Bab 18

140 8 0
                                    

“Aku terima nikahnya Airis Nawra Hynes Binti Iskandar Shah dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai.”

“Sah?”

“Sah.”

“Sah!”

“Sah.”

“Alhamdulillah.”

Dengan sekali lafaz, Airis Nawra sudah sah bergelar isteri kepada Tunku Riyadh Adha Bin Tunku Rasyadh Adra. Nayyad yang berada di sebelah Tunku Riyadh melebarkan senyumannya. Terasa lega kerana Airis Nawra telah sah menjadi isteri kepada lelaki pilihannya.

Airis Nawra yang berada di satu sudut hanya beriak biasa. Hatinya kosong. Seperti tiada perasaan. Dia pasrah. Tetapi untuk menyerah? Tidak sama sekali. Senyuman sinis diukir dibibir mungilnya.

Tunku Riyadh yang sudah melutut di hadapannya dipandang sipi. Perasaan benci menyelubungi diri Airis Nawra.

Syadrina menghulur tangan Airis Nawra kepada Tunku Riyadh. Nak tunggu dia hulur sendiri, sampai mampus la dia takkan hulur.

Wajah Airis Nawra tidak terhias dengan senyuman. Hanya wajah dingin dipamerkan.

Tunku Riyadh menyarungkan cincin di jari manis isterinya itu.

‘Isteri. Sounds interesting.’

Airis Nawra turut melakukan hal yang sama.

“Salam tangan suami kau tu.” Bisik Syadrina perlahan di tepi telinga Airis Nawra. Dengan malas Airis Nawra mencium tangan suaminya.

Di saat dia ingin mendongakkan wajahnya, bibir Tunku Riyadh sudah singgah di dahinya. Kucupan hangat diberikan oleh lelaki itu.

Airis Nawra tersentak. Dia memejamkan matanya.

Puan Sri Leana menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Terasa seperti keluarganya sudah lengkap.

Alanna Nadrah menggenggam erat tangan Puan Sri Leana. Dia mengukir senyuman. Kakak kandungnya telah sah menjadi isteri kepada abang kandungnya. 

Ingin saja dia memeluk tubuh kakak kandungnya itu namun niatnya terpaksa dilupakan kerana ada jurang yang memisahkan mereka.

Tunku Riyadh memandang wajah isterinya. Dekat. Belum pernah jarak mereka sedekat ini. Tunku Riyadh meneliti wajah mulus itu.

Hmm cantik. Pandangannya jatuh pula ke bibir pink Airis Nawra.

Gulp!

Halkumnya tenggelam timbul. Terus Tunku Riyadh menjarakkan diri. Pandangannya beralih ke tempat lain.

Airis Nawra tersenyum senget. Dasar lelaki. Bukannya dia tak perasan yang lelaki itu leka menilik wajahnya. Saja dibiarkannya.

Kita tengok siapa yang akan tersungkur dulu, Tunku Riyadh Adha.

******

Majlis bersanding diadakan di Royal Mansion secara tertutup. Hanya beberapa tetamu VVIP saja yang dijemput hadir ke majlis Tunku Riyadh dan Airis Nawra.

Tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa Airis Nawra merupakan anak kandung kepada Tan Sri Iskandar. Airis Nawra sendiri yang meminta supaya dirahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan umum. Dan perkahwinan ini juga dirahsiakan daripada orang luar. Atas permintaan Airis Nawra sendiri.

Dia hanya mahu dikenali sebagai CEO dari The Hynes Group. Tidak lebih dan tidak kurang.

Penat dia mengukir senyuman palsu kepada tetamu yang hadir. Syadrina sudah hilang entah ke mana. Tu mesti tengah cari makan la tu. Bukannya dia tidak kenal sahabatnya itu pantang jumpa makanan.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now