taufan ? halilintar ? ice ?

176 8 10
                                    

Blaze terjaga dengan suara dentuman yang kuat . Blaze memandang ke arah pintu , di mana suara itu terjadi . Dia membuka pintu itu perlahan-lahan. Dia melihat seorang lelaki bermata biru . Lelaki itu sedang terbaring di atas lantai dengan penuh kesan luka . Lelaki itu menoleh ke arah blaze . "ANAK SAPA NI TETIBA ADA DALAM RUMAH NI" lelaki itu menjerit . "WOI TAK PAYAH LAH JERIT" seorang lelaki bermata merah memarahi lelaki mata biru itu . "Thorn , siapa ni ?" Soal blaze sambil menjenguk thorn yang berada di ruang tamu atas . "Oh , halilintar , taufan , ha blaze ni la adik beradik aku yg lain" ucap thorn . "Ni halilintar , ni pulak taufan" sambung thorn . "Oh , hi" ucap blaze . "Korang , ni blaze , aku dengan gempa jumpa dia kat market potion tu . Waktu tu dia terbaring kat atas jalan tu . Kitaorang pun bawak baliklah , semalam waktu korang takde kat rumah , waktu tu la kitaorang bawak dia masuk" jelas thorn . Taufan dan halilintar mengangguk . "Ooo , hi blaze !" Taufan menghulurkan tangannya . "Hi" blaze berjabat tangan dengan taufan . "Oh yela ! Kau tak tengok sekeliling rumah ni lagi !" Thorn menarik tangan blaze dan berjalan keseluruhan rumah itu . "Ni bilik aku dengan taufan ! Ni bilik halilintar dengan solar ! Bilik kau tu ada ice , tapi dia belum balik . solar pun sama . Gempa tidur sendiri . Ok jom turun bawah ! Ni bilik guest , Tempat makan , Dapur , Ruang tamu blablabla" sejujurnya , blaze tak mengambil kisah pun dengan apa yang thorn beritahu . "And lastly , our garden ! Aku tanam semua pokok pokok ni , cantik kan ?" Thorn bertanya . Blaze memegang sebuah kuntum bunga , semakin ia memandang bunga itu , semakin panas bunga yang dipegangnya . Bunga yang di pegang blaze terbakar . "Api ! Api !" Thorn menjerit lalu mengambil sebuah baldi berisi air dan mencurahnya ke bunga itu . "Fuh...blaze okay ?" Soal thorn . Blaze mengangguk . "Sorry rosakkan bunga kau..." Ucap blaze perlahan . "Takpe !" Balas thorn dengan senyuman lebar . 'kenapa bunga tu boleh terbakar tiba tiba...' soal hati blaze . Blaze masuk ke dalam rumah kerana thorn mahu menanam bunga yang baharu .

-. Di dalam rumah .-

Blaze masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil . Terdapat dua katil di dalam bilik itu , dia merebahkan badannya di atas katil yang berwarna biru itu . Perlahan lahan matanya terlelap . Selepas setengah jam dia tidur , dia terjaga , dia membuka matanya dan duduk di atas katil . Dia menggosokkan matanya , dan menguap kecil . Dia memandang ke hadapan dan melihat seseorang di atas katil yang kedua tadi . Dia memandang lelaki yang memakai jacket berwarna biru . "Dah puas pandang ?" Soal lelaki itu ."AH- TAK MANA ADA PANDANG , INGATKAN KAU TIDUR , TAKDE SAPE NAK PANDANG KAU LA" muka blaze bertukar merah . "Jap , ice ?" Soal blaze . Ice mengangguk . "Aku bl-" "kau blaze , gempa jumpa kau terbaring depan kedai magic , sekarang kau tinggal dengan kitaorang , ye tau . Thorn dah bagitau" blaze menggarukan kepalanya . Dan bilik itu senyap . "Err , umur kau berapa ?" Soal blaze . "19" balas ice . "Oh , umur aku 18" ice mengangguk . Dan sekali lagi bilik itu senyap . "Ice ! Blaze ! Turun makan !" Gempak menjerit dari bawah . Mereka berdua pun turun ke dapur dan duduk di meja makan . "Hidangan special untuk tetamu special kita !" Gempa berkata . Gempa meletakkan nasi dan lauk kesemua pinggan adik nya lalu dia duduk . "Solar tak balik Harini ?" Soal gempa . Ice menggeleng . "Overtime ." Gempa mengangguk . "Blaze kenapa tak makan ? Tak sedap ke ?" Soal gempa . "O-oh tak , bukan tak sedap tapi , dah kenyang" uxap blaze . "Makanlah sikit , kau belum pulih sepenuhnya" ucap gempa . Blaze mengalah dan menyuap sedikit nasi ke mulutnya . "Sedap !" Blaze melahap nasi itu . Gempa tersenyum . Thorn dan taufan tergelak melihat karenah blaze . Halilintar tidak menghiraukan apa apa dan fokus ke makanan nya sahaja . Ice memandang blaze dan tersenyum .

(595 words)

Panjang lebih sikit je , HAHAHAH . Lama tak update ! I'm back kot HAHAHAHA , see you next episode , cau

Game Over Where stories live. Discover now