Bab 22

138 10 0
                                    

Nayyad berjalan perlahan menuju ke arah mereka. Wajahnya tegang saja. Tiada senyuman yang terukir. Dia menarik Airis Nawra mendekatinya.

“Ara satu-satunya anak perempuan yang saya ada. Saya tak boleh tengok orang sakitkan anak perempuan saya.” Kata-kata itu menikam hati Tan Sri Iskandar. Pedih.

“Yad. Abang...” Tan Sri Iskandar serba salah.

“Saya tahu saya salah didik anak saya. Tapi dengan menampar dia berulang kali, bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah, Abang Is.” Airis Nawra memandang Nayyad.

“Saya minta maaf bagi pihak Ara. Saya tak sanggup nak tengok dia menanggung sakit dia lagi. Saya percayakan Abang Is boleh jaga Ara. Tapi lepas saya tengok apa yang terjadi tadi, saya jadi tak yakin. Saya ragu-ragu untuk biarkan Ara dengan Abang Is. She has suffered enough.”

Tan Sri Iskandar memandang adik iparnya.

“Yad. Abang Is tak bermaksud nak buat macam tu.”

“Ara perlukan kasih sayang seorang ayah. Ayah yang sayangkan dia. Ayah yang dia harapkan untuk jadi pelindung diri dia.”

“Tapi apa yang Abang Is buat? Abang Is sakitkan dia.” Nayyad menghela nafas perlahan.

“Saya percaya Adha boleh lindung Ara. Boleh jaga Ara. Tapi...” mata Nayyad tertumpu kepada Tunku Riyadh. Lelaki itu hanya menunduk.

Tunku Riyadh berasa serba salah dengan Nayyad.

“Saya minta izin untuk bawa Ara dengan saya, Abang Is. Adha, paksu minta izin untuk bawa Ara tinggal dengan paksu buat sementara. Kalau Adha perlukan isteri Adha semula, datanglah jumpa paksu. Paksu akan berikan isteri Adha semula. But now, mental health Ara lagi penting. Saya tak nak dia dapat tekanan yang lagi besar. Saya tak nak dia stress. Nanti effect pada kesihatan dia.” Nayyad memandang Airis Nawra. Dia mengukir senyuman.

Tan Sri Iskandar kehilangan kata-kata. Dia menatap mata anak gadisnya.

Airis Nawra sakit?

Tunku Riyadh sedikit tersentak dengan kata-kata Nayyad. Gadis itu pandai menyembunyikan rasa sakitnya.

Nayyad menggenggam erat tangan Airis Nawra.
Puan Sri Leana, Tunku Rayyadh dan Alanna Nadrah hanya mendiamkam diri. Mereka hanya menjadi pemerhati.

“Ara ikut paksu balik ya.” Nayyad memandang wajah mulus Airis Nawra. Pipi putih bersih gadis itu kelihatan merah akibat ditampar Tan Sri Iskandar.

Airis Nawra sekadar mengangguk.

Mereka melangkah keluar daripada mansion Tan Sri Iskandar.

“Kakak!”

Jeritan kecil gadis itu menarik perhatian semua yang ada. Airis Nawra menoleh ke arah Alanna Nadrah.

Alanna Nadrah berlari-lari kecil ke arah kakaknya itu.

“Nanti adik pergi melawat kakak tau. Kakak sudi kan kalau adik pergi melawat?”

Airis Nawra tersenyum nipis lalu mengangguk kecil.

Alanna Nadrah mengukir senyuman.

“Adik sayang kakak. Kakak satu-satunya kakak yang adik ada.” Gadis muda itu menarik Airis Nawra ke dalam pelukannya. Airis Nawra sedikit terkejut. Tidak pernah dia dipeluk dengan mana-mana orang luar melainkan Syadrina, kawan baiknya.

“Jangan tinggalkan adik. Adik perlukan kakak. Adik sayang kakak. Adik minta maaf bagi pihak keluarga kita. Adik harap kakak dapat maafkan diorang.” Suara Alanna Nadrah menjadi kendur. Air mata jernih yang berada di tubir mata mengalir perlahan.

Airis Nawra tidak tahu untuk memberi reaksi. Maafkan mereka? Hilangkan dendam yang ada?

“Mama.... apa yang patut Ara buat?’

Airis Nawra melepaskan pelukan. Dia mengelus lembut rambut gadis muda itu. Dia mengatur langkahnya keluar daripada mansion mewah yang dirasakan seperti neraka.

Alanna Nadrah memusingkan tubuhnya mengadap Riyadh Adha. Tajam matanya memandang abang sulungnya itu.

“I don’t want to lose my one and only sister anymore.” Dingin suara itu. Alanna terus berlalu pergi.

Tunku Riyadh buntu. Dia tidak tahu nak buat apa. Isterinya sudah pergi. Dia tak halang. Mereka berkahwin pun bukan atas dasar cinta.

Cinta? Kenapa dia perlu berkahwin jika dia tidak cintakan Airis Nawra? Adakah hanya disebabkan amanat yang diberikan?

*****

Megat Amsyar yang sedang mengunyah biskut Julie’s itu sekadar menjeling ke arah Tunku Riyadh.

‘Muka macam orang hilang bini dah aku tengok.’

Raja Izdiyad yang berada di sebelah dikuisnya perlahan. Raja Izdiyad turut memandang lelaki yang tampak serabut itu.

“Apahal dengan abang kau tu, Ad? Macam orang hilang bini dah aku tengok.” Mata Megat Amsyar mengerling Tunku Rayyadh sekilas. Mulutnya masih tidak berhenti mengunyah.

“Memang dah hilang bini pun.” Tunku Rayyadh menjawab selamba.

Megat Amsyar dan Raja Izdiyad melopong. Tunku Harraz hanya beriak biasa. Dia sudah tahu lebih awal mengenai itu.

“Serius ah?! Bini dah lari ke, bro?” Raja Izdiyad bersuara. Matanya memandang tepat ke arah Tunku Riyadh seakan tidak percaya.

Megat Amsyar sudah terbatuk-batuk.

"Bodohlah kau ni, Hud. Aku tampar jugak kang." Sakit telinganya mendengar jeritan Raja Izdiyad. Raja Izdiyad menjeling.

Tunku Riyadh sekadar membatukan diri.

“Tapi kau nampak serabut ni, kenapa? Bukan ke kau tak cintakan dia? Kau kahwin pun sebab amanah paksu dia tu je kan?” Provok Megat Amsyar. Saja mahu melihat reaksi lelaki itu.

Kening Megat Amsyart terjoget. Mulutnya sedikit melopong.

“Jangan kata kau dah... Oh my!” Megat Amsyar menekup mulutnya.

Tunku Riyadh menjeling tajam ke arah Megat Amsyar.

“Kau... Kau sayangkan Airis ke?” soalan itu dibiarkan seketika. Tunku Riyadh pun tidak pasti dengan hatinya sendiri.

‘Sayang atau kesian?’

Raja Izdiyad memerhati Riyadh Adha. Dia mengukir senyuman.

‘He didn’t even realise that.’

Tunku Harraz tersenyum nipis mendengar soalan yang keluar daripada mulut Megat Amsyar. Dia tahu apa yang Tunku Riyadh rasa. Namun lelaki itu masih tidak menyedarinya. Bodoh sangat kau ni, Ri.

“Tapi takkan la kau nak sayang adik tiri kau kan. Mana mungkin.” Perkataan adik tiri sengaja ditekan sedikit. Bibir Megat Amsyar menyenget sambil mengerling Tunku Riyadh dengan ekor matanya.

Panas punggung ke tak? Panas ke tak?

Panas sebab api neraka ke panas sebab kena sindir?

Tunku Harraz menyimpan senyum.

‘Cari pasal kau ni, Am.’
























You don't deserve my image in your head. You don't deserve my memories in your chest.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now