"thank you mama ! Thank you papa ! Blaze dah lama sangat nak vr ni ! I love you guys !" Blaze melompat teruja sambil memeluk kotak vrnya . "Sama sama blaze , ingat belajar rajin rajin !" Blaze mengangguk . "Blaze masuk bilik tau !" Lalu , hilanglah blaze dari ruang tamu itu . Walaupun keluarga blaze adalah keluarga yang kaya , tetapi ibu bapanya mengajarnya untuk berdikari dan tidak boros . Dari kecil , dia diajar untuk menabung .
-. Di bilik blaze .-
Blaze membuka kotak vr itu dan langsung memakainya , dia menekan butang on dan menyambungkan dengan ps5nya . "Eh dia ada bagi game sekali ?" Blaze mengambil cd game yang berada di bucu katilnya . Dia memasukkan cd itu ke ps5nya dan masuk ke dalam game itu . "Wah ! Best gila game ni ! Semua nampak macam real ! Tak nampak macam simulasi langsung !" Blaze berjalan keliling bandar kecil itu , blaze mengambil sebuah apple yang jatuh dari sepohon pokok dan memakannya . "Mmm , apple dia pun boleh rasa la ! Macam mana dia buat eh !" sedang dia berjalan , tiba tiba ada satu cahaya yang sangat terang menghalang pandangannya , kepalanya pusing , dan blaze pun jatuh ke tanah .
-. Selepas 2 jam .-
"Ergh , sakitnya kepala aku.." blaze memegang kepalanya yang pening . "Eh aku kat mana ni ?" Dia melihat sekeliling . Tiba tiba , seorang lelaki kira kira umurnya masuk ke dalan bilik itu , lelaki itu mempunyai mata berwarna hijau . "WAAA ! GEMPA ! DIA DAH BANGUN ! GEMPA DATANG SINI CEPAT !" lelaki itu menjerit . Blaze memandang nya dengan pelik . "Aku tak log out eh , aduh lupa la ni , log out lu ah , satgi sambung main" blaze cuba menekan butang log out , tetapi tidak ada . "Eh" blaze cuba menekan butang log out , tetapi controller yang berada di tangannya tidak ada di tangganya . Dia cuba membuka headset vr itu , tetapi headset itu jugak tiada . "A-apakah" blaze gementar . "Err , kau buat apa tu ?" Soal lelaki tadi . Blaze menoleh dan melihat seorang lagi lelaki , tetapi lelaki ini mempunyai mata berwarna coklat . "Kenapa aku tak boleh log out ni !" Blaze menjerit . "Log out ?" Soal lelaki bermata coklat itu . "Ok , this is creepy as fuck . Korang ni real ke ?" Soal blaze . Kedua dua lelaki itu memandang sesama sendiri dan memandang blaze . "Of course la kitorang ni real" ucap lelaki bermata hijau itu . "Err , nama apa ?" Soal lelaki bermata coklat itu. "B-blaze" blaze teragak agak untuk memberi tahu namanya. "Gempa" gempa senyum . "Aku pulak thorn !" Thorn duduk di sebelah blaze . "Kau rehatlah dulu , kepala kau sakit lagi tu , nanti kau habiskan makanan tu , aku dah letak atas meja , thorn jom" mereka berlalu pergi . Blaze tiada mood untuk makan , dia memikirkan cara untuk keluar .
(420 words)
First chapter pendek sikit ! Hehe
Maybe next chapter panjang sikit kot , alright that's all .
YOU ARE READING
Game Over
RomanceI've always wanted to write an iceblaze fanfic , because iceblaze doesn't get that much hype , so I'll make one myself ! Slow update ! Start : Dec 12 End :? Status : ongoing ! Language : Malay English Bxb ! Icelaze