- 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 -
BUSANA pengantin itu dipandang penuh minat. Rekaan baju juga cukup buat dia suka dan ingin pakai sekarang juga. Baju kurung pahang berkain lembut dan berwarna putih disentuh lembut olehnya.
"Macam mana, Cik Hara? Lulus ke baju yang saya buat kali ini?" Tanya pemilik butik ternama itu.
Bukan dia tidak tahu yang gadis bernama Hara Qarissa itu sangat cerewet orangnya. Ini pun sudah dua kali dia perlu membuat balik busana pengantin yang baru. Yang lama semuanya ditolak sekeras-kerasnya oleh Hara.
Katanya terlalu ringkas dan murah. Dan satu lagi kelihatan terlalu over dan panas.
"Yes, lulus. I like it! Very love." Ceria suara Hara memuji. Terangguk-angguk kepala gadis itu melihat rekaan baju itu.
Pemilik butik itu tersenyum senang. Lega! Kalau ditolak lagi pasti dia akan mati buat sekian kalinya. Atas kehendak Hara sendiri yang mahukan jenis kain yang mahal, dia perlu mengambil masa untuk membuat kerja dengan teliti. Dia mengambil busana itu lalu dipadankan pada badan ramping Hara.
"Cik Hara nak cuba?"
"Boleh juga,"
Pemilik butik itu meninggalkan Hara selepas gadis itu mahu mengantikan pakaian. Dia setia duduk di hadapan tirai yang tertutup. Dia menghadiahkan senyuman apabila seorang lelaki datang mendekati lalu duduk di sofa menghadap bilik persalinan Hara.
"How do I look?" Tanya Hara sambil mengemaskan bajunya. Dia memusingkan tubuh saat tirai sudah terbuka.
Seketika itu matanya berlaga dengan mata lelaki duduk di sofa itu. Bibir merah tiada senyuman tadi terus membentuk. Laju dia turun dari pentas persalinan kemudian berdiri di hadapan lelaki itu.
"Sayang! Hara ingat Jibrael tak datang!" Memuncung bibir Hara berkata.
Pagi tadi Hara ada mengajak Jibrael untuk temannya ke butik bersama tetapi lelaki itu ada kelas mengejut. Jibrael terpaksa meninggalkan Hara untuk ke universiti dengan cepat. Namun, dia berjanji dengan gadis itu yang dia akan datang sebelum 12 tengah hari.
Jibrael menepati masanya seperti yang dijanjikan. Mujur dia hanya menjaga kelas sekejap sahaja. Jadi ada kesempatan dia pergi ke butik.
"Kan Jibrael dah janji dengan Hara yang Jibrael akan datang. Jibrael dah tepati masa and you look great in this dress." Jujur Jibrael.
Sungguh dia terpesona dengan kecantikan Hara semasa gadis itu memusingkan tubuh di hadapan cermin. Sedari tadi dia pandang tidak lepas.
"Just great?" Kerut Hara. Tidak puas hati dengan respon Jibrael.
"Gorgeous, sayang."
Hara sembunyi senyum. Tak jadi mahu marah Jibrael. Cepat cair betul dia apabila bersama Jibrael. Lelaki itu memang pandai main dengan kata-kata manis. Dia suka.
YOU ARE READING
Surat Untuk Qarissa
Romance• Book 1 • "Kau tahu maksud menerima? Kalau tak tahu, mari aku terangkan. Tak semua benda kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Macam aku, aku tak boleh terima kau dalam hidup aku."