bab 12 ༉‧₊˚✧

1.3K 70 2
                                    

 Feel free to vote! Happy reading 💌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Feel free to vote! Happy reading 💌

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Positif!

Elvyna terlompat-lompat di dalam tandas sambil memegang pregnancy test.

"Eh sabar, bahaya lompat-lompat" kata Elvyna sendiri.

"Aaaa! Im going to be a mother!" Kata Elvyna sambil mengusap perut kempisnya. Inilah hari yang ditunggu-tunggu olehnya. Yeay di nak jadi ibu!

Hati yang teruja tadi bertukar menjadi runsing. Macam mana dia nak suprise dekat Dariel? Ah sudah.

Ligat otak berfikir idea yang kreatif dan akhirnya, dapat! Bagai ada mentol di atas kepalanya sekarang.

"Adu tak sia-sia aku graduate degree dulu" Puji diri sendiri.

— ✧ •

Dariel memarkir keretanya di garage rumah. Naik heran dia kenapa rumah gelap sangat. Nak kata Elvyna pergi kerja, dia cuti harini. 

Dariel sudah mula rasa tidak sedap hati. Enjin terus dimatikan dan melangkah keluar dari kereta.

Tombol pintu dibuka dengan kunci lalu dedaun pintu dikuak.

"Sweetheart, abang dah balik...kau kat mana?" Panggil Dariel sambil membuka semua lampu di ruang tamu.

Pak!

Gegendang telinga Dariel jelas mendengar bunyi benda jatuh dari tingkat atas. Dia terus bergegas naik. Apa yang dia fikir sekarang hanya Elvyna. Whoever has the guts to touch her, they'll die.

Dammit Elvyna I shouldn't have left you alone.

Telefon bimbit menekan nombor seseorang. Dariel menuju ke arah bilik mereka.

Kunci. Pintu bilik mereka dikunci. Dariel tidak mengambil masa yang lama, pintu terus ditendang.

Suasan di dalam bilik itu gelap dan hanya dicerahi oleh lampu jalan.

"ARGH!"

Tubuhnya disepak kasar oleh seseorang. Dia terus bangun dan menghadap setan berani yang memecah masuk ke dalam rumahnya.

Mukanya hampir ditumbuk tetapi dia sempat mengelak kasar. Dia terus mencapat tangan yang ingin menumbuknya itu dan memusingkannya ke belakang lalu menolaknya jatuh ke lantai.

Lelaki itu mengerang kesakitan kerana tangannya ditekan kasar. Boleh putus urat kalau lama-lama.

"Kau cakap dengan aku setan. Sapa hantar kau." Nada suara Dariel sangat beku dan tidak berperasaan.

"Aku takkan- ARGH!" Dariel menekan kepala lelaki itu dengan kaki.

"E-Elias."

Terus badan lelaki itu dilepaskan. Muka diraup kasar.

TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now