Episode 1

324 27 13
                                    

"KEMATIAN pada pukul 2.30 pagi," isytihar dokter Aariz Maliq di bilik pembedahan. Dia mula keluar dari bilik pembedahan tersebut dengan wajah dingin. Mengibas coat putih kebanggannya.

Bilik persalinan di tuju. Mula membuka baju kemeja yang dipakai. Tubuh tegap jejaka itu mampu menggoda di mata mana-mana gadis.

"Kau mahu balik?" Suara garau mencecah kesunyian. Jejaka membalas dengan anggukan.

"Anak aku perlukan aku sekarang ini" jejaka itu meninggalkan rakan di situ terpinga - pinga. Nak cepat sangat buat apa?

"SAYANG!" Jejaka itu melepaskan jaket yang dipakainya.

"Ya abang? Abang dah balik..." Wanita itu terus masuk ke dalam pelukannya.

Rindunya dengan wanita nya ini.

"Abang, mesti penat kan? Jom tidur, saya urutkan kepala awak ya". Itulah rutin Bunga Haysar setelah suaminya selesai pembedahan di tengah malam dan balik malam itu juga.

"Abang tak mahu mandi" memeluk erat pinggang isterinya.

"Awak, bau minyak wangi siapa ni?" Sebelum ini, suaminya pulang dengan bau wangian yang kuat. Minggu ini kerap dia bau.

"Abang beli minyak wangi untuk bilik abang, sekali abang sembur kat baju sebab wangi sangat!" Kepala Aariz diletakkan di ceruk leher nya.

Sedang jam telah memasuki pukul 3.20 pagi. Telefon bimbit suaminya berdering menandakan ada membuat panggilan.

'Arissa'

"Siapa Arissa ini?" Dia memandang wajah suaminya di sebelah. Ditilik wajah itu dengan rasa curiga.

'abang curang?'

Segera dia menekan simbol hijau.

"Hello?"

"Siapa ini?" Terdengar suara wanita. Dahinya berkerut. Qaisara? Kawan sekolah nya?

"Saya isteri Aariz. Awak siapa?" Wanita itu memulakan perbualan.

"Puan, saya rasa awak silap ni. Mungkin suami kita nama sama" ingin menyedapkan hati.

"Maaf nak cakap. Saya Arissa Qaisara, isteri kedua Muhammad Aariz Maliq. Awak isteri pertama ya?" Terkedu, terkejut.

"Declined"

Segera ia membuka langkah ke bilik anaknya. Ingin mengemas baju. Dayang Ayna yang tidak boleh terlena, terbangun.

"Umi" suara serak memanggil. Bunga tersenyum.

"Sayang, kemas baju adik ya? Umi nak kemas baju umi. Tunggu kat ruang tamu" menggosok perlahan rambut anaknya. Kali ini, dia tekad hendak keluar dari rumah ini.

"Sayang, kenapa kemas baju?" Perasaan pelik hadir melihat isterinya seperti laju menyimpan baju di dalam beg pakaian.

"Ambil semula cincin ini, saya tak mahu" cincin di jari ditanggalkan perlahan. Di letakkan di hujung katil.

"Kenapa ni?" Dia bertanya. Mula menghampiri wanitanya.

"Awak tanya kenapa? Awak curang Aariz. Awak tipu saya hidup-hidup. Saya banyak kali terdengar awak telefon dengan seseorang dan panggil apa? Sayang? Habistu saya? Sayang awak juga ke?" Mendekat ke arah suaminya. Mukanya lencun dengan air mata.

"Kepercayaan saya bagi pada awak. Ini balasan awak beri? Apa lagi awak rahsiakan pada saya selain Arissa dan Aaden?" Memukul dada suaminya.

"Saya tak mampu benci awak Aariz! Tapi awak buat macam ni" teresak wanitanya. Ditarik ke dalam pelukan.

𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 | 𝐂Where stories live. Discover now