Bab 26

149 8 0
                                    

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Tunku Riyadh, tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Diam sahaja.

Hanya kedengaran muzik di corong radio.

Masing-masing lebih memilih untuk mendiamkan diri.

Airis Nawra melemparkan pandangan ke luar tingkap. Tiba-tiba hatinya menjadi hiba. Air mata mula bertakung di tubir mata.

'Please, not now. Not infront of this guy.'

Airis Nawra cuba menahan air matanya daripada mengalir keluar.

Stereng kereta Tunku Riyadh dipulas memasuki perkarangan rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah.

Tunku Riyadh memarkir kereta Range Rover putih miliknya di dalam garaj.

Airis Nawra memerhati perkarangan rumah mewah tersebut. Matanya melilau ke sekeliling kawasan tersebut.

"Rumah siapa ni?" Terpancul soalan di mulut Airis Nawra sambil memandang rumah mewah yang dihidangkan di hadapan mata.

Cantik!

"Rumah aku." Balas Tunku Riyadh ringkas. Seatbelt dibuka.

"Kenapa datang sini?"

Terbantut langkah Tunku Riyadh yang ingin melangkah keluar dari dalam kereta.

Dia memandang isterinya dengan dahi berkerut.

"Dah tu kau nak aku bawak kau balik mansion papa ke?" Soal Tunku Riyadh sinis.

Airis Nawra diam.

"Memang tak la jawabnya. Kang jadi perang dunia ketiga pulak dekat sana." Perli Tunku Riyadh. Dia terus keluar dari kereta dan menuju ke bonet.

Airis Nawra berdecit.

'Aku tumbuk kang sia-sia hidup.'

Airis Nawra melangkah keluar menuju ke pintu masuk rumah.

"Hoi! Beg kau ni angkat la sendiri." Jerit Tunku Riyadh.

Terhenti langkah gadis itu. Dia memusingkan tubuhnya menghadap mamat kerek tersebut. Keningnya terjungkit.

"Kau dari tadi asyik memekak je la. Benci aku!" Balas Airis Nawra berani. Dia melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan suara langau di belakangnya.

"Tak guna punya isteri." Gumam Tunku Riyadh perlahan.

"Mana bilik aku?" Soal Airis Nawra sambil memandang ke sekeliling. Tunku Riyadh yang berada di belakang sudah mengerutkan dahi.

"What do you mean by that?"

"Pekak ke? My room. Where is it?"

"Kau ingat kita akan tidur berasingan ke? Neraka kirim salam." Tunku Riyadh melangkah laju meninggalkan Airis Nawra yang sudah terpinga-pinga.

"Aku tak nak tidur dengan kaulah." Balas Airis Nawra kasar.

"Kau ingat aku nak sangat tidur dengan kau?" Tempelak Tunku Riyadh pula. Entah kenapa dengan gadis ini dia menjadi seperti ini. Selalunya dia hanya akan bersikap dingin saja. Bukan bergaduh mulut macam ini.

Dah dia ajak aku war, aku on je.

"Dah tu? Kalau tak nak tidur sekali, bagilah bilik asing dekat aku." Tunku Riyadh berhenti dan terus memusingkan tubuhnya. Matanya menikam anak mata Airis Nawra.

"Dan biarkan kau jadi macam mayat hidup dalam bilik tu? Never." Sinis pertanyaan itu.

Airis Nawra mengetap bibir.

Tunku Riyadh memandangnya dengan pandangan yang dingin. Aura gelap mula kelihatan di sekeliling lelaki itu.

'Is he......'

'A grim reaper?'

"Act like you care about my life." Airis Nawra menjulingkan matanya ke atas.

"Move." Airis Nawra menolak tubuh Tunku Riyadh dengan berani.

Tercengang lelaki itu.

'Berani-beraninya dia ya.'

*****


"Makan." Ujar Tunku Riyadh. Usai saja mereka sampai di banglo tadi, Tunku Riyadh terus memasakkan bubur untuk Airis Nawra. Dia tahu isterinya itu tidak menjamah apa-apa makanan lagi.

Mangkuk bubur diletakkan di sebelah katil bersaiz king itu. Wajah Airis Nawra ditatapnya.

"Aku kenyang." Balas Airis Nawra. Dia menarik selimut menyelubungi seluruh tubuhnya.

"Kau tak makan apa-apa lagi hari ni, tiba-tiba je dah kenyang? Makan hati ke apa?" Soal Tunku Riyadh sarkastik.

Airis Nawra mencebik di dalam selimutnya.

"Aku tak kira. Kau kena bangun sekarang sebelum aku buat sesuatu dekat kau." Ugut lelaki itu.

Airis Nawra masih tidak bergerak.

'Kisah pulak aku.'

Melihatkan tiada reaksi yang diberikan, Tunku Riyadh terus menunduk untuk menarik selimut yang menutupi tubuh gadis itu.

Airis Nawra yang sedang mengiring ke kanan itu terus memalingkan wajahnya untuk melihat Tunku Riyadh.

'Mata aku dah berapi ni.'

Airis Nawra memalingkan wajahnya untuk melihat wajah lelaki itu. Dia tersentak apabila wajah Tunku Riyadh begitu dekat dengan wajahnya.

Tunku Riyadh juga turut tergamam dengan keadaan mereka tika ini.

Otak masing-masing cuba memproses.

Jarak antara wajah mereka agak dekat.

Lantas Tunku Riyadh mengukir senyuman senget.

"Bangun makan. Kalau kau tak makan, nanti kau sakit. Kalau kau sakit, siapa nak gaduh dengan aku, hmm?" Tunku Riyadh bersuara lembut. Dia mengukir senyuman manis.

Dahi Airis Nawra berkerut.

'Lah kena sampuk ke?'

"Makan okay. Aku turun dulu. Nanti aku naik, aku nak tengok kau dah habiskan bubur tu." Lantas Tunku Riyadh mencium sekilas dahi licin isterinya sebelum dia bergegas pergi dari bilik tersebut.

Wajah Tunku Riyadh sedikit merah.

Blushing.

Airis Nawra tercengang.

'What happened just now? Did he kissed me on my forehead?'

Airis Nawra memegang dahinya. Tanpa disedari, pipinya juga sudah berona merah.

'How dare him.'


























It is your choice whether or not you are going to let what you feel make you miserable or contented.

Bahagia Yang Dicari (Ongoing)Where stories live. Discover now