02 | Hanan's Diary

137 11 0
                                    



















02. Pertemuan kali kedua.


































‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Air di dalam botol tupperware itu diteguk perlahan-lahan sembari aku memasang telinga mendengar perbualan rakan semejaku. Entah apa je yang mereka bualkan itu sedari tadi. Langsung aku tidak tahu menahu.

Kalau bab bercerita ini aku jarang nak melibatkan diri sekali. Aku lebih selesa buat hal sendiri.

Ada waktu tertentu aku join sekali, ikut mood jugalah. Tapi aku lebih banyak berdiam diri kalau nak diikutkan.

Orang yang tak kenal aku mungkin sudah beranggapan bahawa aku ini memang orang yang sangat pemalu dan introvert, lain pula kalau dengan orang yang terdekat.

"Eh, si Nufhris itu ex si Sofi, kan?" Anne yang duduk di hadapanku mula menyoal.

Aku kerut dahi. Fikiran sedikit terganggu. Aku memang tak ikut campur dalam topik perbualan mereka. Tapi, tak bermakna aku tak memasang telinga. Dah alang-alang terdengar. Takkanlah nak tutup telinga?

Nufhris? Nama macam familiar. Tapi, dekat mana eh aku dengar? Haih, perasaan aku je kot.

"Ya, betullah," balas Miya yang merupakan teman karib Sofi walaupun berbeza kelas. Masa tingkatan 3 sama kelas, lepas je masuk tingkatan 4 sudah berbeza haluan kerana bidang yang tak sama.

"Macam mana boleh putus? Serasi kot diorang tu. Satu pendek, satu tinggi. Satu putih, satu hitam manis," beritahu Anne panjang lebar. Wajah gadis itu turut memainkan peranan.

Ternaik kening aku apabila mendengar kenyataan itu sebelum tak sengaja aku meletuskan tawa kecil. Geli hati aku melihat gelagat Anne.

Miya juga turut sama tergelak. Tak boleh blah dengan wajah yang ditayangkan Anne.

Isya sedari tadi hanya diam membuat kerja sendiri. Malas nak masuk campur perbualan mereka. Lagipula dia sama je macam aku, tidak tahu apa-apa.

Ya lah, Isya dengan aku ini tak ambil tahu sangat hal sekeliling. Kurang peka orang kata. Kalau Isya ini okey lagi. Tapi, kalau aku tak tahulah nak cakap apa dah. Mengucap orang.

Itu kata orang. Bagi aku tak pun. Aku rasa aku seorang yang peka. Cuma aku tak tunjuk. Orang sekeliling je yang anggap aku seperti itu padahal kita lebih mengenali diri sendiri, kan?

"Haih kau ni, dah bukan jodoh diorang. Kita nak buat apa lagi? Lagipun diorang tu tak sampai sebulan pun," terang Miya dengan nada bersahaja. Memang betul pun apa yang dia cakap. Cinta monyet semata-mata.

Tak sampai sebulan? Gila!

Ini bukan lagi cinta, tapi...

"Sofi kan yang confess dulu dekat Nufhris tu?" soal Anne tiba-tiba.

"Haah, dia suka dekat lelaki tu. Tapi, pada pendapat akulah kan, Nufhris tu macam tak ada perasaan pun dekat Sofi. Dia terima sebab Sofi tu cantik je kot." Kali ini Miya geleng kepala pula. Tak habis fikir. Apa yang dia fikirkan itu memang masuk akal.

Kesian kawan baik aku dulu syok sendiri. Batin Miya.

Anne angguk setuju. Ada betulnya juga. "Si Nufhris itu bukan budak baru ke dekat sekolah kita?"

"Dia masuk tahun lalu, kan?" tambahnya lagi.

"Haah.."

"Guys!" jerit Shah lantang yang baru tiba. Budak ini merayau saja kerjanya. Tak pandai duduk diam. Ada cacing kot dekat tempat duduk dia. Heran juga aku tak pernah pula dia tertangkap oleh guru-guru lain sebab berkeliaran a.k.a ponteng.

Hanan's DiaryWhere stories live. Discover now