunku Riyadh tersenyum senget. Berani betul gadis ini.
Tunku Harraz dan Raja Izdiyad yang terkejut dengan aksi berbahaya gadis itu sudah terdorong sedikit ke belakang.
Megat Amsyar melatah apabila mendengar bunyi pasu yang pecah itu. Dia mengurut dada perlahan.
Tanjat nyah tau. Gangster habis minah ni.
Dia memandang dua figura yang berada di hadapannya.
Haa sudah! Peperangan bakal bermula.
“Kenapa kau tak batalkan sendiri perkahwinan kita? Kenapa kau terima jugak?” Tunku Riyadh sengaja ingin menduga. Mata gadis yang mencerlung ke arahnya dibalas tajam. Angin ribut gadis ini sudah mari. Bukannya dia tidak tahu sikap Airis Nawra yang sedikit baran itu.
“Aku dah bangkang, aku dah tolak tapi paksu tetap nak kau kahwin dengan aku jugak. Kau patut tolak bila paksu minta kau untuk kahwin dengan aku! Yang kau setuju tu apahal? Kau dah gila ke?!”
Dada Airis Nawra sudah turun naik menahan marah.
“Entah apa yang paksu nampak dekat kau pun aku tak tahu la.” Airis Nawra menyilang tangan ke dada. Mata tidak lepas memandang lelaki itu.
Megat Amsyar sekadar memasang telinga. Kalau masuk campur nanti, sekali dia kena sembur. Sesekali dia menyiku Raja Izdiyad. Tunku Harraz mengerling Megat Amsyar sekilas.
“Kau rempuh bilik aku hanya semata-mata nak suruh aku batalkan perkahwinan kita je? Itu je?” Tunku Riyadh ketawa sinis.
Airis Nawra ikut ketawa.
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Diversos1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...