AKU tiba di sebuah rumah banglo 2 tingkat di kawasan Subang Alam. Waktu itu dalam waktu tengahari. Pintu terbuka sendirinya selepas punat kecil ditekan oleh Rahimi pada kunci keretanya.
Aih.. ni memang canggih semuanya. Daripada keretanya sampai ke rumah pun cenggini-gini rupanya? Untung. Untung betul dapat jadi spy ni, gaji besar.
Setelah pintu dibuka, ada lagi garaj rupanya di bahagian basement. Rahimi meletakkan keretanya di bahagian basement yang lengkap dengan peralatan spy yang lain. Setelah kami keluar dari kereta itu, kereta itu berubah kembali menjadi sebuah Gen2. And automatically all the gadgets in the basement working out furnishing the car and repairing what needed.
I have to concede that it was super cool. I wished i could have all the gadgets. Uwaaaaa! But it sounds impossible! I am no one now.
"Do u have to transform the car? It is better to remain it as a Ferrari. Look better and classy. Hurm.. " tanya aku yang hampa apabila kereta Ferarri nya berubah menjadi Gen2 kembali.
"Haha.. im so sorry. But it is the company procedure. I shouldn't shine out too much because my identity should be unrevealed. I just don't want to attract others people attention. Thats why i put my car here. No one will know" balas Rahimi sambil tersenyum kepada aku.
"Ok, stop pandang semua gadgets yang ada. Esok boleh tengok lagi. Jom saya tunjukkan bilik awak kat mana" ujar Rahimi sambil menunjukkan jalan keluar dari basement tersebut melalui pintu kecil yang ada.
Kawasan dalam rumah Rahimi sangat besar. Ruang tamunya ringkas dan terdapat meja makan yang sangat classy, di bahagian bawah rumah terdapat 2 bilik tetamu dan bahagian atas pula terdapat 4 bilik. Termasuklah bilik spy's outfit and gadgets , mini library dan 2 bilik. 1 bilik master bedroom dan sebuah lagi bilik tetamu.
Kami masuk ke dalam bilik tetamu di tingkat atas bersebelahan dengan master bedroom.
"Okey, ini bilik awak. Dalam ni ada baju-baju saya , jadi awak boleh pakailah dulu mana-mana yang muat. And, sebelah ni bilik saya. Anything happen ke boleh roger saya je. Telephone rumah ada dalam bilik. No telefon bilik saya 233. Awak salinlah pakaian semua dulu saya nak keluar belikan makanan. Nanti malam ada kawan saya datang tidur jugak jadi takdelah kita berdua je. Tapi kalau awak tak selesa , cakaplah. Saya boleh stay kat hotel. " ujar Rahimi sambil memilih bajunya yang bersaiz sederhana di almari baju.
" Ouhhh.. i see. Ok, ok. Tak menyusahkan awak ke ni stay kat rumah awak. Macam banyak menyusahkan je. By the way, ni betul-betul rumah awak eh?"
"Haha.. rumah saya lah. Ini rumah arwah mak abah cuma saya dah buat banyak pengubahsuaian untuk kerja-kerja saya. Dahlah, mandi lah dulu saya nak keluar pastu nak jemput kawan saya kat Kuala Lumpur jap"
"Okey, terima kasih Rahimi and thank you for everything"
SELESAI aku mandi, baju lengan panjang dan seluar track kepunyaan Rahimi aku pakai. Mak aihhh! Besau gila! Tahulah badan tu sado tapi ni dah menggelebeh dah aku pakai. Hurm... takpelah. Asalkan tutup aurat. Tudung pemberian Nek Pah aku pakai kemas.
Usai menyiapkan diri, aku turun ke bawah menuju ke dapur mengenangkan perut aku yang sudah kuat berkeroncong. Tangga di rumah Rahimi pun agak unik sebab terdiri daripada warna hitam putih seperti piano. Tangga piano. Aku pasti ini mesti ada code nya yang tersendiri untuk membuka tangga ini atau menuju ke sebuah tempat.
Bahagian dalam dapur Rahimi agak besar dengan segala keperluan memasak dan di sebuah bahagian tersembunyi terdapat almari kecil berwarna putih yang tertulis CAPRICIOUS. Aku tekan punat di bahagian tengahnya.
Gambar-gambar aku semasa kecil sehingga dewasa terdapat di dalam almari itu beserta dengan sebuah fail yang tertera nama aku di hadapannya.
Click.
Rahimi sudah balik bersama kawannya. Suara ketawa mereka dapat didengari dan aku pantas menutup kembali almari itu. Tak sempat aku ingin mengambil apa-apa. Aku terus menuju ke pintu rumah dan tolong apa yang patut.
"Wah.. banyak betul barang awak beli" ujar aku supaya tidak nampak terlalu janggal selepas apa yang aku jumpa tadi.
"Haah, ni saya ada beli awak punya telekung, tudung dan pakaian dalam awak. Hehe" tersenyum-senyum Rahimi dibuatnya.
Eyyy. Dia nih. Pipi aku dah merah menahan malu. Aku ambil barang-barang yang dibelinya dan terus masuk ke dalam rumah. Makanan yang dibeli Rahimi aku letak di atas meja dapur dan bergegas ke bilik untuk meletakkan barang yang telah dibeli tadi.
Aku turun kembali dan mula mengemas meja makan. Kelibat rakan Rahimi tidak pula kelihatan. Eh, mana pulak orangnya pergi. Banyak juga makanan yang dibeli Rahimi. Buah - buahan dan bahan mentah pun ada sekali. Mee hoon sup yang dibeli Rahimi aku masukkan ke dalam mangkuk besar. Semua bahan-bahan mentah aku simpan kemas ke dalam peti ais. Buah mangga yang dibeli aku potong.
USAI mengemas meja makan. Aku pergi ke tingkat atas untuk menjemput Rahimi dan rakannya makan sekali. Kali ni aku naik tangga seperti bermain piano. Eh, ada bunyi!
"Rahimi, saya dah siapkan makanan" ujar aku setibanya aku di hadapan biliknya.
"Jap, jap" balas Rahimi yang masih lagi dalam bilik.
"Saya tunggu kat bawah eh" balas aku dan terus turun kembali.
Haih.. penat betul naik turun tangga nih. Okey, this time im going to guess the code! Hehe..
Pang, ping , pung. Ping, ping, ping , pang. Bunyi tangga piano kedengaran jelas. Hairannya tiada apa yang berlaku. Baiklah, aku akan cuba lain kali.
Rahimi dan rakannya bergegas turun. Namun kali ini tidak pula kedengaran bunyi tangga piano.
"Hey, thank u! For doing all this. Kemas rumah semua.. awak nak gaji ke hehe" kata Rahimi setibanya di meja makan. Rakannya membelakangi aku oleh itu aku masih tidak tahu siapakah orangnya.
"Ouh ya, this is my friend. A very smart one. From University of Oxford. His name is Muhammad"
YOU ARE READING
HINGGA KE AKHIRNYA
Misterio / SuspensoAku sendiri buntu dengan kehidupan aku. Hingga ke akhirnya kah akan begini? Terseksa minda dan fikiran. Tanpa arah dan tujuan yang kukuh aku teruskan perjuangan. Aku tahu aku akan jatuh akhirnya. Namun, jatuh aku itu tanda kebangkitan aku. - SABRIN...