Bab 20

141 9 0
                                    

Pagi itu, Tunku Riyadh keluar dari biliknya menuju ke ruangan dapur. Selepas ‘aksi perlawanan’ mereka semalam, Airis Nawra bertegas untuk tidur di bilik tetamu. Dia terpaksa akur. Tidak mahu isterinya mengamuk lagi. Garangnya tidak boleh dibuat main.

Tapi kan... Eh!

Kenapa aku ikut cakap dia pula? Sebelum berkahwin, bukan main lagi aku bertegas dengan dia. Sampai bergegar bangunan syarikat sebab bergaduh mulut dengan Airis Nawra tempoh hari. Sekarang ni, what happened??

“Morning pengantin baru. Mana pengantin perempuan? Dah lari ke?” Tunku Rayyadh ketawa mengusik. Bukannya dia tidak dengar bunyi gedegung gedegang di dalam bilik abangnya itu. Baru satu hari berkahwin, macam-macam dah jadi.

Tunku Riyadh menjeling adiknya tajam. Tidak rasa ingin membalas pertanyaan tersebut.

“Eh, Abang Ri. Kak Ara mana?” Soal Alanna Nadrah pula. Dia menatang jag air. Dia juga mendengar bunyi yang datang dari dalam bilik abangnya itu semalam. Kepala digeleng perlahan.

Boleh dikatakan semua orang yang berada di dalam mansion ini tahu apa yang telah berlaku.

Macam WWE dah. Randy Orton vs John Cena.

“Entah.” Ringkas.

“Aik! Bini sendiri pun tak tahu ke?”

Tunku Rayyadh sudah tersenyum nakal. Saja nak mengusik. Bukannya dia tak tahu abangnya dan kakak iparnya itu tidak setuju angin.

“Ri. Pergi panggil Ara turun makan. Makanan dah siap ni.” Ujar Puan Sri Leana lembut. Semalam dia tidak sempat bertemu muka dengan menantunya itu. Airis Nawra seakan mengelak untuk bertembung muka dengannya.

“Nawra belum turun ke, mummy?” Soal Tunku Riyadh. Fikirnya Airis Nawra sudah turun tadi.

Puan Sri Leana sekadar menggeleng.

"Pergilah panggil makan. Makanan dah siap ni."

“Yela. Ri naik atas kejap panggil  Nawra turun.” Puan Sri Leana sekadar tersenyum.

Tunku Riyadh menapak naik ke atas semula. Hari-hari macam ni penatlah.

Dia mengetuk pintu bilik Airis Nawra.

Tiada sambutan.

Tunku Riyadh mengetuk sekali lagi. Tiada reaksi juga.

“Nawra.” Panggil Tunku Riyadh. Masih sama. Pintu tidak dibuka juga.

“Nawra. Kau ada dalam bilik ke? Bukak la pintu. Mummy ajak turun makan.” Ujar Tunku Riyadh lagi. Tangannya masih mengetuk pintu bilik.

Airis Nawra yang berada di dalam hanya mendengar saja ketukan pintu tersebut. Tidak ingin membuka pintu tersebut.

Benci dia mahu menghadap wajah wanita itu. Dia masih belum boleh menerima kehadiran wanita itu di dalam hidupnya. Lagi tidak boleh diterima akal, dia telah pun bergelar menantu kepada wanita yang paling dibencinya.

“Nawra. Kau bukak pintu ni. Kalau tak aku pecahkan pintu ni.”

‘Pecah je la. Bukannya pintu bilik aku pun.’ Airis Nawra berdecit perlahan.

Diam.

Tunku Riyadh melepaskan keluhan berat.

Degil!

Dia mencuba sekali lagi.

"Nawra. Kalau kau tak bukak pintu ni sekarang, memang aku akan pecahkan pintu ni dah heret kau keluar dari bilik ni!" Tegas dan penuh amaran.

Airis Nawra yang berada di dalam bilik merengus kasar. Perasaan bencinya makin meluap. Dengan langkah kasar, dia menuju ke arah pintu. Pintu dibuka dengan kasar.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now