Bab 21

144 9 0
                                    

Tunku Harraz memandang wajah manis di hadapannya tika ini. Sekali sekala wajah itu mengerutkan dahi. Macam tengah fikirkan masalah negara je.

"Kenapa ni, Ayra? Ada masalah ke?" Dari tadi lagi dia melihat keresahan gadis di hadapannya itu.

"Kalau Airis tahu hubungan kita macam mana you? I tak nak mati lagi. Ara tu dahlah asyik berangin je kerjanya." Kata-kata itu mengundang tawa Tunku Harraz. Tahu takut jugak eh! Ingatkan tak reti nak rasa takut.

"Janganlah takut. Selagi di antara kita tak bocorkan rahsia dekat dia, selagi tu kita selamat." Tunku Harraz meneruskan suapannya. Kenapa mereka rahsiakan hubungan mereka?

Jawapannya senang. Tak mahu kemarahan Airis Nawra meledak. Bukannya mereka tak tahu yang Airis Nawra memang anti keturunan Tunku Riyadh. Termasuklah Tunku Harraz. Dia turut terkena tempias.

"Tapi I rasa dia macam dah curiga la, you. Time majlis hari tu pun dia dah perhati pelik." Syadrina sudah gelabah. Dia tidak berniat mahu menipu Airis Nawra tetapi Tunku Harraz bakal menjadi tunangnya. Lambat laun Airis Nawra akan tahu jugak. Mereka juga sudah kenal lama.

"Relax la you ni. Jangan gelabah sangat." Tunku Harraz cuba menenangkan gadis itu. Gelabah biawak.

"You tak tahu apa yang Airis tu mampu buat. Sekali angin monsun dia datang, habis berterabur semua benda."

"Kadang-kadang I rasa dia macam sesuai pulak dengan Ri. Perangai diorang sama. Api dengan api." Tunku Harraz bersuara.

Syadrina ketawa kecil. "Memang padan la diorang kahwin."

Tunku Harraz menghela nafas. Sudah seminggu Tunku Riyadh berkahwin. Entah apa yang terjadi dengan mereka berdua.

*****

"Aku nak balik rumah paksu." Airis Nawra memecahkan kesunyian. Tunku Riyadh memandang Airis Nawra dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa dengan paksu?" soalnya risau.
Airis Nawra hanya mendiamkan diri. Dia mengemas baju ke dalam begnya.

Lima hari dia tinggal di Mansion ini benar-benar menyesakkan dadanya. Makin meluap-luap perasaan bencinya memandang wajah-wajah yang telah menghancurkan hidup mamanya. Sepanjang lima hari itu jugalah, dia mengelak bertemu mata dengan Tan Sri Iskandar dan Puan Sri Leana.

"Aku tanya kenapa dengan paksu?" Suara Tunku Riyadh dikeraskan sedikit. Geram dia dengan perangai isterinya yang seakan-akan tidak menghormati dirinya sebagai suami.

Airis Nawra tidak mengendahkan soalan tersebut. Tangannya lincah memasukkan baju ke dalam begnya.

"Aku tak benarkan." Tunku Riyadh sengaja ingin melihat reaksi Airis Nawra. Pergerakan gadis itu terhenti. Dia menjeling ke arah Riyadh Adha.

"Aku tak minta izin kau. Aku cuma bagitahu kau." Tegas kata-kata itu.

Suami? Cuma di atas kertas saja.

Tunku Riyadh menjoget kening.

"I'm your husband. So you should listen to me."

"You're not the husband I wanted." Balas Airis Nawra agak pedih. Ingat dia kisah ke?

"Kau bagi atau tak, aku tetap akan balik rumah paksu. Hidup aku, kau tak perlu masuk campur. Dan aku pun takkan masuk campur hidup kau. You do what you want and I'll do what I want." Airis Nawra sudah menarik zip begnya.

Dia mencapai handbag di atas meja dan ingin berlalu ke pintu bilik.

"Aku tak izinkan kau keluar daripada rumah ni. Kalau kau keluar jugak, kau akan tahu nasib kau." Langkah Airis Nawra terhenti. Dia menoleh ke belakang melihat lelaki itu.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now