“Ara.”
Airis Nawra yang mengelamun di luar rumah terus tersentak apabila mendengar panggilan Nayyad. Dia menoleh ke arah Nayyad dengan sebuah senyuman manis.
“Buat apa dekat luar ni?” Soal Nayyad. Dia meletakkan punggungnya di kerusi batu sebelah anak saudaranya itu.
“Saja tengok bintang. Kenapa paksu keluar? Tak elok angin malam untuk paksu.”
Nayyad tersenyum.
“Sekali sekala paksu nak keluar ambik angin malam jugak. Asyik terperap je dekat dalam rumah, bosan jugak.” Balas Nayyad.
Airis Nawra yang menjaganya selama dua minggu ini. Selepas kejadian yang berlaku di mansion Tan Sri Iskandar, Airis Nawra tidak lagi menjejakkan kaki ke sana.
Bukan dia yang menghalang namun gadis itu yang menolak untuk pulang ke sana.
Jeda.
“Paksu.” Panggil Airis Nawra perlahan. Dia memegang tangan Nayyad.
“Jangan tinggalkan Ara.” Pinta gadis itu tiba-tiba. Suaranya bertukar kendur.
Nayyad memandang sayu wajah Airis Nawra.
Dia menghela nafas berat.“Ara sayang.”
“Paksu dah tua. Paksu tak tahu sampai bila paksu boleh bertahan lagi.”
“Ara ada suami, ada papa, ada keluarga Ara sendiri. Walau apa pun yang terjadi, Ara tetap akan jadi keluarga mereka. Ara tetap anak kepada Tan Sri Iskandar dan isteri kepada Adha.” Nasihat Nayyad.
Air mata mula bergenang di tubir mata gadis itu. Dia tidak suka paksunya bercakap soal itu.“Paksu.....”
“Ara. Dengar cakap paksu. Ara kena kuat. Ara tak boleh lemah. Even if I’m not with you, you must stay strong. Much stronger than before. Paksu dah tak susah hati kalau nak tinggalkan Ara lepas ni. Sebab akan ada orang yang boleh jaga Ara lepas paksu dah tak ada.” Ujar Nayyad lagi. Dia berasa sebak. Berat ujian yang dilalui oleh Airis Nawra sehingga boleh membuatkan gadis itu berubah sedemikian.
Kesakitan yang dialaminya tiada sesiapa yang tahu.
“No paksu. I can’t bear to lose you. I love you, you know that, right?” Ujar Airis Nawra bersama tangisan.
Sungguh dia tidak kuat untuk berasa kehilangan sekali lagi.
“I love you more tapi Ara kena ingat, Ara ada suami. Ara kena patuh cakap suami Ara. Dia syurga Ara. Jangan melawan cakap suami. I know he’s the best for you.”
Nayyad terbatuk-batuk. Sejak kebelakangan ini, tahap kesihatannya makin merosot. Dia tidak kuat seperti dulu.
Airis Nawra sudah teresak-esak.
“Ara sayang paksu kan? Jangan degil, okay? Belajar terima segala takdir yang sudah ditentukan. Buang segala rasa dendam yang ada dalam diri Ara. Kalau mama Ara ada, dia pun tak suka tengok Ara jadi macam ni.” Nasihat Nayyad lagi sekali. Dia tak mahu hati Airis Nawra dipenuhi dengan dendam.
Airis Nawra diam. Hanya tangisan yang berbunyi.
“Ara janji dengan paksu, ye? Ara jadi seorang anak dan isteri yang baik.”
Diam.
“Ara nak masuk syurga jumpa mama kan? Jumpa paksu kan?” Airis Nawra mengangguk.
“So Ara kena jadi seorang insan yang baik. Tak boleh ikut degil Ara. Apa-apa yang terjadi, itu adalah ujian untuk Ara. Ara tahu kan, Allah takkan sesekali uji hambaNya di luar kemampuan kita? Allah tahu Ara kuat, sebab tu Ara diuji macam ni. Sebab apa? Sebab Ara boleh hadapi ujian daripadaNya.”
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
Random1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...